Friday, 31 January 2014

Belajar Urus Akaun Dengan Lebih Sistematik


Bermula tahun 2014, ABDR telah membuka satu lagi kelas khas untuk semua usahawan WAHM SOHO  yang mahu mempelajari cara yang betul dan sistematik untuk mengurus akaun bisnes, iaitu kelas online urus akaun bisnes kecil WAHM SOHO.  Alhamdulillah, kelas ini juga mendapat sambutan menggalakkan daripada WAHM.  Sudah beberapa sesi berlangsung bersama tenaga pengajar bertauliah dalam bidang ini.

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula WAHM :
- tidak ada rekod
- tidak tahu aliran kewangan
- tidak pandai jejak sumber
- tidak tahu menyimpan rekod

 

Modul 1 & 2 :
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
- Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

 

Proses merekod setiap transaksi secara harian
BOOK KEEPING
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER
Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.
 
Bagaimana kelas dijalankan?
Kelas dijalankan secara online dan peserta perlu online ketika kelas sedang berlangsung.  Untuk modul 1 & 2, hanya 3 jam dari masa anda diperlukan.

Ini adalah ulasan salah seorang peserta kelas akaun, Azlina Abd Aziz
Sesungguhnya kelas akaun secara online ini sangat memudahkan pelajar suri rumah seperti kami di mana tidak perlu untuk keluar rumah dan itulah objektifnya. Di samping itu juga, dapat menjaga anak di rumah, seperti peribahasa sambil menyelam sambil minum air. Walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu akaun asas dapat dipelajari dan diketahui. Walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman semasa bekerja dalam mengurus akaun syarikat lama, saya dapat menggilap lagi asas yang saya ada. Setelah mempelajari ilmu akaun asas ini, saya dapat memahami bahawa ia sangat penting bagi setiap individu untuk belajar mengenai akaun dalam menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Faktor paling penting yang saya anggap berat adalah duit persendirian tidak boleh dicampur-adukkan dengan duit perniagaan kerana terdapat pelbagai kelemahan dan masalah akan timbul sekiranya akaun di uruskan seperti ini.
 
Sesungguhnya pembelajaran asas kelas akaun ini amat bagus dan bermanfaat serta menjimatkan masa. Akan tetapi jika kita hendak mendapatkan ilmu akaun ini secara terperinci, hendaklah kita menghadiri kelas secara offline seperti dicadangkan oleh trainer, Puan Khadijah.

Untuk mendaftar kelas ini, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com

Pendaftaran kelas online yang lain masih dibuka setiap hari.
1)  Kelas asas blog dan penulisan.
2)  Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes
3)  Kelas beriklan di mudah.my
4)  Kelas penulisan kreatif
5)  Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6)  Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO

 Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Thursday, 30 January 2014

Blog Lagi


Teks : Norazizah Sudin

Blog lagi!  Ya.  Saya suka bercerita tentang blog, sebab blog ini menyeronokkan.  Kita boleh tulis apa sahaja yang kita suka, minat dan seronok untuk berkongsi dengan pembaca.  Blogspot percuma.  Jom, belajar buat blog.  Mudah sahaja, jika minat.  Kalau minat semua boleh, tetapi jika tidak minat, lupakan sahaja, sebab nanti sekerat jalan! 

Jika anda seorang ibu, sebagai contoh, anda boleh membuat blog tentang famili anda.  Jika blog anda menarik, ramai pembaca tegar akan menjadi rakan anda.  Bagi yang minat memasak, mencuba resipi baru, boleh buat blog tentang resipi.  Mesti ramai peminat.  Blog boleh jadi rujukan jika bermanfaat. 

Selalunya, apabila kita memulakan blog dan ada perasaan teruja untuk menulis dan berkongsi apa sahaja, kita akan menulis dengan hati yang ikhlas dan penuh perasaan, tetapi perlu ingat, semua ciri-ciri ini perlu dijaga :

1)  jangan tulis dengan bahasa yang tunggang langgang
2)  tulis dengan santai dan guna bahasa yang betul.  Ia akan menjadikan blog kita penuh berinformasi dan suka untuk dibaca berulang kali
3)  tulis setiap hari dan ia adalah sebagai catatan harian.  Lama kelamaan ia menjadi satu kisah perjalanan diri kita dan juga keluarga.  Pengalaman dan kepakaran kita itu, tidak ada pada orang lain.  Itulah uniknya kita dan boleh disampaikan dalam bentuk bersahaja, ia adalah perkongsian pengalaman yang menarik.
4)  jaga bahasa, jaga tatabahasa, tulis ringkas dan santai.  Itu kata kunci untuk blog yang suka dikunjungi pembaca.  

