Thursday, 13 March 2014

Untuk Suri Yang Ingin Bekerja Dari Rumah

Teks : Norazizah Sudin

Alhamdulillah.  Ramai suri rumah yang PM saya bertanyakan tentang bagaimana hendak mulakan kerja dari rumah.  Hendak duit tambahan dan juga bantu famili.  

Jom kita baca ini ya.   

Terdapat beberapa kategori suri yang mula mahu bekerja dari rumah.  Dua golongan ini yang selalu saya kongsikan.

1) Suri rumah, yang sedia berada di rumah. Tidak ada pengalaman kerja, tamat pelajaran dan sepenuh masa sebagai suri rumah.  Suri ini bangun semula dan mula mencari peluang menjana pendapatan. Ini dikira bermula dari kosong. Tidak ada apa-apa. Pendapatannya bersumberkan dari pemberian naf
kah suami.  Jika suri ini sudah memecah rekod dapat wang pertama dari hasil usahanya. Ia adalah kejayaan, kejayaan keluar dari kepompong suri rumah semata-mata.

2)  Suri bekerja di luar rumah.
Ini maksudnya seperti saya, sudah pernah bekerja, sudah punya kerjaya tetap, sudah punya keselesaan wang bulanan setiap bulan.  Sudah tu kenapa pula cari penyakit untuk berhenti pula.  Atas faktor-faktor yang saya sebutkan dalam ayat permulaan, kerana anak-anak. Boleh baca perkongsian awal di blog ini dan juga dalam naskah http://www.janawangdirumah.com

Bagi kategori ke dua ini, ada yang berjaya ada yang sukses. Memang ada yang sudah memegang gelaran 'wahm' akan tetapi disebabkan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, mereka kembali semula bekerja di rumah. Tidak mengapa, tidak ada salah.  Ia adalah pengalaman yang sangat bagus.  Selepas kembali bekerja, sekurang-kurangnya kembali merancang kewangan dengan lebih baik sebelum berhenti.

Bagaimana pula baru nak mula?
1)  Mulakan dengan apa yang ada
2)  Dropship

Ini adalah salah satu contoh iaitu kita mulakan dahulu dengan apa yang ada.  Sangat penting untuk laburkan dalam ilmu, membina jaringan, pergi ke seminar.  Di sana kita akan bertemu kenalan yang baru, peluang yang baru.

Kuasa fokus
Sangat biasa, bagi suri rumah akan teruja dan memulakan hampir apa sahaja yang dia rasa, nampak ok ini lumayan, ini bagus.  Itulah sebabnya sangat penting analisa awal, untuk kenalpasti apa fokus kita dan apa bidang yang kita pilh.  Ia lebih bertahan lama berbanding memilih atas sebab ikutan.

Mahu memulakan bisnes atau mencari pendapatan tambahan bukanlah suatu perkara yang sukar sebenarnya. Atas kerajinan kita untuk mencari dan memilih peluang yang ada dengan membuat pilihan yang betul.  Pilih mentor dan mereka yang telah berjaya.  Tiru sahaja formula dan cara mereka.  Jika kita hanya berangan-angan mahu menjadi seperti orang lain yang berjaya, tanpa membuat sebarang tindakan pasti usaha kita tidak ke mana.

****************************************************************


Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
✔  Kelas dijalankan secara ONLINE
✔  Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔  Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔  Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar

Apa syarat yang perlu ada :
>> Laptop/komputer
>> Talian internet

SYARAT UTAMA :
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Bukan itu sahaja, bonus ebook untuk kalian :

1. Ebook Asas Blog.
2. Ebook Super Wahm Super Mom.
3. Ebook Panduan Mula Butik.
4. Ebook 101 Idea Home-based Bisnes.

Jika anda sudah bersedia, PM saya ya.

 

No comments:

Post a Comment