Tuesday, 8 April 2014

Untuk Yang Minat Blogging

Teks : Norazizah Sudin

Jika anda seorang ibu yang suka menulis, blogging adalah mudah untuk memulakan membuat wang secara online.  Buat blog dan letakkan link affiliate, blog walking, buat ulasan produk dan lain-lain.

Tulis berdasarkan minat dan kepakaran anda.  Barulah idea mudah datang dan sentiasa mengalir mudah. Blogging itu sendiri tidak menghasilkan wang.  Anda perlu mencari pengiklan, penaja, tolong promosikan produk pihak ke 3 atau menjual produk anda sendiri. Secara mudahnya, anda perlu bina sebuah bisnes untuk membuatnya bekerja untuk anda.

Tetapkan tujuan anda berblogging.  Tetapkan juga target waktu untuk semua tujuan ini. Zaman sekarang semua ingin berbisnes internet.  Boleh promosi di blog, fanpage dan tapak iklan.  Dengan berblogging juga boleh dijadikan satu pendapatan pasif kita.  Jadi pelbagaikan cara promosi blog anda.  

Setiap orang ada keistimewaan sendiri.  Hanya perlu tunjukkan skil dan asah semula bakat yang sediada.  Kami di akademi ini memberi peluang kepada mereka yang mahu mulakan bisnes online untuk menghadiri kelas online asas membina blog penulisan dan blog bisnes. Ada protege saya yang langsung tidak tahu menggunakan facebook dan buat blog.  Tetapi dengan kesungguhan yang ada, beliau sudah pandai dan sudah ada blog bisnes sendiri.  

Apa yang penting kesungguhan untuk belajar, secepat mana kalian serap ilmu dan praktikkan. Cepat siap, cepatlah dapat tuai hasilnya. Malah kami juga ada menyediakan peluang menjana pendapatan pasif. Lebih menarik dan uniknya kelas ini, belajar dan terus aplikasikan. Tidak perlu tunggu selesai kelas baru boleh mula dan buat kedai blog sendiri. Juga tiada yuran berkali. Hanya bayar sekali yuran kelas. Belajarlah selama mana yang kalian mahukan.  Guru online kalian sedia berkhidmat bila-bila masa kalian perlukan.

Laburkan duit untuk ilmu dan gandakan pendapatan kita. Jika masih tidak mendapat hasil daripada duit yang dilaburkan, bukan kerana ilmu yang tidak bermanfaat tapi kerana tiada tindakan yang kita hasilkan.

Semoga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment