Wednesday, 19 March 2014

Tempahan Blog

Teks : Norazizah Sudin

Zaman IT telah bermula.  Banyak gajet baru di pasaran.  Sekejap sahaja gajet terbaru sudah ada di pasaran, belum puas menggunakan gajet lama, yang baru sudah muncul.  Aduhai, tidak terkejar rasanya.   Ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan gajet terbaru ini.  

Sekarang ini FB sudah menjadi satu kemestian untuk yang berniaga secara online.  Tetapi ada juga yang tidak suka dan tidak ada akaun FB.  Blog juga memainkan peranan penting di dalam mempromosikan sesuatu produk.  Pada pendapat saya, medium yang paling mudah gunakan blog.  Satu lagi cara lain adalah iklankan di Mudah.my.  Banyak cara sebenarnya, seperti blog walking, tukar link dan lain-lain. Blogspot pun percuma, jadi lebih mudah.  

Pada saya, kedua ini penting. FB dan blog.  FB sebagai medium pemasaran dan blog sebagai tarikan kepada pelanggan membeli di kedai anda.  Blog berperanan sebagai penjenamaan diri anda.  Di blog kita boleh huraikan dengan lebih panjang dan banyak input boleh dilihat dalam blog.  Inilah yang saya belajar dalam Akademi Bekerja Di Rumah.  Ada modul, ada guru, ada latihan, analisa, ada grup perbincangan dan lain-lain.  

Ramai yang ada bisnes tetapi tiada blog.  Cuma ada FB.  Kembangkan idea bisnes anda di blog.  Berkongsi kepakaran, minat dan ilmu di blog.  Ada yang tidak pandai buat blog, upah lebih mudah.  Ada yang buat separuh jalan sebab susah katanya.  Jadi, untuk yang rasa tidak pandai dan sibuk untuk ini, tidak mahu hadiri kelas, saya ada membuat khidmat membina blog.  Anda mahu blog bagaimana?  Travelog?  Bisnes?  

Begini sahaja caranya :

Harga perkhidmatan bina blog

Dengan RM200, anda akan menerima perkara berikut :
1)  Pendaftaran emel, nama blog, penjenamaan berdasarkan analisa
2)  5 label cadangan untuk nama blog
3)  Borang tempahan (untuk blog bisnes)
4)  10 gambar untuk entri pertama


Bagaimana ingin membuat tempahan?
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi penulis
emel: norazizahsudin@gmail.com

Banyak lagi tips tentang blog boleh dilihat dalam fanpage saya di www.facebook.com/kelasblogonline.

Jika anda sudah bersedia untuk mulakan, hubungi saya cepat ya.




No comments:

Post a Comment