Thursday, 4 September 2014

Blog Tips Bekerja Dari Rumah

Teks : Norazizah Sudin

Lamanya tidak menulis.  Alhamdulillah, saya kembali menyambung trek yang sudah lama ditinggalkan.  Semoga saya akan fokus dan konsisten untuk terus menulis dan berkongsi ilmu dengan semua.

Ok.  Saya suka baca blog Samad Kinto (http://www.samadkinto.com/).  Blog yang padat dengan perkongsian tentang bekerja dari rumah.  

Jemput baca ya semua.

Saya kongsikan tips dari beliau tentang kewangan

1 : Tangguhkan Kepuasan Diri
Kita kosongkan minda untuk membeli apa sahaja barangan idaman. Lupakan sementara apa yang kita inginkan. Dalam tempoh tersebut, kita mesti menjadikan diri sendiri sebagai kalis iklan. Contoh : Ceo dahulu pun seorang yang boros. Walaupun bergaji kecil, seluar jeans mesti berjenama Levis. Tiada kepuasan jika sarungkan yang ciplak atau tiruan. Selepas Ceo tahu tip ini, bajet harian di ketatkan. Belanja makan minum hanya Rm15 sahaja. 12 bulan Ceo amalkan begitu. Akhirnya berjaya menyimpan sejumlah wang yang agak besar. Nafsu belanja mesti di jinakkan, ketagih menyimpan di besarkan.

2 : Perlaburan.
Jika kita baru mula berniaga dari rumah, lupakan dahulu apa jua perlaburan lain. Emas, rumah, tanah, saham & sebagainya. Labur dahulu dengan stok perniagaan kita dahulu. Stok sedikit menjadi banyak sedikit demi sedikit. Stok kita ini yang menjadikan duit kita beranak dengan cepat. Secara idealnya, lebih banyak yang kita beli, lebih murah yang kita dapat. Tak mungkin sama harga 10 unit dengan harga borong 1ribu unit. Laburkan juga sebahagian keuntungan untuk iklan. Mesti ada bajet iklan setiap bulan. Bisnes tanpa iklan seumpama mengorat awek cun dalam gelap gelita.

3 : Simpan. Simpan. Simpan.
Perkara paling asas untuk menjadi kaya adalah simpan. Inilah rahsia besar untuk menjadi kaya. Sebab terlampau mudah, Usahawan amatur terlepas pandang. Mereka terus mencari rahsia orang kaya bertambah kaya merata dunia. Fokus sepanjang 12 bulan kita simpan setiap hari. Jom kita kira. Kita bisnes herskin. Setiap hari kita berjaya jual 2 set. Kita simpan rm50 sehari. Sebulan kita berjaya simpan rm1500. Setahun rm18,000. Angka ini pun besar. Tanamkan azam, majukan diri. Berniaga dengan bijak. Cipta peluang untuk simpan rm500 sehari. Jumpa kita di kelab Jutawan hujung tahun ke6. In Shaa ALLAH.

4 : Belanja Bawah Pendapatan.
Duit kita tanggung jawab kita. Jangan terlalu cepat upgrade cara hidup kita. Biarkan kita kekalkan kehidupan biasa-biasa dahulu walaupun perniagaan yang kita jalankan sudah maju & income juga bertambah. Jangan ambil pusing penasihat 20% di sekeliling kita. Dapat banyak simpan banyak. Dapat sikit simpan sedikit. Angka yang bergerak naik setiap hari lagi best dari melihat susut setiap hari. Rilek & sabar. Kebalkan dahulu tembok kewangan kita. Kita nak kaya lebih lama, bukan sekejap. Selagi kita amalkan belanja kurang dari yang kita dapat, selagi itulah kita tidak kalah.

5 : Ilmu Kewangan
Ilmu tidak datang kepada mereka yang menanti. Ilmu kewangan mesti di pelajari & kuasai. Buang ego diri jauh -jauh. Mulakan mempelajari ilmu kewangan ini. Mula beli buku & baca. Mulakan tanam benih pokok kewangan. Cari Mentor yang berjaya. Belajar dengan mereka. Hadirkan diri di majlis ilmu. Jadikan diri kita celik kewangan. Jika tidak boleh hadam dengan lebih jelas, beritahu diri sendiri ayat ini ' JANGAN belanja lebih dari yang kita dapat '.

Semua yang di atas memang sudah terbukti. Ceo sendiri pun masih amalkan hingga sekarang. Biar bisnes kecil tetapi simpanan besar daripada bisnes kelihatan besar bertahun-tahun tetapi simpanan kecil. Ceo harap semua pembaca status ini dapat belajar sesuatu untuk menjadi amalan. In Shaa ALLAH. He2 kopi satu!


Untuk yang ada kepakaran tentang kewangan dan ingin berkongsi idea, boleh sertai kami. Hubungi saya untuk bermula.

Kelas dibuka setiap hari.  Saya terima pelajar offline juga tetapi hanya untuk Johor Bahru sahaja ya.  Jadi yang tinggal di Johor Bahru, jangan segan-segan hubungi saya untuk bermula.

Jika tidak sekarang, bila lagi?

Salam sayang dari saya, 
Norazizah Sudin
Guru Online ABDR




No comments:

Post a Comment