Tuesday, 18 February 2014

Stress


Teks : Norazizah Sudin

Stress sekejap!  Rumah sudah macam kapal karam.  Lipat baju, susun baju, kemas rumah, masak dan mop lantai.  Sambil stress boleh senaman juga.  Jadi buang stress dan senyum selalu.  

Hari ini anak buat lukisan kreatif di dinding menggunakan highlighter saya.  Warna hijau.  Bersabarlah dengan kerenah anak.

Jom kita baca petikan dari ebook Super WAHM Super MOM.  

Bagaimana Mengurus Stress/Tekanan - Jangan biarkan ibu-ibu tenggelam dengan perasaan yang tidak seronok, kecewa, marah, geram dan sebagainya. Tekanan lebih mudah berlaku apabila ibu-ibu menginginkan kesempurnaan atau lebih tepat ibu katakan 'expectation' di rumah. Contohnya rumah sentiasa kemas, baju tersusun rapi, anak-anak semuanya kemas bersih.

Belajar toleransi kerana kita bukanlah robot yang boleh lakukan semuanya tanpa ada perasaan penat.  Berikan masa dan buat kerja dengan seronok. Jika rasa penat/lelah, ambil masa berehat dan tinggalkan kerja-kerja rumah yang tiada kesudahan itu. Ambil pembantu mingguan untuk melakukan pembersihan seperti cuci tandas, urusan kain baju, bersihkan sawang dan sebagainya jika mampu.

Jadi, buang rasa stress, tidak seronok, kecewa, marah dan lain-lain rasa negatif.  Berfikiran dan rasa positif.  Mesti hilang semua rasa stress dan negatif anda.  Jangan paksa diri untuk melihat rumah kemas, anak bersih sentiasa, serba serbi hendak 'perfect'.  Jangan buat anak macam robot dan ikut arahan sahaja ya.  Sekali-sekala biarkan anak-anak tunjuk bakat mereka.  

Jika rasa penat keterlaluan dan ingin rehat, ambil sahaja pembantu mingguan.  Anda boleh pergi membeli belah dan lepak bersama rakan.  Anak boleh ditinggalkan bersama suami.  Ambil masa untuk diri sendiri juga.

Untuk baca lanjut dan dapatkan ebook ini, boleh dapatkan daripada saya.

Baca, khatam dan jika sudah hilang stress, bolehlah cuba-cuba belajar bisnes online, buat blog atau fanpage.  Duduk rumah pun boleh tambah-tambah pendapatan.  

Tidak apa, anda fikir dahulu dan jika sudah bersedia, hubungi saya ya.





No comments:

Post a Comment