Monday, 24 March 2014

Jangan Paksa Orang Beli

Teks : Norazizah Sudin

Tiada orang yang suka dipaksa untuk membeli, baik untuk bisnes offline mahupun online. Lain orang lain caranya.  Ramai orang yang benci dan rasa mereka dipaksa untuk membeli sesuatu.  Cuba untuk tidak memaksa orang membeli.  Dalam bisnes online, jual secara soft sell dan bukan hard sell.  Lebih lembut dan halus kedengarannya, kan?

Kita buat status di facebook atau fanpage untuk cari pelanggan.  Kembangkan di blog untuk mendapatkan jualan.  Di facebook jangan banyak sangat hardsell tetapi di blog ok. Ceritakan tentang produk, kebaikan produk, cara penggunaan dan lain-lain berkaitan produk.  Minta pengguna komen dan beri testimoni. Aktifkan pengunjung di blog dan tarikan mereka untuk menjadi peserta aktif memberi komen tentang barangan anda.  Iklan post di newsletter.  Mungkin boleh juga buat grup dan diskusi.  

Ambil perhatian kepada semua komentar pengunjung anda.  Jadikan mereka sebagai rakan dan bukan pembeli untuk permulaan.  Lama kelamaan, sudah pasti mereka akan membeli juga, betul tidak?  

Pentingnya untuk setiap empunya bisnes belajar cara bisnes yang betul.  Banyak yang perlu dipelajari dalam bisnes online ini seperti penulisan yang berkesan (copywriting), periklanan (FB Ads), taktik marketing yang berkesan, cara tarikan pelanggan dan lain-lain.  Banyakkan membaca buku-buku tentang internet ya.  Boleh juga belajar dari sifu online seperti Faisal Abdullah, Ammar Zahar dan Irfan Khairi.  Ini sebahagian daripadanya.  Untuk tahu lebih lagi, rajin-rajinlah jejak google dan baca buku.  Itu sahaja, mudah dan praktikkan.

Dapatkan info dan tips menarik dari kami di ABDR tentang cara berbisnes online, tentang penulisan, cara beriklan, cara berblogging dan lain-lain.  

Tips saya tentang blog bisnes.  Jangan ada bling-bling dalam blog ya.  Juga elakkan bunyi muzik, header yang terlalu besar dan padat, animasi flash dan suara di latar belakang. Pastikan juga teks mudah dibaca. Guna font yang simple dan mudah untuk dibaca.  Orang bukan hendak tengok bling-bling anda, bunyi lagu atau muzik yang kadang-kadang mengganggu, header pula besar dan melambatkan proses memuat turun. Orang hendak tengok apa produk yang anda tawarkan, itu sahaja.  Jadi sebelum buat blog bisnes, sila ambil perhatian tentang ini ya.

Banyak lagi tips menarik yang akan saya kongsikan jika anda sertai KELAS ASAS BLOG DAN FANPAGE (MULA BISNES).  Tiada produk kami sediakan.  Ada produk, lagi bagus untuk dipromosikan. Belajar dengan kami sekali dan anda sudah boleh buat berkali-kali.  

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberi anda sedikit sebanyak info untuk memulakan bisnes online.

Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk bermula dan anda telah bersedia sepenuhnya.  Jangan sekerat jalan.  Mula dan habiskan.





No comments:

Post a Comment