Friday, 28 March 2014

Jangan Tulis Hentam Keromo

Teks : Norazizah Sudin

Sebelum ini saya suka menggunakan 'short form', tanda bacaan yang tidak betul, titik-titik yang berjela-jela di hujung perkataan dan tatabahasa pun tunggang langgang.  Tetapi setelah sertai ABDR, saya sudah tidak menggunakan semua kesalahan penulisan tersebut.  

Ini adalah salah satu cara penulisan yang akan diajar dalam kelas blog bersama AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.  Mereka akan teruja membaca blog kita jika apa yang kita tulis mudah difahami, tidak menggunakan perkataan ringkas yang terlalu sukar untuk difahami, penggunaan ayat yang betul dan elakkan titik-titik yang banyak. Ini juga merupakan salah satu ciri blog berpengaruh.

Ini semua akan dipelajari dalam kelas.  Mudah sahaja melalui penulisan dan catatan 44 hari, InsyaAllah cara mudah dan ciri blog berpengaruh ini dapat dipraktikkan dalam blog kita.

Jom kita lihat sikit ciri-ciri blog berpengaruh :

10 ciri blog berpengaruh :
1)  Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat memberi pengaruh yang besar kepada pembaca datang dan datang lagi. Jang
an sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar. Blog yang tidak terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan menganggu pembaca.

2)  Sentiasa ada entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca tegar.  Beri info dan fakta baru.  Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.

3)  Entri penyelesai masalah
Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jenis resipi yang dimahukan.  Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari.  Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.

4)  Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistic.  Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kasha, ia dapat mengubah pandangan dan member pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.

5)  Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi.  Ini tidak dicapai dalam satu hari.  Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.

6)  Blog yang menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi rujukan. Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis.

7)  Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.

8)  Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga. Sangat berbeza blog yang kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi.  Jagalah penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal, walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca.

9)  Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online terhebat.  Entri boleh diselit dengan promosi produk.  Gaya bersahaja semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh untuk membeli.  Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada pembeli pula.

10)  Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
Inilah yang digemari pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca.  Jangan dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap hari.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun WAHM SOHO
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan - siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.




Harga biasa RM100 untuk 2 ebook.  Harga promosi sekarang, RM50.  Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.


Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes :
Bab 1 : 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2 : Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3 : Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4 : Strategi Pemasaran Online
Bab 5 : Strategi Pemasaran Offline
Bab 6 : Operasi Dari Rumah
Bab 7 : Khidmat pelanggan Online
Bab 8 : Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9 : Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10 : Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11 : Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab Asas Blog :

Bab 1 : Analisa & Penentuan Blog
Bab 2 : Langkah Demi Langkah
Bab 3 : Blog Bisnes
Bab 4 : Rancang Penulisan
Bab 5 : Jenis Entri Penulisan
Bab 6 : Penulisan Berpengaruh
Bab 7 : Tips Penulisan
Bab 8 : Motivasi Menulis
Bab 9 : Asas Suntingan
Bonus 1 : Teknik Blog Siapkan Ebook


Untuk info lanjut mengenai kelas, sila hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com





No comments:

Post a Comment