Saturday, 1 March 2014

Jangan Tipu


Teks : Norazizah Sudin

Sebab hendak untung cepat, ramai yang tipu dalam bisnes.  Hendak habis jualan cepat, pelbagai strategi telah dibuat.  Jangan sebab hendak untung banyak dan barangan jualan habis, kita tipu pelanggan.  Ini adalah amalan yang tidak baik ya.

Mulakan bisnes dengan niat hendak tolong orang menyelesaikan masalah mereka.  Bukan semata-mata hendakkan keuntungan.  InsyaAllah, jika niat kita baik, lebih mudah urusan bisnes kita.

Hendak jual murah boleh, tetapi jangan jual barang yang tidak elok kualitinya.  Bagi tawaran gila-gila, tetapi kualiti tiada.  Takut nanti anda akan disumpah seranah oleh pelanggan.  Untung ke mana, lain pulak yang dapat!

Jika bisnes online, pastikan barangan yang dihantar tepat pada masanya.  Kalau janji hendak hantar hari ini, jangan pula hantar esok.  Jika ada urusan lain, beritahu pelanggan.  Mereka akan faham.  Pastikan kualiti barangan yang dihantar itu sama dengan barangan yang dipesan.  Ada peniaga online yang meletakkan gambar lain di FB atau blog, tetapi barangan lain pula yang dihantar kepada pelanggan.  Ini adalah etika yang tidak baik.  Sebelum mula bisnes online, pastikan anda beritahu pelanggan apa yang anda tawarkan supaya tiada salah faham nanti.

Jika dibayar ansuran, pastikan habis sahaja membayar barangan yang dipesan, pelanggan akan dapat barangan seperti yang dipesan.   Saya pun pernah membeli handbag original secara ansuran dari seorang kawan yang menetap di USA.  Sebaik sahaja habis bayar, memang itulah handbag yang saya dapat.  Jadi jangan sekali-kali tipu pelanggan dengan tawaran menarik yang anda tawarkan.

Berbisneslah dengan betul dan InsyaAllah, segala urusan bisnes anda akan diberkatiNya.

Semoga bermanfaat.






No comments:

Post a Comment