Monday, 28 April 2014

Belajar Urus Akaun Bisnes Secara Sistematik

Teks : Norazizah Sudin

Saya ingin berkongsi lagi.  Jom kita belajar urus akaun bisnes dengan betul.  Jangan jadikan duit bisnes sebagai duit sendiri.  

Untuk yang hendak berbisnes bulan puasa ini, molek sungguh lah belajar kelas ini.  

Panggilan buat kalian yang mahu hadir bengkel urus akaun. 
Pendaftaran tamat pada 29.4.2014.

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil :
- Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
- Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan (dilakukan dari awal mula bisnes)
- Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
- Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
- Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
- Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan
- Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
- Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
- Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan


Jika kalian kategori usahawan di atas :
~ Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
~ Belajar buat bajet kewangan 
~ Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
~ Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
~ Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
~ Perlu tahu mana untung mana rugi
~ Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
~ Perlu tahu asas keluar masuk wang
~ Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Ayuh, bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, dialu-alukan menyertai bengkel ini supaya lebih faham dan tidak lagi 'bocor' dalam kewangan bisnes.

Bengkel ini sesuai untuk semua usahawan online dan offline. Baikpulih akaun bisnes. Insya Allah bermanfaat.

Maklumat kelas seperti berikut :

Tarikh : 10 Mei 2014 (Sabtu)
Lokasi : Shah Alam
Tempat : 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa : 9 pagi - 5 petang

Yuran RM220
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Hubungi saya,Norazizah Sudin di norazizahsudin@gmail.com untuk pendaftaran.


No comments:

Post a Comment