Friday, 7 February 2014

Sudah Ada Bisnes Online?


Teks : Norazizah Sudin

Sudah putuskan hendak bisnes online apa?  Hendak jual apa?  Modal atau tanpa modal?

Jika sudah ada bagus, tetapi untuk yang belum ada tetapi berminat untuk memulakan bisnes online, tahniah kerana anda telah bersedia.  Sudah jelas, cuma belum tahu dan tiada idea sahaja.  

Untuk yang sudah ada, perlu fikirkan beberapa peraturan yang amat mudah sebelum memulakan bisnes online anda :

1)  Produk
Jika produk fizikal, perlu fikirkan bagaimana hendak hantar dan lain-lain peraturan penghantaran.  Boleh bermula dengan produk fizikal sendiri atau produk orang lain.

2)  Cari niche yang sesuai dengan minat anda.  
Persaingan?  Jika ya, cari idea bagaimana hendak menawarkan produk anda dengan lebih menarik perhatian pelanggan.  Mungkin boleh tawarkan harga yang lebih menarik, cara promosi, promosi, tawaran menarik dan pelbagai tawaran lain.

3)   Selain dari produk fizikal, boleh juga jual produk digital seperti ebook atau applikasi.  Anda tidak perlu membeli produk-produk ini.  Hanya perlu promosi sahaja.  

Kami di akademi ada juga menawarkan produk digital untuk yang ingin bermula tetapi tiada modal.  Hanya bantu kami untuk promosi.  Anda bertindak sebagai rakan niaga / pengurus online kami.  Hanya dari rumah dan tidak perlu meninggalkan anak.  Semua di hujung jari sahaja.  Juga tidak pening memikirkan produk apa kerana semuanya telah tersedia.  Hanya perlu tahu menggunakan internet.  Bimbingan akan diberikan. 
 
Anda akan diberi bimbingan dan latihan menggunakan blog dan facebook sebagai media utama.  Sebelum bermula, kami akan beri anda soalan analisa dan dari situ akan diberi tajuk blog berdasarkan minat dan kepakaran masing-masing.  Di samping menulis blog, anda boleh tolong mempromosikan produk akademi. 
 
Produk akademi ialah pakej ebook, kelas online dan sewaan tapak iklan (soho directory).  Kesemua produk ini atas talian sahaja, tanpa perlu kita menguruskan, mengambil stok dan menghantar barangan melalui pos laju.  Produk juga merupakan permintaan sepanjang tahun yang sangat-sangat diperlukan oleh semua orang.
 
Yuran adalah sekali sahaja.  Setelah itu akan dimasukkan dalam grup di facebook.  Semua latihan dan bimbingan akan diberi tunjuk ajar dalam grup.  Promosi produk akademi dan akan dibayar komisen untuk yang berjaya membuat jualan.  
Semua ini boleh dibuat secara sepenuh masa atau sambilan.
 
 
 
Satu panduan lengkap Rakan Niaga akan diberikan kepada mereka yang mendaftar.

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.  Anda juga akan belajar membina fanpage.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan :
1)  Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2)  Logo rasmi SOHOdirectory
3)  Kelas-kelas Online
4)  Pakej Ebook
5)  Ruang Periklanan
6)  Borang Tempahan
Hubungi saya :
emel : norazizahsudin@gmail.com
facebook :  https://www.facebook.com/norazizah.sudin
 
 

No comments:

Post a Comment