Wednesday, 14 May 2014

Bengkel Offline Akaun Bisnes

Teks : Norazizah Sudin

Sabtu lepas, 10hb Mei, saya telah meluangkan masa ke Shah Alam untuk menambah ilmu tentang akaun.  Semasa di sekolah menengah dahulu ada belajar Prinsip Akaun, tetapi sudah lupa kerana lama tidak mempraktikkannya.  Pening juga sebab banyak yang tidak faham dan tidak buat.  Resit simpan tetapi tidak rekod.  Hujung bulan bila kemas beg tangan, macam-macam resit dan kertas ada.  Buku 555 memang tulis tetapi tidak lengkap.  

Alhamdulillah, banyak ilmu yang sudah dikutip sepanjang kelas akaun offline ini.  Cikgu offline ini memang seorang akauntan yang bertauliah dan banyak berkongsi tentang akaun. Jangan campur duit bisnes dengan duit sendiri.  Tolong catat dalam buku.  Hujung bulan akaun tunggang langgang sebab barangan habis dijual tetapi untung entah ke mana.

Walaupun nanti akaun kita akan diuruskan oleh akauntan bertauliah, tetapi kita sebagai empunya bisnes, perlu tahu tentang kira-kira dan sifir.  Sifir apa ya?  Jom kita pergi belajar.  Baru tahu.  Setiap benda yang dikeluarkan untuk bisnes perlu diambil kira.  



Masalah rutin usahawan bisnes kecil :

-  Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-  Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-  Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-  Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-  Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-  Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan
-  Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-  Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-  Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh  :  14 Jun 2014 (Sabtu)
Lokasi  :  Shah Alam
Masa  :  9 pagi -5 petang
Yuran  : RM220

Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul :
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Untuk pendaftaran, hHubungi saya :
SMS/whatsapp  :  019-7461502


No comments:

Post a Comment