Tuesday, 4 February 2014

Peranan Media Sosial


Teks : Norazizah Sudin

Teknologi media sosial seperti Twitter dan Facebook menawarkan peluang pemasaran baru dan meningkatkan jualan bisnes anda.  Gunakan sepenuhnya semua media ini secara betul dan memberikan anda pulangan yang memberangsangkan!
 
Banyak wang yang dibelanjakan untuk pemasaran jika anda menggunakan iklan.  Satu perniagaan kecil,, sebagai contoh, boleh menggalakkan pelanggan untuk mendaftar ke Twitter atau blog berkaitan makanan untuk memberi maklumat mengenai perkhidmatan baru dan tawaran istimewa.  Sebagai alternatif, anda boleh mengedarkan maklumat pemasaran dengan mewujudkan 'app' di mana pelanggan boleh memuat turun ke telefon mereka untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai, produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.

Pelanggan boleh 'follow' bisnes anda dalam talian di Twitter, Facebook atau blog dan memilih untuk menerima maklumat terkini mengenai produk anda.  Teknologi baru juga ada menawarkan kepada syarikat yang berpotensi untuk menghantar maklumat kepada pelanggan berdasarkan lokasi mereka.  Telefon pintar  membolehkan anda untuk mencari Peta Google, sebagai contoh, restoran kegemaran anda atau restoran terdekat di tempat tinggal anda.  Restoran berdekatan dipaparkan pada peta dan arah. 

Sebagai empunya bisnes, anda berhak untuk menolak maklumat di luar melalui Twitter atau Facebook.  Sebagai pengguna pula anda boleh memilih untuk mengikut maklumat yang menarik minat anda.  Kajian telah menunjukkan bahawa pemilik bisnes kecil semakin melihat teknologi media sosial sebagai jalan untuk mereka menggunakan Twitter, Facebook dan blog bagi memasarkan perniagaan online mereka.   

Jalinkan lebih persahabatan dengan kenalan baru dan sertai grup bisnes lain untuk tujuan ini.  Mungkin lebih banyak idea baru akan muncul nanti.  Pastikan apabila Tweeting atau berchatting dalam grup, ia adalah maklumat yang berguna dan bukan sembang kosong atau gossip.

Blog juga boleh dijadikan sebagai penarik bisnes anda.  Tonjolkan di blog dan berkongsi idea sesama pemilik bisnes lain.  Blog secara santai dan tidak terlalu skima.  




No comments:

Post a Comment