Tuesday, 28 October 2014

Bisnes Biar Berterusan

Teks : Norazizah Sudin

Banyak cabaran jika hendak bisnes online.  Ada yang berjaya dan tidak.  Hati mesti kental dan tahan dugaan.  Kadang-kadang saya sendiri pun ada masanya keluar rasa malas, penat, susah dan lain-lain kata negatif.  Setiap pagi selesai solat Subuh saya selalu cakap kepada diri sendiri, apa yang saya hendak hari ini, berapa RM saya hendak hari ini, hari ini hendak buat apa dan lain-lain lagi.  Positif sentiasa, cakap kepada diri sendiri dan buang semua fikiran negatif.

Bila saya mula duduk di rumah dan hendak ada bisnes sendiri, saya sudah setkan dalam minda saya apa yang saya hendak.  Ada 'push factor' kenapa saya buat itu dan ini.  Sudah mula saya MESTI habiskan.  Ada satu bisnes, InsyaAllah boleh ada dua pulak.  Yang penting rajin, fokus dan konsisten. Memang banyak cabaran bisnes ini, samada bisnes online atau offline.  Ada kedai atau tiada kedai.  Mesti berdisplin tinggi dan jiwa mesti kebal. 

Sekali sekala hendak bercuti boleh.  Hendak jumpa kawan, keluar makan dengan rakan lama, berdating dengan suami dan lain-lain lah.  Dalam seminggu, ambil cuti 2 hari.  Balik ke ofis SOHO mesti fresh dengan banyak idea baru dan macam-macam input menarik untuk bisnes kita.

Banyak lagi nak sambung, tetapi saya hendak rehat sekejap, sebab ada rakan lama hendak datang ke rumah.  

Ok lah, nanti sambung lagi.

Kelas online saya boleh wassap atau PM sahaja ya.  Sertai kelas bisnes dan saya akan ajar buat blog bisnes dan kongsikan apa yang saya tahu.

Salam sayang dari saya dan jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment