Tuesday, 11 February 2014

Tips Bahagia dan Produktif

 

Assalamualaikum, 

Setiap orang berhak untuk hidup bahagia dan berjaya.  Cuma masa dan diri sendiri yang menentukannya. Tiada beza antara kita.  Semuanya ciptaan Tuhan.  Bezanya miskin dan kaya, rendah dan tinggi, kurus dan gemuk. 

Kita yang menentukan masa depan kita.  Orang lain hanya dapat bercakap dan menasihat tetapi yang patut buat adalah kita.  

Tips motivasi ini saya petik dari blog seorang blogger, iaitu Saudara Mohd Zulfadhli Abd Nasir, berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Banyak tips dan info menarik dari blognya yang boleh dijadikan panduan.

Jom kita baca artikel beliau.  


Tip bahagia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ramai yang mencari kebahagiaan. Namun, tidak semua dapat menemukan kebahagiaan yang dicari. Definisi bahagia sangat subjektif. Ada yang mengatakan mereka akan bahagia apabila dapat memiliki harta yang banyak. Ada juga yang merasa bahagia apabila mendapat anak yang ramai, hidup di dalam rumah yang besar dan memiliki kenderaan mewah.

Sungguh terlalu luas erti bahagia. Namun, marilah kita kejar kebahagiaan di dunia dan juga kebahagiaan di akhirat. Mendapat keredhaan Allah Taala di dunia dan di akhirat. Apa ertinya bahagia dengan banyaknya harta, ramainya anak dan kenderaan yang mewah sekiranya hidup tidak diredhai Allah Taala.

23 Tip Segera Bahagia dan Produktif untuk manfaat dan amalan kita bersama :

1)  Bangun awal pagi dengan penuh kesyukuran dan senyuman. 
2)  Sentiasa senyum dikala suka dan duka.
3)  Solat sunat Tahajud 2 rakaat dan witir.
4)  Solat sunat Dhuha 2 rakaat.
5)  Senaman 5 - 30 minit selepas bangun tidur dan waktu petang.
6)  Pilih satu buku motivasi dan baca 30 minit sehari.
7)  Beri sedekah walaupun RM0.10.
8) Jaga pemakanan, berjadual, sedikit tetapi kerap. (makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang)
9) Baca al-Quran 1 muka surat sehari. (lebih banyak lebih baik).
10)  Jaga solat fardhu 5 waktu.
11)  Jangan marah, banyakkan bersabar.
12) Redha apa yang telah ditakdirkan berlaku, lupakan yang lepas, hidup masa sekarang.
13)  Beri lebih NILAI pada orang lain.
14)  Sayangi makhluk Tuhan.
15)  Rancang jadual hari ini dengan baik.
16)  Tahu visi, misi dan matlamat hidup.
17) Fokus selesaikan 5 Gol tugasan WAJIB.  Buat hari ini. (Daily 5)
18)  Sayangi keluarga dan doakan ibu bapa.
19)  Syukur segala nikmat sedikit atau banyak.
20)  Pilih siaran TV, hadkan masa berFacebook.
21) 
Buat yang terbaik dalam setiap perkara.
22) Hanya pilih kawan yang baik dan mengajak ke arah kebaikan.
23) Dekati alim ulama, sentiasa belajar, jadi lebih baik dari semalam.
Semoga dapat kita amalkan bersama-sama. Kongsikan bersama dan silakan untuk menambah tip bahagia dan produktif yang anda amalkan agar dapat dimanfaatkan semua pembaca.

(Sumber : http://www.zulpress.com)






No comments:

Post a Comment