Friday, 7 March 2014

Tips Untuk Wanita


Teks : Norazizah Sudin

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Esok hari wanita untuk semua wanita di seluruh dunia.  Baik yang bergelar suri rumah dan wanita berkerjaya.  Membaca Harian Metro hari ini saya tertarik dengan tajuk tips untuk wanita.  

Sempena Hari Wanita Antarabangsa esok, artikel kali ini adalah tujuh tip kewangan khas untuk wanita.  Hari ini sudah tidak seperti dulu apabila golongan wanita, isteri dan ibu lebih peka dan mengambil tahu mengenai perihal kewangan keluarga.  Ramai juga yang menyumbang kepada kewangan keluarga dan ramai usahawan wanita yang berjaya menyumbang kepada ekonomi negara.  Jom kita baca, saya kongsikan di sini, tips wanita

Tambahkan ilmu dalam bidang tertentu.  Jika anda mahir menjahit, memasak, menjahit manik, bidang profesional seperti rekabentuk, buat laman web, pereka fesyen, buat dari rumah.  Mulakan.  Kini, pelbagai program dikendalikan oleh institusi pengajian tinggi khusus untuk orang dewasa yang bekerja atau suri rumah.  Program jangka pendek dan juga panjang sebegini amat fleksibel untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai karier atau berkeluarga.

Seperti kata Irfan Khairi, kemampuan kewangan bukan hanya dilihat pada sama ada anda mampu mendapatkan sesuatu itu pada pendapatan anda kini.  Tetapi, sama ada anda mampu mengekalkan gaya hidup anda. Bukan untuk sebulan dua atau setahun dua, tetapi untuk berpuluh tahun akan datang.  Tidak semestinya apabila anda berpendapatan tinggi, anda akan hidup selesa bebas masalah kewangan.  Anda akan bebas kewangan apabila secara sedar dengan tekad anda melawan undang-undang Parkinson ini. 

Wanita digelar sebagai Menteri Kewangan keluarga.  Jadi belajar berjimat cermat.  Boleh cuba cara ini.  Saya sudah, anda bila lagi?

➤ Kurangkan makan luar dengan keluarga, makan di rumah!
➤  Bawa bekal dari rumah ke pejabat
➤  Baca akhbar melalui Internet dan tidak lagi membeli
➤ Daripada keluar menonton wayang, tonton di rumah melalui DVD
➤  Bayar bil secara online- tidak perlu keluar rumah
➤  Car pool - bergilir-gilir kereta dengan rakan pejabat dan jimatkan petrol
➤ Tidak perlu membeli majalah, dapatkan maklumat online  
➤ Kurangkan ke kompleks membeli belah, tetapi beriadah bersama keluarga di taman  
➤  Beli kereta terpakai yang masih baik
➤ Ubah lampu di rumah anda menggunakan lampu kos kuasa rendah (energy saving)

Anda perlu membina senarai bagaimana ANDA boleh menjimatkan wang setiap hari.  Penjimatan RM5 sini, RM10 sana lama kelamaan akan menjimatkan anda beribu RM juga seriap tahun!

Besar tidak semestinya bagus.  Kadangkala, perniagaan kecil-kecil itulah yang menjadi “cili api”.  Kos kecil.  Pening kecil.  Tetapi, sekiranya kena dengan keadaan, UNTUNG besar.

Bagi yang ada bisnes offline, buat blog dan fanpage.  Promosi di fanpage.  Cari pelanggan dahulu di facebook dan besarkan skop di blog.  Bawa bakal pelanggan ke blog dan juga laman web kita daripada Facebook.  Facebook adalah amat baik untuk pendedahan perniagaan, tetapi agak sukar untuk dapatkan pelanggan.  Gunakan blog atau laman web kita untuk close the sale.  Jangan lupa juga kita boleh import blog posting kita ke dalam FB.


Semua cara ini akan diajar di dalam Kelas Asas Blog dan Bisnes dan juga Kelas Urus Akaun WAHM/SAHM/SOHO.  Setiap pelajar akan diajar mengikut modul yang telah disediakan oleh pihak akademi.  Bukan akademi fantasia atau akademi polis sahaja ada modul ya, tetapi Akademi Bekerja Di Rumah pun ada modul.  Jadi kosongkan minda, belajar dengan hati yang penuh girang, niat ikhlas untuk menambah pendapatan di samping membantu keluarga, InsyaAllah akan lebih dipermudahkanNya.

Jom kita.  Boleh hubungi saya untuk bermula.

Email : norazizahsudin@gmail.com
 
atau message whatapps di : 0197461502
 

No comments:

Post a Comment