Tuesday, 20 May 2014

Kesalahan Yang Patut Dielakkan Apabila Mula Berbisnes

Teks : Norazizah Sudin

Setiap yang memulakan bisnes inginkan kejayaan yang besar menanti.  Ada yang bermula dengan modal yang besar dan kecil.  Cuma cara sahaja berbeza.  

Hari ini saya ingin berkongsi tentang kesalahan yang patut dielakkan ketika mula bisnes. Orang ingin bisnes, kita pun ingin bisnes tetapi tiada ilmu yang mencukupi.  Ilmu perlu dipelajari seperti ilmu akaun, ilmu komunikasi dengan pelanggan dan lain-lain.  

Jom kita lihat :
1)  Tidak dimulai dengan modal yang cukup.  Adakah menjadi kesalahan jika tiada modal? Tidak.  Boleh mula tanpa modal dan modal serendah RM50 pun boleh mula.  Pelbagai jenis bisnes ada seperti dropship dan affiliate.  Ini percuma.  Kalau berbayar pun, serendah RM10 ada.

2)  Berfikir bahawa kejayaan akan datang dengan cepat.  Buat dahulu baru fikir kejayaan. Boleh dijadikan inspirasi tentang kejayaan dengan melihat kejayaan orang lain yang telah berjaya.  Jadikan cabaran untuk berjaya.

3)  Tidak fokus kepada kualiti produk.  Jadi kita perlu mahir tentang produk dan kebaikan produk tersebut.  Jangan hanya semata fikir tentang keuntungan sahaja.

4)  Meremehkan tentang penjualan dan pemasaran.  Jangan ambil remeh tentang ini. Pemasaran penting untuk melariskan sesuatu produk.  Belajar ilmu pemasaran daripada pakar pemasaran.  Banyak bentuk pemasaran boleh kita pelajari seperti buat flyers, banting, pemasaran percuma di blog dan facebook.  

5)  Fahami konsep kompetitif.  Setiap bisnes ada pesaing.  Hadapi pesaing secara profesional.  

6)  Belajar cara meletak harga.  Jangan letak harga sembarangan tanpa melihat kos. Belajar urus akaun dengan sistematik.  Walaupun ada sesetengah barang diberi percuma seperti tisu, ianya tetap dikira sebagai kos.  

Kami juga ada membuka bengkel urus akaun bisnes secara offline dan online.  

- Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat

- Belajar buat bajet kewangan
- Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
- Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
- Perlu tahu mana untung mana rugi
- Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
- Perlu tahu asas keluar masuk wang
- Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Dah fikir banyak kali tapi tak tahu juga?.
Anda sahkan diri anda perlukan bantuan urus akaun?

Ada yang suka kelas online.  Ada yang suka jenis bengkel dan beraktiviti.  Ada juga yang tidak sempat kedua-dua di atas.




Kami buka untuk anda, Personal Coaching Urus Akaun Bisnes.  Berkumpulan 4 - 6 orang maksima sahaja.

Jika anda suka hendak coaching bersama grup rakan niaga anda, ini peluang terbaik.

Topik yang akan dibincangkan :
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Masa : 9.30 pagi - 2.00 tengah hari (Hari bekerja atau hujung minggu)
Sijil dan refreshment disediakan.  
Lokasi : Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE).




Jika anda mahu dan berminat untuk hadir Personal Coaching ini, boleh lah hubungi saya, Norazizah Sudin untuk maklumat lanjut dan juga penyusunan tarikh untuk anda.











No comments:

Post a Comment