Friday, 5 September 2014

Tips Bisnes Cara Saya

Teks : Norazizah Sudin

Pagi ini saya bersarapan Nasi Lemak.  Teringin pula hendak makan nasi lemak hari ini. Jadi siaplah Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis dan telur untuk saya dan hero kenit saya.

Alhamdulillah, bisnes kain saya sudah menampakkan hasilnya.  Cara promosi?  Saya buat secara offline, sambil berjalan ke rumah kawan saya cerita tentang kain.  Semasa balik beraya pun, masih sempat saya mempromosikan bisnes kain saya...hihihi.  Yang penting orang tahu apa bisnes saya.  Jika tidak buka mulut bagaimana orang hendak tahu, betul tidak?  Itu cara offline, cara online juga dibuat iaitu di blog dan facebook.  

Ini contoh kain-kain yang saya jual.  Kain ini saya ambil dari Vietnam.  Kami tidak menggunakan perkhidmatan orang tengah.  Kami ambil sendiri dari Vietnam.








Tips niaga yang saya ingin kongsikan hari ini adalah bagaimana kita hendak buat promosi offline.  Ini cara saya, cara kalian saya tidak tahu.  Jika ingin dikongsikan, boleh lah komen ya.

1)  Produk fizikal (contoh produk saya, kain), saya sentiasa bawa ke mana-mana.  Saya letakkan dalam bonet kereta.  Bila berjumpa kawan-kawan atau orang yang kita baru kenali, contoh di bank, sambil menunggu no giliran, beratur di pasaraya, saya akan menegur dan bertanya khabar.  Setelah itu pandai-pandailah kita bercerita tentang bisnes kita.  Amacam, ok tidak?  Jika nampak dia berminat, kita bagi no tel kita untuk dia hubungi.

2)  Produk digital (ebook, kelas online).  Ramai yang akan bertanya, kerja di mana? Dengan bangganya mudah saya menjawab.  Kerja dari rumah.  Seterusnya mereka akan bertanya, kerja macamana tu?  Saya ajar buat blog.  Saya dari ABDR.  Kami ada grup di FB dan seronok sebab ramai kawan dari pelbagai lapisan.  Semuanya kerja secara berjemaah. Jika ada produk, boleh dipromosikan di blog dan FB.  Untuk yang tiada produk, kami sediakan.  Suri rumah yang tidak tahu IT pun boleh belajar.  Yang penting ada kesanggupan untuk belajar, ada internet dan ada laptop.  Sambil duduk rumah jaga anak, dapat juga pendapatan.

3)  Jangan malu untuk memulakan perbualan jika jumpa orang.  Yang penting tahu cara untuk memulakan.  

4)  Saya bangga menjadi suri rumah berkerjaya.  Dapat jaga anak sepenuh masa dan tambah pendapatan bantu suami.  

5)  Fokus dan konsisten yang penting.  Fokus kepada bisnes dan InsyaAllah, hasilnya akan kita lihat nanti.  

6)  Tanya kepada diri sendiri apa yang kita mahu.  Hari ini aku hendak RM100 sehari.  Hari esok aku hendak RM200 sehari.  Buat sampai dapat.  

7)  Blog bisnes kita jadikan sebagai kedai kita.  Mudah, tidak payah sewa kedai, upah pekerja dan lain-lain.  Semua kita buat sendiri.  Tetapi perlu ada rekod setiap yang keluar masuk seperti akaun kedai online kita.  

8)  Yang paling penting, DIA pemberi rezeki kita.  Jadi setiap hari sebelum memulakan apa sahaja kerja yang kita buat, 'dating' dengan DIA dahulu dan baru lah buat atau sambung tugas kita.  Minta apa sahaja yang kita hendak, minta dengan sungguh-sungguh.  Jangan minta sahaja tanpa tindakan.  Tindakan dan usaha penting dan perlu.  Barulah DIA akan beri.  

Untuk semua ini dan bagaimana hendak bermula, mudah sahaja.  Kami ada kelas untuk bermula dan pendaftaran setiap hari.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
    - produk sendiri
    - makanan sunnah -
    - telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
    - produk islamik
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar
    Bengkel offline, bengkel online dan grup coaching
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
8. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada :
1. Tempahan blog bisnes - 5 - 7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 800 blog


Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya :
Facebook: norazizah.sudin
Emel di norazizahsudin@gmail.com

Salam sayang dan salam perkenalan.  Jumpa saya di ABDR.

Ini logo kami.  Menarik kan?





ABDR tidak hanya menerima kaum wanita sahaja tau.  Protege saya dari kaum bapa masih bekerja pun ada.  Jemput singgah blognya, Diari WAHD.  Blog yang penuh berinformasi.

Kaum bapa, jangan malu jangan segan untuk hubungi saya.  Jika malu untuk hubungi saya, boleh hubungi beliau ya.






2 comments:

  1. Kak Azizah,

    Betul kadang2 produk fizikal macam kain mmg lebih mudah promosi offline sebab bakal customer nampak dan boleh rasa kain tu sendiri... sama macam kuih, melainkan orang dah biasa rasa atau dah ada nama kan. Kalau online kena la ada testimonial best baru meyakinkan.

    Saya pun buat dua2 promosi online offline tapi kadang2 malu sikit offline sebab kena polish lagi skill. Kadang bukan apa, orang ingat kita asyik nak sembang bisnes je. Hehe. Apapun dua2 kaedah penting. Terima kasih kongsi pengalaman akak ya.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian Zaila dan sudi komen. Terima kasih juga sebab sudi baca blog Kak Zah ya.

      Promosi offline dan online sama je. Promosi lebih-lebih umph sikit, kan? Hari-hari buat, lama-lama dah terlebih polish la..hihihi.

      Semoga kita berjaya dunia akhirat, InsyaAllah

      Salam perkenalan.

      Delete