Friday, 14 February 2014

Sebelum Berhenti Kerja


Teks : Norazizah Sudin

Selamat pagi dan salam Jumaat.

Hari ini cuaca di Pasir Gudang ceria nampaknya.  Baru selesai masak Mee Rebus versi Terengganu resipi adik ipar saya.  Baju sedang dibasuh oleh mesin basuh.  Anak masih tidur, terlebih mengantuk agaknya sebab dia tidur pukul 12.30 pagi semalam.  Banyak sungguh aktiviti dia semalam.

Oklah, pagi ini saya hendak berkongsi tentang apa yang patut kita buat sebelum berhenti kerja.  Ramai wanita berkerjaya yang ingin berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada famili.  Namun perlu teruskan kerja untuk membantu keluarga.  Ramai juga yang membuat pendapatan tambahan.  Ini semua adalah pendapat saya ya.  Boleh ditambah atau ada pendapat lain lagi, kita boleh berkongsi.  

1)  Anda sudah ada idea hendak bisnes apa.  Buat penyelidikan dahulu tentang idea anda, pasaran, pesaing dan sebagainya.  
2)  Baca banyak buku tentang bisnes dan hadiri seminar bisnes.  
3)  Mulakan dahulu di Facebook dan blog.  
4)  Cari nama yang sesuai dengan jenis perniagaan yang anda ingin buat.  
5)  Buat perancangan kewangan peribadi termasuk memotong semua perbelanjaan dan belanjawan untuk kos permulaan memulakan bisnes.  
6)  Mulakan dengan modal kecil dahulu.  Jika tiada modal, bermula tanpa modal. 
7)  Cuba buat promosi kecil-kecilan dahulu seperti memberi sampel kepada famili, rakan terdekat dan jiran. 
8)  Belajar urus akaun untuk bisnes, jika perlu.

Bila sudah bersedia dan tekad untuk berhenti kerja, anda sudah boleh mula.  

Jika masih tiada idea hendak bisnes apa, boleh hubungi saya untuk info lanjut.

Kami juga ada kelas urus akaun untuk semua WAHM dan SOHO.

Ingat!  Jangan campuradukkan duit bisnes dengan duit peribadi ya.  Hendak belajar cara urus akaun bisnes?  Boleh sertai kelas ini secara online.  Hanya 3 jam sahaja.  Diajar oleh guru berpengalaman dan terlatih.

 





No comments:

Post a Comment