Wednesday, 5 February 2014

Jangan Ada Kalau


Teks : Norazizah Sudin

Seronok tengok orang ada bisnes sendiri.  Ada kedai, pelanggan ramai, jualan pun bagus, tetapi tahukah kita setiap orang yang ada bisnes itu tidak semuanya bermula terus maju.  Ada yang merangkak dari bawah, ada yang bermula dari kosong, ada yang pernah gagal banyak kali dan pelbagai lagi masalah yang dihadapi mereka.  Kita bagaimana?  Di mana tahap kita? 

Jangan ada sifat putus asa ­dalam diri kerana ia akan ­menjatuhkan moral kita untuk berjaya.  Semestinya setiap perniagaan mempunyai risiko yang tinggi sama ada untung atau rugi, namun usaha berterusan akan membuahkan hasil yang lumayan.

Jadi teruskan usaha dan kekalkan momentum.  Fokus dan konsisten kunci utama.  


No comments:

Post a Comment