Friday, 23 May 2014

Buat Sebab Minat, Jangan Terikut-Ikut

Teks : Norazizah Sudin

Salam Jumaat.  Hujan di luar turun dengan lebatnya.  Alhamdulillah.  

Tips saya hari ini adalah buat sesuatu sebab minat dan jangan terikut-ikut.  Faham ke tidak faham?  Mudah sahaja konsepnya.  Buat sesuatu sebab minat dan memang menjadi keterujaan untuk membuatnya.  Kadang-kadang ada yang membuat sesuatu disebabkan terpaksa dengan alasan untuk membantu keluarga menambah pendapatan.  Banyak sebab seperti kos hidup semakin meningkat, perlu bayar bil yang semakin meningkat setiap tahun, perbelanjaan harian juga semakin tinggi, perbelanjaan persekolahan anak juga semakin mahal dan lain-lain lagi.  Ada seorang rakan saya dia langsung tidak minat menjahit dan bekerja sepenuh masa di sebuah kilang.  Disebabkan cabaran hidup dan ingin menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat, dia paksa diri belajar menjahit, terpaksa pegang mesin jahit, terpaksa pegang jarum dan lain-lain. Alhamdulillah, sekarang ini dia telah mempunyai kedai jahit sendiri dan terpaksa mencari pembantu untuk membantunya mengambil tempahan menjahit terutamanya, menjelang musim perayaan seperti hari raya.

Itulah hakikat kehidupan.  Kadang-kadang kita terpaksa membuat sesuatu disebabkan terpaksa.  Lama-lama menjadi mudah dan kita suka dengan apa yang kita buat.  Oleh itu, jika kalian tiada kemahiran atau kepakaran tentang sesuatu, mula lah belajar apa yang kalian minat.  Kalau tidak minat, cuba cari minat.  Jika tidak, paksa diri atau cabar diri untuk belajar minat sesuatu.  Fokus utama untuk tambah pendapatan.  

Jom kita baca 5 sikap positif untuk berjaya strategi Dr. Azizan Osman :




Sekarang ini banyak di luar sana terdapat kursus masakan untuk yang berminat.  Pasti ramai suri rumah yang minat memasak.  Boleh belajar dan praktikkan.  Luangkan masa untuk menambah ilmu.  Usaha tangga kejayaan.

Jika tiada masa untuk belajar tetapi minat, boleh ambil borong contoh kuih raya atau apa sahaja seperti kek, kerepek dan sebagainya dan jual.  Komisen kalian dapat.  Jika tiada produk, boleh tolong jualkan produk orang lain.  Jangan bagi alasan tiada produk tidak boleh menjual.  Begitu juga produk lain.  

Apabila sudah mula, fokus dan komit.  InsyaAllah, pasti berjaya.  Jangan buat sambil lewa. Bagi suri bekerjaya pula dan ingin menambah pendapatan pula, boleh buat secara sambilan. Seperti saya, baru-baru ini juga telah belajar membuat Maruku Meletop dan Alhamdulillah, setiap hari dan setiap minggu ada tempahan dari rakan-rakan dan jiran-jiran.  Tempahan untuk Hari Raya telah sedia menanti.  Syukur Alhamdulillah dan terima kasih.  Saya juga menjual kuih raya yang diambil dari cikgu kelas memasak saya dan jual.  Banyak yang kita boleh buat, cuma antara rajin dan malas sahaja.  

Selingan, hendak promo Maruku Meletop saya sekejap ya.  



Ahmad Wafi, duta Maruku Meletop saya.....hehehe



Tempahan pelanggan.

Bagi yang berminat, boleh sertai kami di ABDR, untuk membuat projek khas duit raya. Sudah boleh mula sekarang.  Kami membuka kelas untuk :

1)  Kelas borong telekung solat dan
2)  Projek duit raya dengan menjual barangan makanan sepanjang musim seperti pes Nasi Arab dan makanan sunnah

Hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com






No comments:

Post a Comment