Saya suka blog yang tidak ada 'bling-bling' yang keterlaluan.  Blog yang ringkas dan padat lebih suka dibaca.  Blog berinformasi dan diselitkan dengan tips-tips yang menarik pembaca. 

Blog juga boleh dijadikan enti penyelesai masalah. Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca.  Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jenis resipi yang dimahukan.  Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari.  Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan. 

Banyak lagi tips tentang blog ini.  Banyak tips berinformasi tentang blog dan pelbagai blog anda boleh dapati dari internet.

Bagi yang ingin ada blog, sama ada blog bisnes atau blog penulisan, boleh hubungi saya ya.  Saya sedia berkongsi dengan anda.  

Bagaimana?  Boleh lihat di pakej online

Mulakan sekarang, jika tidak bila lagi?




Wednesday, 29 January 2014

Rancang Bisnes Anda


Teks : Norazizah Sudin

Sebaik sahaja anda telah ada idea hendak bisnes apa, lakukan beberapa kajian dan buat perancangan.  Tulis perancangan untuk bisnes anda.  

Buat perancangan dan tetapkan matlamat untuk 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan dan setahun.  Tulis matlamat yang tidak terlalu tinggi dan boleh dicapai, tetapi tidak terlalu mudah.  Sebagai contoh :

1)  dalam masa 3 bulan, saya ingin memulakan bisnes di internet
2) dalam masa 6 bulan, saya ingin memperolehi keuntungan bulanan sebanyak RM500
3)  dalam masa 9 bulan, saya hendak keuntungan sebanyak RM1,000
4)  dalam masa setahun, saya hendak keuntungan sebanyak RM1,500

Cabar diri anda untuk capai matlamat ini.  

Cuba gariskan beberapa perkara perancangan anda ini:
1)  objektif utama bisnes anda untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang
2)  bagaimana anda akan mencapai matlamat ini
3)  bila tarikh anda dapat capai semua matlamat ini
4) apa yang perlu dibuat dan bagaimana untuk menjalankan bisnes anda

Memulakan sesuatu bisnes memerlukan komitmen yang tinggi jika anda serius.  Jika perlukan modal, pastikan modal mencukupi dan dapat menampung perbelanjaan operasi sehingga bisnes anda mula menjana keuntungan.

Pada pendapat saya, sebelum memulakan bisnes dengan wang simpanan anda, tanya diri anda dengan soalan-soalan ini dahulu :
1)  adakah idea bisnes anda ini mempunyai faktor X yang akan menarik ramai pelanggan?
2)  berapa banyak wang yang sanggup anda keluarkan untuk bermula?

Mula secara kecil-kecilan dahulu.  Untuk suri rumah, jika ingin berbisnes tetapi tiada modal, buat dropship.  Dapat untung kumpul dan boleh digunakan untuk beli borong pula.  
Cuba beberapa bisnes online.  Banyak idea online yang boleh anda lihat di FB.  Wanita yang paling suka dan banyak membeli belah di online.  Ramai usahawan baru mencuba beberapa idea-idea perniagaan yang berbeza dalam talian untuk memastikan yang mana paling untung dan menyeronokkan.
 
Untuk bermula, senaraikan 3 ke 5 idea bisnes yang anda minat.  Buat senarai dan lihat yang benar-benar menarik minat anda.  Secara mudah, buat senarai :
1)  apakah minat dan hobi anda?
2)  apa yang anda suka buat?
3)  kepakaran anda?
4)  anda pandai dalam bidang apa?

Buat apa yang anda minat.  Boleh baca di sini.  Tentu anda setiap hari teruja dan tidak sabar-sabar untuk buat bisnes yang anda minat.  

Buku Jana RM Dari Rumah (muka surat 97)

Bagi suri rumah dan suri berkerjaya yang ingin membuat kerja di rumah, persediaan bekerja di rumah perlu dibuat.  Jangan percaya janji-janji bahawa anda boleh membuat banyak wang dengan mudah dengan bekerja di rumah.  Kalau itu benar kita semua akan melakukannya!  Pejabat yang beroperasi di rumah memerlukan pengalaman, kemahiran dan jaringan yang membantu.  Manakala bagi bisnes yang baru bermula memerlukan sasaran pelanggan yang tepat, kemahiran penjualan yang baik, kerja keras, pelaburan, peralatan dan kelengkapan yang lengkap.
Tahu dan kuasai pasaran pekerjaan yang anda lakukan.  Setiap bidang sudah ada potensi untuk dilakukan di rumah.  Pendidikan, kesihatan, kecantikan, komputer, pengurusan atau apa sahaja.  Terokai, selidik dan cari peluang yang sesuai dengan pendidikan, pengalaman dan minat.

Jika anda telah bersedia, boleh sertai kelas kami.  Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini membantu kalian?
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksible, tanpa tekanan, tanpa terkejar-kejar. (^_^)

Kami perlukan KOMITMEN, KESUNGGUHAN, FOKUS dan KONSISTEN.  Itu sahaja yang diperlukan.
 
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes
3)  Kelas beriklan di mudah.my
4)  Kelas penulisan kreatif
5)  Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6)  Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO

Boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk bermula.

 




Tuesday, 28 January 2014

Bila Lakukan Sesuatu Yang ANDA TIDAK MINAT


Bismillah.  Assalamualaikum dan selamat pagi.  

Sebelum mula kerja, saya suka membaca artikel usahawan di internet.  Cari sahaja di google.  Artikle ini saya ambil dari blog usahawan bistari, tulisan Irfan Khairi.

Jom kita baca bersama-sama ya.  

Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat
  kita akan rasa cepat mengalah. Bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan.

  kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bilalah hari ini akan berakhir kerana hendak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh.

  kita tidak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila sudah tidak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kita akan gagal. 

Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat
kita tidak akan rasa cepat sangat nak give-up.  Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan untuk perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!

➤  kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu.  Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap sahaja.  Bila tidur malam pula, rasa hendak cepat siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!

  kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!

Untuk berjaya, lakukan perkara yang anda MINAT!

Kesimpulannya, buat perkara yang anda minat dan dengan sepenuh hati 100% tumpukan kepadanya.  Jika anda minat bidang masakan, buat blog, buat sample dan tester dan berikan kepada rakan-rakan terdekat untuk merasa, kongsikan di facebook dan blog dan pelbagai lagi.  Jika anda minat jahitan dan ingin mempunyai bisnes sendiri, ingin punya butik sendiri, mahirkan lagi dalam bidang ini.  Minat menulis?  Buat blog dan anda sudah boleh mula menulis.  Banyak lagi bidang yang anda boleh ceburi.  Buat berdasarkan minat dan kepakaran anda, barulah anda rasa seronok dan teruja untuk melakukannya. 

Setiap orang ada kemahiran tersendiri, cuma tidak tahu untuk mengeluarkan minat itu.  Cari maklumat dan tulis satu persatu.  Rancang matlamat anda.  Kenalpasti dan cari mentor yang bersesuaian.  



Bagi yang sudah bersedia dan mahu berkongsi di blog, anda boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk diberi tunjuk ajar.

Kami ada kelas yang bersesuaian dengan minat dan kepakaran anda.  Kelas kami 100% online. 

Untuk yang minat bisnes, boleh sertai Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes.  Bagi yang minat menulis dan ingin menjadi novelis, boleh sertai Kelas Penulisan Kreatif.  Untuk berkongsi sesuatu topik atau cerita, sertai Kelas Asas Blog dan Penulisan. 

Untuk lebih mudah, hubungi sahaja saya dan info lanjut akan diterangkan untuk bermula.

Mudah bukan?  Jom kita mulakan sekarang.  Jangan berlengah lagi, takut nanti minat anda itu akan terkubur begitu sahaja.  





Monday, 27 January 2014

Blog Santai


Teks : Norazizah Sudin

Kami di Akademi Bekerja Dari Rumah ada menawarkan kelas belajar blog untuk yang berminat.  Semuanya 100% online.  Mudah dan tidak membebankan pelajar kami.  Fleksibel.

Banyak kebaikan dan keseronokan menulis blog ini.  Tulis blog yang memberi manfaat untuk semua orang. 

