Wednesday, 19 February 2014

Kenal Pelanggan Kita


Teks : Norazizah Sudin

Dalam bisnes, sama ada offline atau online, pelbagai ragam pelanggan yang akan kita temui.  Ada yang baik, ada yang cerewet, ada yang suka marah-marah dan macam-macam lagi.  Untuk berjaya dalam bisnes, salah satu faktor adalah tahu cara berurusan dengan pelanggan. 

Saya petik artikel ini dari ebook 101 Idea Home Based Bisnes tentang mengenali pelanggan.  Jom kita baca. 



Bagaimana mengenali pelanggan secara tidak langsung. Contohnya komunikasi kita bersama pelanggan melalui kedai online, melalui blog dan juga melalui urusan jual beli.

Pelanggan baru
Pelanggan baru biasanya, pelanggan kali pertama urusniaga dengan kita.  Sama ada kita akan terus bina hubungan dengan pelanggan tersebut atau sekali sahaja urusniaga.
Pelanggan di kalangan teman rapat atau saudara mara.   Ini juga pelanggan.  Mudah lagi melalui medan sosial seperti fb, sangat mudah untuk kita membina hubungan, mengekal hubungan seterusnya ada berlaku transaksi kewangan melalui produk dan servis yang kita tawarkan.

Pelanggan setia
Pelanggan ini kita jaga dan bina hubungan.  Sama ada melalui hubungan komunikasi secara maya atau secara fizikal.  Pun begitu, banyak kelebihan mempunyai pelanggan setia, kerana setiap kali ada produk atau promosi baru pelanggan ini setia membeli dan tidak pernah ketinggalan. Bina seberapa banyak pelanggan setia.  Ia sangat penting untuk kelangsungan bisnes.  Tambah dari masa ke semasa.

Pelanggan mudah diurus
Pelanggan sebegini tidak banyak kerenah, sekali tanya harga dan terus beli.  Apabila ada masalah, diterangkan mudah faham dan mudah menerima respon dengan baik.

Pelanggan cerewet
Pelanggan sebegini dapat dikenalpasti seawal dia bertanyakan harga.  Sama ada dia berwang atau sebaliknya. Minimakan dengan pelanggan sebegini, sekiranya lebih banyak emosi yang tidak berbaloi lupakan sahaja wangnya. Terus sedia dengan pelanggan yang mudah diurus dan mudah dalam urus niaga.

Pelanggan online
Nama pun bekerja dari rumah, sangat mudah untuk kita berinteraksi tanpa bertemu muka.  Hanya perlu online, melalui gajet, hp, media sosial dan pelbagai cara.  Banyak kelebihan melayan pelanggan online berbanding pelanggan bertemu secara fizikal.

Pelanggan fizikal
Ada sesetengah urusniaga memerlukan berjumpa dengan pelanggan.  Pun begitu terpulang kepada pemilik bisnes, sama ada perlu berjumpa di sesuatu lokasi atau pejabat di rumah.  Sekiranya perlu berjumpa di pejabat atau di rumah, pastikan perkara berkaitan keselamatan perlu diambil perhatian.

Untuk membaca tips seterusnya, boleh dapatkan ebook ini daripada saya.  

Berbisnes ini bukan setakat menjual sahaja, tetapi perlu juga belajar ilmu pemasaran dan ilmu komunikasi dengan pelanggan.  Hendak berguru biarlah dengan orang yang betul, tanpa perlu membawa ayam golek atau pulut kuning.  Ramai sifu-sifu dalam IM boleh kita ambil ilmu mereka. 

Salam sayang daripada saya.  Semoga memberi manfaat kepada semua.

No comments:

Post a Comment