Friday, 9 May 2014

Baca Ini, Untuk Yang Berbisnes Dari Rumah

Teks : Norazizah Sudin

Assalamualaikum dan selamat pagi.  Salam Jumaat.

Bisnes di rumah juga banyak cabarannya.  Bukan sekadar sedap mendengar sahaja.  Banyak masalah jika tidak pandai mengurus masa, tidak keruan yang mana hendak dibuat dahulu, tidak tenang jika anak-anak mengacau dan pelbagai masalah lain.  

ABDR ada menerbitkan ebook Super WAHM Super MOM yang amat bagus untuk dibaca oleh semua para ibu yang bekerja dari rumah mahupun yang ingin memulakan kerja dari rumah.




Jom kita baca petikan dari ebook ini. 

Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM.

Kenapa saya dan rakan-rakan WAHM yang lain cukup positif serta suka untuk mengajak kaum ibu yang bekerjaya, mempertimbangkan pilihan bekerja dari rumah? Saya petik salah satu perenggan kesukaan saya.

"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat"
Masayu Ahmad 24.2.2013

Urus stres dengan super gembira
1)  Rai diri sendiri dengan mengatakan pilihan ini adalah terbaik untuk diri kita. Ada banyak 
pro dan kontra mempunyai pembantu rumah antaranya kos sara hidup meningkat, tiada 
privasi dalam rumah, juga kebergantungan kita kepada orang lain.

2)  Jadikan urus rumahtangga sebagai tanggungjawab bersama, agihan semula kerjasama
dalam bentuk agihan tugasan untuk suami, isteri dan anak-anak.

3)  Mula semula sesuaikan diri untuk tidak bergantung kepada orang lain, fokus urusan
rumahtangga adalah mudah bukannya remeh temeh dan malas untuk selesaikan rutin sama 
setiap hari.

4)  Jika jemu selang selikan aktiviti. Sentiasa susun jadual atau urusan rumahtangga mengikut 
kesukaan. Jika mahu tetapkan rutin yang sama terpulang kepada suri. Contohnya saya tidak 
meletakkan rutin menjemur kain pada awal pagi. Kadang-kadang jam tujuh pagi dan kadang-kadang 
pula jam 10 pagi.

5)  Bagi suri yang bekerja dari rumah, rancang aktiviti kerja atau bisnes dan sesuaikan pula 
dengan keperluan rumah tangga. Contohnya seperti saya awal pagi adalah untuk menulis dan 
jam 10 hingga 4 untuk bisnes. Jam 4 dan ke atas untuk rumah tangga dan anak-anak. 
Sesuaikan aktiviti kerana bekerja atau bisnes dari rumah adalah fleksibel.

Banyak lagi tips menarik dalam ebook ini.  Boleh dapatkan dari saya ya.

Dalam Harian Metro, hari ini (9 Mei) ada juga membincangkan tentang kesilapan bisnes di rumah oleh Irfan Khairi.  Boleh baca di sini.

Semua yang kita usahakan, baik bisnes online atau bisnes offline, ada baik dan buruknya. Semuanya di tangan kita.  Kita yang menentukan hala tuju sesuatu bisnes kita.  

Untuk memulakan blog atau mendapatkan ebook di atas, boleh hubungi saya.






No comments:

Post a Comment