Kami di ABDR akan mengajar :

1)  Cara menulis dengan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran.
Kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistik.  Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kisah, ia dapat mengubah pandangan dan member pengajaran dalam satu sisi yang lain.  Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.

2)  Buat blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi.
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi.  Ini tidak dicapai dalam satu hari   Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.

3)  Blog yang menjadi rujukan khusus.
Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis.

4)  Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika.
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti.  Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.

5)  Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga.
Sangat berbeza blog yang kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi.  Jagalah penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal.  Walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca.

Blog juga boleh dijadikan untuk menjana pendapatan.  Pembaca blog boleh menjadi pelanggan kita.  Caranya?  Tulis dengan ikhlas.  

Jadikan blog sebagai diari harian dan selalu kemaskini blog dengan entri menarik setiap hari.  Pembaca tegar blog anda akan sentiasa ternanti-nanti entri dari anda.

Ingin ada blog sebegini?  Boleh mendaftar bersama kami di akademi.  Dapatkan ebook asas blog sebagai bacaan awal.




Semua pakej tentang kelas ini boleh jenguk di pakej kelas online.

Kami juga ada menawarkan ruang periklanan untuk yang mempunyai bisnes online dan offline.  Boleh lihat di ruang periklanan.

Bagi yang berminat untuk menjadi rakan niaga kami, sila baca di sini.

Jika anda telah bersedia dan ingin memulakan langkah awal di tahun 2014 ini, boleh mendaftar di sini.

Boleh juga hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk info lanjut.




Sunday, 26 January 2014

Rebut Peluang


Teks : Norazizah Sudin

Fikirkan boleh, katakan boleh dan anda pasti boleh!

Rebut peluang yang datang kepada anda.  Jika anda minat bidang perniagaan, tidak tahu bisnes apa hendak buat, cari minat anda.  Buat pelan kerja dan mulakan.  Mula kecil-kecilan dahulu.  Kenali siapa diri kita yang sebenarnya.  Selami bakat dan potensi diri dan fikirkan bagaimana hendak membangunkannya.  

Berfikiran positif dan sentiasa positif.  Banyakkan membaca buku-buku motivasi, kejayaan usahawan, hadiri seminar usahawan dan lain-lain langkah ke arah usahawan berjaya dunia dan akhirat.

Saya suka membaca facebook Datuk Maznah Hamid dan bukunya Motivasi Memburu Kejayaan.  Banyak info dan tips positif yang boleh diceduk dan dijadikan inspirasi.  

Saya ambil dari bukunya tentang resipi kejayaan.  Carilah sebuah impian, adunkan bersama motif dan tindakan.  Tambahkan latihan demi latihan yang berterusan.  Hiasilah dengan disiplin diri yang secukupnya.  Hasilnya impian dan matlamat yang ingin dicapai walau apa jua sekalipun.  

Selamat mencuba dan selamat berjaya.

Bertindak sekarang dan jangan berlengah lagi!



Saturday, 25 January 2014

4 Faktor Sebelum Mula Kerja Dari Rumah


Teks : Norazizah Sudin

Tidak semua orang mempunyai peluang untuk bekerja dari rumah dan jenis perniagaan juga tidak sama.  Dalam masa yang sama, ramai juga yang ingin memulakan bisnes internet dari rumah.  Bagi yang serius ingin berbisnes, mulakan sekarang.  Tahun 2014 adalah tahun anda untuk bermula, sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Anda boleh dapatkan info dan jenis bisnes dari ebook ini.  Ebook ini hanya boleh didapati dari akademi sahaja. 







Bab 1 : 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2 : Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3 : Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4 : Strategi Pemasaran Online
Bab 5 : Strategi pemasaran Offline
Bab 6 : Operasi Dari Rumah
Bab 7 : Khidmat Pelanggan Online
Bab 8 : Produk digital vs produk fizikal
Bab 9 : Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10 : Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11 : Pengalaman Usahawan Sukses



Banyak senarai peluang bisnes dirumah di dalam ebook ini akan membantu anda untuk membuat keputusan. 

Memulakan bisnes dari rumah bergantung kepada empat faktor.  Berikut adalah soalan-soalan utama untuk di tanya kepada diri anda sebelum anda membuat keputusan untuk bermula :
1)  Apa yang anda mahu lakukan?  (mengikut hobi, minat dan lain-lain)
2)  Berapa banyak wang yang anda perlu untuk bermula?
3)  Bisnes online atau offline?
4)  Berapa banyak masa anda boleh komited untuk bermula?

