Wednesday, 5 November 2014

Bisnes Online

Teks : Norazizah Sudin

Bisnes online mudah jika kita tahu caranya.  Belajar buat blog, tidak payah kedai untuk yang baru bermula atau newbie.  Buat blog yang percuma dahulu.  Bila sudah pandai, barulah boleh upgrade ke dot.com dan berbayar.  Dalam blog jangan lupa letak semua informasi berguna seperti cara pembayaran, borang tempahan, akaun kedai dan lain-lain yang berkaitan.

Sekarang ini ramai yang minat hendak buat online.  Dari sekecil-kecil barangan hinggalah ke besar-besar barangan.  Cuba lihat sebagai contoh dalam Mudah.my.  Ubat gigi, maggi pun ada yang jual.  Lihatlah betapa besarnya pengaruh internet dalam kehidupan kita. Saya pernah terbaca seorang budak lelaki yang baru berusia 9 tahun sudah pandai berbisnes.  Pada mulanya beliau hanya menggunakan bow tie untuk kegunaan sendiri.  Setelah mendapat permintaan ramai, beliau menukarkan minatnya sebagai bisnes.  Minat pun sudah bertukar menjadi duit.  

Kita juga boleh menjadikan minat sebagai salah satu sumber untuk mendapatkan duit. Jika minat memasak, cuba dahulu buat secara kecil-kecilan.  Boleh bagi sample percuma kepada rakan-rakan atau jiran-jiran.  Promosi di internet seperti facebook, instagram dan lain-lain media sosial.  Jangan malu untuk mencuba.

Tidak tahu buat blog?  Boleh belajar dengan ABDR.  Lihat link di sini ABDR.  Banyak testimoni dan semua maklumat boleh di dapati di situ.  

Hubungi saya, Norazizah Sudin, guru online ABDR.

Belajar buat blog, fanpage, kelas akaun dan lain-lain.  Baca di link itu ok.  Jangan malas ya.  Hendak pandai kenalah belajar.  InsyaAllah, saya dapat membantu.  Yang penting minat, rajin, dedikasi dan hendak belajar.  

Salam sayang,
Norazizah Sudin
Guru Online ABDR


No comments:

Post a Comment