Sunday, 2 March 2014

7D


Teks : Norazizah Sudin

Saya ambil petikan ini dari Ebook Super WAHM Super MOM.

Motivasi dalam diri sangat penting.  Bekerja dari rumah tidak sama seperti bekerja makan gaji di pejabat. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan.  Pengasingan kerja tidak wujud bila menjadi ibu yang bekerja dari rumah tanpa pembantu, jadi perlu tangkas menyelesaikan pelbagai urusan.  Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.  Sentiasa cuba menyelesaikan tugasan berkaitan bisnes secepat mungkin walaupun due date masih panjang kerana kita tidak pasti dengan keadaan kesihatan keluarga.   Bersedia menghadapi masa di mana sumber pendapatan tidak menentu, jangan merasa sedih dan sentiasa percaya rezeki pemberian Allah ada jika kita berusaha.
- Farah Hafizah binti Khalib -

Ya, untuk ibu-ibu yang bekerja dari rumah, mesti ada perasaan begini.  Bekerja dari rumah berbeza dari bekerja di pejabat.  Buat jadual dan yang penting mesti ikut jadual.  Sebab itulah disiplin penting.  

InsyaAllah, jika yakin dengan rezeki kita, Tuhan akan melipatgandakan lagi.  Ingat, jangan harapkan lebih kalau kita tidak berusaha ke tahap maksima.  Jaga hak Allah dan Dia akan jaga kita.

Fakta 7D yang ingin saya kongsikan.

1)  Dhuha
2)  Doa
3)  Dagang
4)  Derma
5)  Dzikir
6)  Duit
7)  Dahsyat

InsyaAllah, jika kita ikut 7D ini, hasilnya teramatlah dahsyat.  


"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah...bertambah...bertambah...” (HR. Al Tirmidzi)
Semoga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment