Wednesday, 2 April 2014

Tips Capai Kebebasan Kewangan


Teks : Norazizah Sudin

Secara ringkas, saya ingin berkongsi tips mencapai kebebasan kewangan anda.

1)  Cuba luangkan waktu dengan berfikir idea-idea yang kreatif dan boleh menjana pendapatan untuk diri anda dan famili.  Sebagai contoh, jika anda minat menulis, tulis ebook tentang minat dan kepakaran anda.  ABDR ada membuat kelas online premium ebook.  Berminat?

2)  Tentukan hala tuju dan visi.  Sering tulis dan baca matlamat anda.  Jangan tulis sahaja, tetapi cuba realisasikan.  Mula dengan perlahan pun tidak mengapa, tetapi janganlah pula perlahan sangat.  Lebih elok ada pelan A dan pelan B.

3)  Tahu tujuan anda ceburi bisnes online.  Jangan tiru orang lain.  Jadi diri sendiri.  Mintak izin dengan CEO untuk bermula.  Orang yang punya bisnes sendiri, CEOnya adalah ALLAH.  Jadi minta dan minta dengan DIA.  Jangan lupa buat apa yang DIA suruh dan tinggal semua yang dilarang. Secara ringkasnya, DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal). Dengan izinNya, semua boleh jadi. 

4)  Bekerja pada satu idea pada satu waktu.  Banyak idea tetapi semua tidak jadi.  Untuk dapatkan idea berbisnes dari rumah, boleh dapatkan ebook 101 Idea Home Based Bisnes.

5)  Buat langkah panjang dan pendek tujuan anda ingin punya bisnes online atau offline.

6)  Berapa banyak 'investment' yang telah anda buat untuk bisnes anda?  Buat pengiraan dengan betul dan jika tidak tahu bagaimana untuk urus akaun dengan betul, kami ada kelas offline dan online urus akaun.

7)  Selalu lihat buku catatan anda (sediakan wishlist book atau buku impian).  Buka selalu dan tulis, tulis dan tulis impian anda.  Jika fokus dan konsisten, pasti berjaya, InsyaAllah.

8)  Buat bisnes internet memang menguntungkan jika tahu caranya.  Malah boleh jana pendapatan lebih RM10K sebulan jika tahu caranya.  Perlu banyak belajar.  Malah, saya sendiri pun masih belajar dan sertai seminar yang berkaitan.

9)  Rebut peluang yang datang.  Jika tiada modal, bermula dengan tanpa modal.  Modal rendah pun boleh juga.  Yang penting mahu belajar.  Banyak bisnes tanpa modal seperti dropship dan affiliate.  

10)  Buat sebelum kata tidak boleh. Belum cuba belum tahu.  Jangan putus asa jika tidak jadi.  Orang yang kaya raya, jutawan pun bukannya terus celik mata jadi senang. Mereka pun bermula daripada bawah. Lainlah jika mewarisi kekayaan atau dilahirkan dalam famili yang kaya raya!

Kesimpulannya, buat dan buat hingga berjaya.  Banyak idea boleh dibuat.  Cuba cari idea yang orang lain belum pernah buat.  Apa dia?  Kita sama-sama fikir dan jom kongsikan bersama saya.

Bagi suri rumah dan suri berkerjaya yang ingin memulakan bisnes dari rumah, boleh hubungi saya.  Saya boleh bagi tips dan berkongsi.  Yang penting anda ingin belajar dan ingin jana pendapatan dari rumah.  Dapatlah duit tambahan untuk diri sendiri.  

Ebook 101 Idea Home Based Bisnes ini bagus untuk dapatkan idea bisnes dari rumah.







No comments:

Post a Comment