Thursday, 15 May 2014

Sudah Bersedia?

Teks :  Norazizah Sudin

Dapatkan ebook ini sebelum bermula jika kalian tidak pasti.  Banyak tips dan panduan yang boleh dijadikan panduan.  Khatamkan ebook ini dahulu.  Jika ada persoalan boleh PM saya untuk kita kongsikan masalah kalian.




Bab 1 : Apa itu wahm, sahm, soho

Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah :
"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."

Bab 2 : Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.
"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan.  Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan.  Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes.  Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."

Bab 3 : Kisah Inspirasi Wahm, Soho 
Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)

Bab 4 : Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5 : Tips sukses urus masa
Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
Bab 7 : Tips urus rumah tangga
Bab 8 : Tips motivasi surirumah terhebat

Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri.  Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga dan stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian.  Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga dan perniagaan di rumah.

Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis.  InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.

Berikut adalah lima persediaan asas sebelum menghantar notis berhenti kerja, atau sudah tekad mahu mempunyai pejabat di rumah.

1. Rancang dan penyelarasan kewangan
2. Kenalpasti atau analisa 5w 1 h
3. Kenalpasti kerja atau bisnes
4. Mula secara sambilan sebelum sepenuh masa
5. Buat persediaan 1 hingga 3 tahun sebelum hantar notis perletakan jawatan

Baca email ini untuk jika kalian masih ragu-ragu.

Email pilihan : Bagaimana saya boleh ikut serta cikpuan dan kumpulan bekerja dari rumah?

Jawapan : Untuk mendapat pendapatan yang tetap melalui hanya bekerja dari rumah bukanlah suatu perkara yang mudah juga, tetapi jika kita tahu caranya Insya Allah senang sahaja. 

Apa yang puan boleh lakukan sekarang adalah dengan mendaftar kelas belajar blog dan fanpage.  Yuran bermula dari RM150 - RM300.  Saya cadangkan agar puan mengambil pakej RM200 di mana secara automatik puan dapat menjadi Rakan Niaga kami dan boleh mempromosikan produk Akademi Bekerja Di Rumah.  Caranya cukup senang sahaja, bina sebuah blog dan  fanpage dan setiap hari boleh promosikan produk kami iaitu pakej kelas online, ebook dan juga ruangan pengiklanan.  Tidak perlu keluar rumah pun cuma hanya perlu luangkan sedikit masa untuk berada di hadapan komputer melakukan kerja-kerja pemasaran secara dalam talian.  InsyaAllah kita sama-sama usahakan untuk mendapat pendapatan sebanyak RM100 sehari.  Sudah ada di kalangan ahli alumni ABDR yang berjaya melakukannya juga. 

Semoga jawapan di atas sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang sedang buntu memikirkan jenis bisnes atau cara bagaimana untuk mula bekerja dan menjana pendapatan dari rumah. 


Semoga bermanfaat.





No comments:

Post a Comment