Jika anda sudah ada jawapannya dan anda sudah bersedia, boleh hubungi saya untuk diberi tunjuk ajar.  

Kami ada menawarkan kelas berikut untuk bermula.  Anda boleh pilih kelas mana yang anda minat :
1)  Kelas Asas Blog & Penulisan
2)  Kelas Asas Blog & Fanpage Mula Bisnes
3)  Kelas Mudah.com
4)  Kelas Penulisan Kreatif
5)  Rakan Niaga / Pengurus Online
6)  Kelas Akaun Bisnes Kecil

Hubungi saya norazizahsudin@gmail.com untuk pendaftaran.



Friday, 24 January 2014

Mulakan Dengan Blog


Teks : Norazizah Sudin

Ramai yang sudah ada blog dan ramai juga yang belum ada blog.  Hendak buat blog tetapi tidak tahu.  Ada bisnes dan ingin ada blog, tetapi macam susah hendak buat.  Pelbagai jenis blog seperti blog peribadi, blog resipi, blog travelog, blog harian dan lain-lain jenis blog lagi.  Untuk permulaan, buat blog percuma dahulu.  Gunakan medium percuma seperti blogspot.

Blog juga boleh mendatangkan pendapatan untuk yang serius berblogging.  Jika anda ada sesuatu yang diminati atau pakar, gunakan blog untuk bercerita.  Boleh juga buat blog affiliate, khas untuk affiliate sahaja.  Untuk yang ada bisnes, buat blog kedai online.  

Bagi yang ada bisnes kek, buat blog kedai kek.  Promosikan blog anda di medium sosial.  Buat juga fanpage dan penuhkan promosi dan tips di situ.  Yang penting perlu rajin promosi dan promosi.

Untuk buat blog mudah sahaja sebenarnya.  Di internet sahaja kita boleh belajar.  Perlu rajin cari info.  Boleh juga belajar di YouTube.  Untuk lebih mudah, boleh belajar dengan kami secara online.  Daftar di kelas kami di akademi dan anda sudah boleh bermula.  

Sebelum bermula, kami akan beri 8 soalan analisa untuk dijawab.  Untuk kelas asas blog dan fanpage, kami akan ajar mengikut modul yang telah disediakan oleh pihak akademi.  Anda boleh lihat di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/ untuk pemahaman yang lebih jelas.  

Bagi kelas bisnes, kami akan ajar cara buat borang tempahan, link fanpage ke blog dan lain-lain berkaitan.  Anda akan diberi ebook asas blog sebagai bacaan awal.  Khatamkan ebook ini dahulu.  Banyak tips dan info berguna dalam ebook ini.  




Untuk info lanjut, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk bermula.








Thursday, 23 January 2014

Tips 'Newbie' Kedai Online


Teks : Norazizah Sudin

Fanpage dan blog saling berkait.  Lebih baik ada kedua-duanya, kerana tidak semua orang ada akaun facebook.  Ramai yang hanya suka akses ke blog sahaja.  Mereka lebih suka membeli belah secara online.  Untuk yang ada blog, pastikan siap dengan pengenalan produk, keterangan produk, testimoni produk dan borang tempahan dengan butiran jelas tentang pembayaran.  Blog kedai ini boleh menggunakan blog berbayar atau percuma.  Untuk 'newbie' boleh bermula dengan blogspot sahaja.  Percuma dan mudah untuk membina blog kedai yang lengkap dengan borang tempahan.

Saya ingin berkongsi tips kedai online yang boleh membantu anda untuk bermula :
1)  Pastikan kedai online anda mudah untuk diakses.  Lancarkan dahulu 1 atau 2 produk untuk bulan pertama.  Lihat sambutannya dan barulah tambah lagi produk lain.  Untuk produk pertama ini, jaga perkhidmatan pelanggan, kawal harga dan beberapa perkara lain.  Dari sambutan produk pertama ini, cari inisiatif untuk menambah produk lain dan betulkan beberapa perkara lain tentang produk jika terdapat perkara yang perlu diperbetulkan.

2)  Promosikan produk anda dengan pelbagai cara.  Cari idea dan kreatif.  Buat 'happy hour sale', tawaran menarik, cabutan bertuah, beli 2 percuma 1 dan beberapa idea lain.  Wanita lebih tertarik dengan tawaran sebegini.  Ini adalah sebagai salah satu tarikan untuk pelanggan baru dan lama anda. 

3)  Jangan malu untuk mempromosikan bisnes anda kepada famili dan rakan-rakan.  Maklumbalas penting untuk tahu sejauh mana produk anda berkesan.  Maklumbalas tentang kedai online anda juga penting.  Dengan cara ini dapat meningkatkan jualan dan menambahbaikan kedai anda. 

4)  Setiap pelanggan baru adalah berpotensi.  Mereka boleh menjadi 'salesman' anda.  Pengalaman mereka berurusan dengan anda dan penggunaan produk boleh melariskan jualan anda.  Mereka akan tolong mempromosikan kepada rakan-rakan dan famili mereka.  Jaga perkhidmatan pelanggan.  Jawab soalan mereka dengan baik.  Gunakan media sosial sebagai alat untuk berkongsi produk anda dengan pelanggan baru dan lama. 

5)   Gunakan pelbagai cara untuk mempromosikan produk anda seperti facebook, twitter, instagram, brosur, 'flyers', blog dan lain-lain cara.  Jangan terlepas peluang.  Jika tidak tahu, belajar.  Pastikan kedai online anda mudah dikendalikan.  Manfaatkan sepenuhnya semua cara pemasaran ini.  Setiap produk terbaru dan tawaran istimewa, hebahkan di facebook.  Buat fanpage dan sentiasa kemaskini.  Letakkan banyak gambar menarik, info berkaitan dan tips produk.  Ini sebagai salah satu cara untuk anda berkomunikasi dengan pelanggan. 

Banyak lagi cara dan tips menarik untuk mempromosikan kedai online anda.  Anda boleh dapatkan dalam ebook 101 Idea Home Based Bisnes.  Rancang strategi anda.  Banyak bisnes boleh dibuat seperti bisnes pendidikan, bisnes kreatif, bisnes makanan dan lain-lain.  Ini semua boleh dibaca dalam ebook ini. 

Dapatkan pakej bekerja di rumah ini sebagai bacaan awal.  





Promosi ebook ini sehingga April 2014.  Bagi yang berminat menceburi bidang makanan dan ada kedai online, boleh dapatkan ebook ini sebagai panduan.

Kami juga menawarkan kelas berikut untuk membantu suri rumah dan suri bekerjaya menjana pendapatan dari rumah.  Boleh pilih mana-mana kelas berikut :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan fanpage
3)  Kelas belajar iklan di mudah.my
4)  Kelas penulisan kreatif
5)  Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6)  Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil WAHM / SOHO

**Bagi yuran RM300 untuk kelas 5 dan 6 akan diberi PERCUMA kelas urus akaun untuk bisnes kecil.
 
*** Mahu belajar urus niaga akaun bisnes kecil, kelas secara online sahaja.

Tarikh : 20 Januari 2014 (Isnin)
Jam : 2.30 - 5.30 petang (3 jam)
Hanya 5 orang satu sesi (Hanya tinggal 2 kekosongan sahaja lagi)

Kelas waktu malam akan diadakan pada :

Tarikh : 21 Januari 2014 ( Selasa)
Jam : 8.00 - 11.00 malam (3 jam)

Tenaga pengajar bertauliah. Hanya RM150 (3 jam), BONUS EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES (Bernilai RM50) + BONUS BERIKLAN DI SOHO DIRECTORY SELAMA SETAHUN (Bernilai RM100)

PERCUMA kelas akaun ini bagi yang mahu menjadi rakan niaga akademi / pendaftaran kelas bisnes sesi Januari.

Modul : Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
Mengenal dan belajar kepentingan dokumen - Invois, cash, bil, resit, purchase order
 
Hubungi saya untuk daftar mana-mana kelas pilihan :
 
Hubungi saya :
email : norazizahsudin@gmail.com
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Wednesday, 22 January 2014

Tips Untuk Yang Masih Tidak Percaya Bisnes Online


Teks : Norazizah Sudin

Ramai yang sudah mula hendak buat bisnes online.  Ada yang baru mula, ada yang sudah lama tetapi cari skill semula, ada yang baru hendak cuba-cuba dan pelbagai lagi.  Yang penting, terus mula dan jangan berlengah lagi.  Tidak cuba tidak tahu.  Tidak salah kita mencuba.  Tahniah untuk yang sudah mula dan bagi yang belum dan masih takut-takut, teruskan.  Tidak rugi mencuba.  

Ok.  Saya hendak berkongsi tips yang anda jangan buat apabila hendak mula bisnes online.  Ini semua dari permerhatian saya ya.  Jika ada tips lain daripada anda, kita boleh berkongsi di sini.

1)  Menunggu lama untuk melancarkan produk atau perkhidmatan.  Produk sudah ada, tetapi mengambil masa yang lama untuk bermula.  Tidak tahu bagaimana hendak mula, bagaimana hendak lancar produk, bagaimana hendak promosi dan lain-lain masalah yang senang tetapi disusahkan.  Pelbagai alasan yang diberi.  Sesetengah orang menunggu pelanggan istimewa yang akan muncul seperti menunggu pelanggan yang ke 100 orang, pelanggan yang ke 1000 orang dan lain-lain.  Ada juga yang berfikir takut untuk lancarkan produk sebab takut tiada pelanggan, adakah orang mahu membeli produk aku ini?  Jika takut untuk berbisnes, lebih baik hentikan sahaja.  Setiap bisnes ada risikonya.  Jadi sebagai permulaan, mulakan dan tengok hasilnya.  Lebih cepat anda keluarkan produk anda, lebih cepat pendapatan dan juga lebih cepat anda akan tahu perkembangannya.

2)  Produk bisnes penyelesaian.  Jika produk anda adalah produk penyelesai masalah seperti produk kesihatan atau kecantikan, anda tidak perlu mencari pelanggan, tetapi sebaliknya.  Sebagai contoh, produk menghilangkan jerawat atau produk kurus.  Orang akan cari dan guna, tetapi anda mesti gunakan dahulu sebelum lihat hasilnya.  Gunakan testimoni pelanggan terdahulu dan ia adalah sebagai senjata untuk produk anda.

3)  Dengar kata pelanggan anda.  Jangan hanya mendengar kepada pelanggan yang berpuashati dengan produk anda tetapi dengar juga kepada pelanggan yang tidak berpuashati.  Sebagai contoh pelanggan yang meminta bayaran balik atau membeli produk anda tetapi tidak menggunakannya.  Tanya kenapa.  Mungkin tidak tahu menggunakan sebab keliru, tidak tahu menggunakannya sebab tiada cara-cara penggunaan atau sudah menggunakannya tetapi tidak berhasil.  Anda perlu bersedia dengan jawapan untuk semua masalah ini.  Jangan hanya menabur janji semua produk anda bagus.  Ketahui mengapa dan kenapa.  Ada sebab mengapa pelanggan sentiasa betul, kerana tanpa pelanggan anda tidak akan mempunyai perniagaan.

4)   Dalam kebanyakan pasaran, pelanggan mempunyai pilihan yang berbeza untuk memilih.  Jika bisnes anda mempunyai persaingan, anda perlu memberi pelanggan anda sebab untuk memilih bisnes anda dengan tawaran menarik yang anda telah sediakan untuk mereka.  Sebagai contoh, menulis blog dengan tajuk yang sinonim atau topik popular tetapi pada dasarnya telah meniru atau menyalin apa yang penulis blog popular lain telah buat.  Jika blog anda menarik untuk dibaca, idea anda sendiri dan menulis dari hati yang ikhlas, pembaca akan tertarik dan menjadi pelanggan tetap anda.  Biarlah blog atau produk yang dihasilkan itu bukan hanya sekadar menjadi lebih baik tetapi perlu berbeza dari yang lain.  Apabila ada orang bertanya mengapa produk anda menarik perhatian orang ramai, jawapan anda objektif dan mudah difahami.

5)  Memilih produk yang anda tahu dan minat.  Apa sahaja produk yang anda pilih, pastikan anda tahu tentang produk tersebut.  Anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang produk tersebut, tunjukkan kreativiti dan kepakaran anda.  Pesaing anda akan terpegun dan sentiasa mengikuti anda.  Tunjukkan kepada pesaing anda dan tambah pelanggan.  Oleh itu, jika anda suka produk anda, kreativiti akan mengalir dan lebih mudah untuk menyakinkan pelanggan.  Jangan tanya diri anda apa yang diperlukan oleh pelanggan, tetapi tanya diri anda apa yang anda boleh beri kepada pelanggan anda.  Menarik bukan?

6)  Bermula dengan harapan yang tinggi.  Anda mahukan kesempurnaan dan mengharapkan hasil yang lumayan.  Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi.  Ini tidak salah tetapi anda perlu ingat bahawa untuk berjaya dalam bisnes online atau offline, membina sesuatu bisnes memerlukan banyak pengorbanan.  Perlu bekerja keras untuk mencapai semua ini.  Jangan bermula dengan skala besar jika anda tiada modal.  Jangan pula meminjam dari Along untuk buat bisnes.  Mulakan dengan kecil-kecilan dahulu.  Mulakan secara sambilan dahulu.  Kejayaan tidak wujud semalaman.  Tulis matlamat dan pelan asal.  Tanya diri anda, berbaloikah, berapa lama anda boleh capai matlamat anda dan banyak lagi persoalan lain.  Baca buku tentang usahawan lain dan jadikan panduan.  Kemudian tanya diri anda, sudahkan anda bersedia untuk memulakan bisnes dengan versi anda sendiri?

7)  Menghabiskan masa dengan terlalu banyak berfikir dan tidak cukup masa untuk melakukan.  'Just do it', percaya kepada diri sendiri.  Buat sesuatu ikut kata hati anda.  Jangan takut untuk mencuba dan jangan takut jika gagal.  Gagal sekali tidak bererti akan gagal selamanya.

8)  Serius dengan bisnes anda.  Jangan buat sekerat jalan.  Jangan lompat bisnes.  Jika anda tidak boleh buat seorang, cari rakan baik untuk mula bersama.  Tidak ada orang yang berjaya dalam bisnes tidak memerlukan orang lain untuk berjaya.  Cari rakan yang anda percaya.  Cuba dapatkan sokongan daripada usahawan berjaya dan berpengalaman lain untuk memperkenalkan produk anda.  Kongsi matlamat anda, perjuangan dan sebab untuk apa yang anda ingin capai dalam bisnes anda.

9)  Blog adalah satu platform untuk berkongsi idea, berhubung dengan orang ramai dan mencari pembaca yang teruja dengan blog anda.  Dengan blog juga anda boleh mengembangkan bisnes anda.  Cari pengaruh dengan blog.  YouTube sebagai contoh boleh juga dijadikan sebagai tempat untuk mempromosi bisnes anda.  Memberikan kandungan percuma bukan perniagaan tetapi ianya adalah satu alat untuk membina pengaruh anda. 

10)  Ada yang anda ingin tambah?  Ini adalah tips saya, daripada apa yang saya dengar, saya baca dan saya lihat dalam dunia keusahawanan.  Jika anda ada senarai yang berbeza daripada saya, kita boleh kongsi di sini.  Tuliskan komen anda dan kita akan bincangkan bersama.

*******************************************************************************

Untuk yang baru bermula, mulakan dengan blogspot dahulu.  Ianya percuma.  Jika anda tidak tahu, boleh mendaftar bersama kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.

Bagi yang mahu menjana pendapatan dari rumah boleh sertai Akademi Bekerja di Rumah sebagai Rakan Niaga. 








Bersama Akademi Bekerja Di Rumah, dengan menggunakan produk akademi, kelas online, pakej iklan dan produk digital ebook, anda mampu menjana pendapatan tanpa had dan tanpa perlu mengeluarkan modal berkali-kali untuk simpanan stok. 

Apa yang menarik tentang Rakan Niaga Akademi :

*  belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
*  dapat free kelas akaun
*  bonus 4 ebook
*  produk hanya atas talian
*  idperlu simpan stok
*  tidak perlu urus stok
* tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
*  produk umum dan permintaan sepanjang tahun
*  hanya perlukan kesungguhan, fokus dan konsisten

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.  Kalian juga akan belajar membina satu fanpage.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah.  Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah.  Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan :
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Dengan ini anda tidak perlu keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari. Samada secara sepenuh masa atau secara sambilan.
 
Hubungi saya :
email : norazizahsudin@gmail.com
jadi rakan saya di facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin