Friday, 28 February 2014

Belajar Urus Akaun


Teks : Norazizah Sudin

Bermula tahun 2014, ABDR telah membuka satu lagi kelas khas untuk semua usahawan WAHM SOHO yang mahu mempelajari cara yang betul dan sistematik untuk mengurus akaun bisnes, iaitu kelas online urus akaun bisnes kecil WAHM SOHO.  Alhamdulillah, kelas ini juga mendapat sambutan menggalakkan daripada ramai wanita yang bergelar WAHM.  Sudah beberapa sesi berlangsung bersama tenaga pengajar bertauliah dan pakar dalam bidang ini.
 
Jom kita baca apa kata salah seorang peserta kelas ini, Azlina Abd Aziz :
 
Sesungguhnya kelas akaun secara online ini sangat memudahkan pelajar suri rumah seperti kami di mana tidak perlu untuk keluar rumah dan itulah objektifnya. Di samping itu juga, dapat menjaga anak di rumah, seperti peribahasa sambil menyelam sambil minum air. Walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu akaun asas dapat dipelajari dan diketahui. Walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman semasa bekerja dalam mengurus akaun syarikat lama, saya dapat menggilap lagi asas yang saya ada. Setelah mempelajari ilmu akaun asas ini, saya dapat memahami bahawa ia sangat penting bagi setiap individu untuk belajar mengenai akaun dalam menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Faktor paling penting yang saya anggap berat adalah duit persendirian tidak boleh dicampur-adukkan dengan duit perniagaan kerana terdapat pelbagai kelemahan dan masalah akan timbul sekiranya akaun di uruskan seperti ini.
 
Sesungguhnya pembelajaran asas kelas akaun ini amat bagus dan bermanfaat serta menjimatkan masa. Akan tetapi jika kita hendak mendapatkan ilmu akaun ini secara terperinci, hendaklah kita menghadiri kelas secara offline seperti dicadangkan oleh trainer, Puan Khadijah.
 
Bagi yang berminat untuk sertai kelas akaun, boleh hubungi saya :
Emel: norazizahsudin@gmail.com
SMS/whatsapp : 019-7461502019-7461502
Facebook:
https://www.facebook.com/norazizah.sudin
 
Pendaftaran kelas online yang lain masih dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
 

Thursday, 27 February 2014

Disiplin


Teks : Norazizah Sudin

Orang bisnes dia pun hendak buat juga, tetapi main hentam keromo sahaja.  Disiplin tiada, baik dari segi masa, pengurusan kewangan dan lain-lain.  Perkara ini perlu di ambil kira.  

Disiplin penting jika ingin berjaya, tidak kira dalam apa sahaja bidang yang diceburi.  Pukul berapa bangun pagi, pukul berapa jumpa pelanggan, apa hendak buat pada hari itu dan lain-lain perlu ada disiplin.  Ikut jadual yang telah ditetapkan.  Jika ada perkara penting pada hari itu untuk diselesaikan, buat dan setelah itu buat perkara yang telah ditulis dalam jadual.  Sebab itulah jadual kerja atau list to do penting. 

Sekiranya kita tidak dapat mengawal diri sendiri, lebih baik tidak mencuba untuk menjadi kaya.  Hendak kaya, hendak berjaya mesti ada disiplin.  Bukan mudah untuk berjaya ya.

Begitu juga perlu ada disiplin di dalam pengurusan duit bisnes.  Jangan guna duit bisnes untuk kegunaan peribadi.  Ambil dahulu bayar kemudian, tetapi akhirnya tidak bayar.  Banyak yang jadi.  Malah saya sendiri pun pernah buat begini.  Tiada disiplin dalam pengurusan duit.  Tetapi akhirnya, setelah tahu kepentingannya dan belajar, barulah tahu.  

Untuk yang berminat untuk belajar pengurusan duit bisnes, boleh sertai kami dalam kelas urus akaun bisnes. 

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula WAHM : 
- tidak ada rekod
- tidak tahu aliran kewangan
- tidak pandai jejak sumber
- tidak tahu menyimpan rekod

Modul 1 & 2 :
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
- Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

Proses merekod setiap transaksi secara harian
BOOK KEEPING
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER

Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan. 

Boleh hubungi saya untuk kelas ini.  




Wednesday, 26 February 2014

Strategi Perniagaan Cara Abdul Rahman bin Auf


Teks : Norazizah Sudin

Untuk berjaya dalam bisnes, pelbagai strategi yang kita praktikkan.  Ada yang telah berjaya dan ada juga yang tidak.  Ada yang tidak berjaya terus pun ada.  Seperti saya juga, semasa mula-mula menceburi bisnes online, banyak strategi yang digunakan.  Masih ingat masa mula-mula bisnes dahulu, sebab terlalu seronok bisnes dan supaya cepat habis barangan saya, saya jual dahulu dan bayar kemudian.  Untuk dapatkan duit dari pelanggan memang susah, janji macam-macam masa ambil barangan kita.  Barang sudah ambil tetapi duit entah ke mana.  Akhirnya setelah 6 bulan baru duit dibayar tetapi tidak bayar habis.  Terpaksalah saya menanggung kerugian.  

Kesimpulannya, jangan bagi hutang kepada pelanggan.  Jika ingin cara begini, ambil deposit dan habis bayar barulah diberi barangan tersebut.  

Oklah, apa kata kita baca strategi perniagaan gaya Abdul Rahman bin Auf, seorang tokoh perniagaan Islam yang tidak asing lagi.  Saya petik artikel ini dari majalah Niaga.  

Jom baca.

Seperti yang pembaca sedia maklum, Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. Beliau telah banyak membelanjakan harta kekayaannya ke jalan agama.

Beliau adalah seorang usahawan yang termasyhur ketika itu (seorang bilionair jika dibandingkan dengan zaman sekarang).

Salah satu perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ini yang sebelum itu telah pun didominasi oleh kaum Yahudi.


bisnes-abdul-rahman-bin-auf


Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman bin Auf mampu mematahkan strategi kaum Yahudi?

 

Strategi #1 – Jual Unta Harga Kos

Beliau menggunakan strategi jualan pada harga kos. Ya, unta-unta beliau dijual pada harga kos, bermakna beliau langsung tiada untung. Berkesankah strategi seperti ini? Hasilnya, semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman bin Auf.

Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.

Sebenarnya, pada zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.

Ramai peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara ‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka.

Pembeli yang sudah ‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain.

Strategi ini jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang menanti peniaga.

Berbalik kepada kisah sahabat Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang telah dijanjikan syurga. Beliau sangat banyak menyumbangkan hartanya pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan ditolaknya.

Selain strategi #1 di atas, Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

 

Strategi #2 – Syukur Walau Untung Sedikit

“Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.”
Frasa di atas sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur strategi perniagaan. Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang bakal diambil dari pembeli, dan jangan pula mengambil mudah soal halal dan haram dalam perniagaan.

Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita harus bijak mengira kos supayakeuntungan dapat ditampung walaupun kos penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa. Dari segi halal haramnya, jangan pula ada unsur-unsur riba dalam menguruskan perniagaan.

 

Strategi #3 – Jangan Seksa Pelanggan

“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.”
Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan. Strategi ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang dijalankan. Ada segelintir usahawan yang bersikap ‘malas’ dan mengambil mudah perkara ini.

Sekiranya pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan, peniaga hanya membiarkan pelanggan berlalu pergi dengan menyatakan, “Barang yang diingini tidak dijual disini”.

Peniaga yang bijak tidak akan mudah ‘melepaskan’ pelanggan seperti ini, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain.

 

Strategi #4 – Sila Bayar Tunai

“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”
Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai dikalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini. Beliau menjalankan urusniaga dalam bentuk tunai. 


bisnes-abdul-rahman-bin-auf-2


Sebenarnya dengan mempercepatkan bayaran, peniaga akan mendapat pusingan modal dengan lebih cepat, dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru untuk dijual.

Seterusnya timbul pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah SAW di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan peniaga yahudi atau orang bukan Islam Madinah?

Rahsianya penting yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul, untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.

Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT.

Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.

Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah.

Begitulah kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan Abdul Rahman bin Auf yang harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai peniaga. Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf.

Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”
Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja.

 

3 Strategi Berniaga Klasik Cara Sahabat Nabi

Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu dirham dalam satu hari. Beliau benar-benar melaksanakan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadith baginda:
“Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat daripada strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf :

1)  Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.

2)  Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.

3)  Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.

Salam sayang dari saya.  

Semoga bermanfaat.  

-------------------------------------------------------------

Untuk yang telah ada bisnes tetapi belum ada blog, boleh belajar bina blog bisnes dengan sertai kami di akademi.  Boleh juga jadi dropshipper kami dengan menjual produk fizikal dan digital.  

Bagi yang minat penulisan, bercita-cita hendak jadi seorang penulis boleh sertai kelas penulisan kreatif.  

Banyak tips-tips akan diajar mengikut modul yang diberi.  Untuk tahu lebih lanjut, silalah hubungi saya ya.

 

Tuesday, 25 February 2014

Minda Pagi


Teks : Norazizah Sudin

Peluang hebat tidak dilihat melalui mata, tetapi sebaliknya melalui minda.  Itu kata Robert T Kiyosaki, dari buku Rich Dad Poor Dad.

Kebanyakan orang tidak menjadi kaya semata-mata kerana mereka tidak dilatih dalam aspek kewangan bagi mengenal pasti peluang yang betul-betul ada di hadapan mereka.  Sejak akhir-akhir ini saya suka tulis artikel mengenai kaya.  Bukannya apa, ingin sama-sama berkongsi kekayaan bersama orang ramai.  Pada saya lebih tepat kebebasan kewangan.  Kaya dan boleh tolong ramai orang jadi kaya macam kita juga.  Kaya dan berjaya. 

Ramai yang hendak berbisnes tetapi takut tanggung risiko.  Sebab itulah perlu ada ilmu untuk berjaya, tidak kira dalam apa bidang yang diceburi.  

Bertindak lebih baik daripada berpeluk tubuh.

Semoga bermanfaat.

Monday, 24 February 2014

Rezeki Allah Yang Tetapkan


Alhamdulillah.  Seronok cikgu-cikgu apabila ada pelajar yang sudah mula menjana pendapatan dari hasil berblog. Tetapi semua itu perlu datang dari usaha peserta sendiri. 

Cikgu-cikgu hanya dapat tunjukkan jalan untuk penyediaan platform.  Moga lebih ramai ahli-ahli akademi lebih bersemangat dan fokus seperti Farhana Abdullah.
 

Sumber : http://angiefarhana.blogspot.com/
Bissmillahirohmanirohim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertama sekali syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi meminjamkan segala kegembiraan yang tidak terhitung buat saya.  Selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.  Alhamdulillah, saya masih lagi dalam proses menyiapkan entri yang entah bila akan siap ini.  Jiwa sebenarnya nak sangat menyiapkan entri ini dengan cepat seperti rakan yang lain, tetapi seperti orang lain ada sahaja halangan.  Namun sebenarnya jangan kita jadikan halangan itu satu alasan untuk melakukan sesuatu.


 

Alhamdulillah hari ini juga saya sangat-sangat gembira dan teruja untuk meneruskan usaha untuk menjadi salah seorang yang berjaya seperti mereka.  Hari ini saya telah mendapat bayaran tempahan Nota Panduan Jahitan Asas saya yang pertama.  Apatah lagi, saya sangat-sangat terkejut mendapat tahu yang dia bukannya di Malaysia tetapi di US.  Menurut katanya, di sana kalau hendak belajar satu jenis baju, kena bayar dalam 200 dollar bersamaan RM500.  Masyallah!.. Inilah yang dikatakan kalau memang Allah dah tetapkan rezeki untuk kita, sejauh langit dan bumi pasti akan tiba.

Mungkin juga kerana selama ini saya yakin dengan kita solat dhuha, insyaallah rezeki kita akan terbuka luas untuk kita. Sepertimana setiap kali kita berdoa ketika lepas melakukan solat dhuha, Ya Allah perluaskanlah rezekiku, jika reziki ku ada di langit turunkanlah untukku, jika ada di bumi keluarkanlah untukku, jika jauh dekatkanlah untukku, jika susah permudahkanlah untukku, jika sedikit perbanyakkanlah untukku dan jika haram maka halalkanlah untukku.  Ya Allah, jika aku lalai peringatkanlah aku dan permudahkanlah aku membuat kebaikan dunia dan akhrat. Aamiiin..

Saya rasa ramai yang berdoa seperti itu kan.  Apa pun dunia hanya persinggahan sementara.  Sebagai manusia biasa kita banyak menghadapi pelbagai masalah yang berbeza.  Tapi yakinlah setiap yang kita lakukan dan apa sehaja yang berlaku sama ada yang gembira atau yang tidak menggembirakan itu semuanya ujian untuk kita.  Berbalik pada ulasan ini.

Jika diungkapkan dengan kata-kata sukar untuk saya nyatakan, betapa saya sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dapat menjadi salah seorang rakan Akademi Berkerja Di Rumah.  Syukur sangat-sangat Allah permudahkan saya memahami penerangan yang diberikan oleh guru online saya Pn Normi M. Yusof.  Dengan kesabaran guru yang mengajar saya kerana bukan sekali dua bertanya itu ini.  Guru pening anak murid pun pening.  Tetapi akhirnya dapat juga diselesaikan tugasan yang diberikan dengan penuh kesabaran.  Lagipun menuntut sesuatu ilmu mana ada yang senang kan.  Kini melihat hasil dalam blog saya wow!! bestnya...cantiknya...macam-macam lagilah keluar di mulut.  Suami pun kata o..gitu caranya baru tau. Apatah lagi dengan terhasilnya Panduan menjahit secara online ini, dapat pula pelanggan pertama dari US.  Yang lucunya panduan belum siap sepenuhnya tetapi pelanggan dah bayar.  Apa lagi bertambahlah semangat.

Sejujurnya saya sangat-sangat berterima kasih tidak terhingga kepada usaha guru online saya Normi M Yusof yang sentiasa bersemangat memberi tunjuk ajar dan begitu juga atas sokongan guru-guru online seperti Masayu Ahmad, Aishah Hussein dan lain-lain.  Terima kasih Guru.

Jika saya yang ilmu cetek ini boleh melakukan sesuatu, saya pasti anda diluar sana yang mempunyai ilmu yang lagi hebat dari saya mesti mampu buat yang lebih baik dari saya.  Apa yang anda perlukan jadilah salah seorang rakan Akademi kami.  Insyaallah manalah tahu dah tertulis anda mampu merubah hidup.  Malu rasanya meluahkan kata-kata seperti ini, kerana kita belum tahu kesudahan benda yang kita lakukan tetapi rezeki masing-masing kita tak tahu.  Mungkin rezeki anda lagi lebih dari saya.
Aamiiin..
 
Berusahalah sebaik mungkin.  InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki umatNya.  Untuk mendapatkan rezeki yang melimpah, tidak cukup hanya dengan bekerja keras, melainkan harus sentiasa berdoa kepada Yang Maha Kuasa.  Solat Dhuha merupakan perutusan keseimbangan dunia dan akhirat.  

Semoga bermanfaat.




Sunday, 23 February 2014

Kedai Online Hanya Di Hujung Jari


Alhamdulillah.

Bisnes online boleh berada di mana-mana. Tak perlu berada di kedai 24 jam.  Semuanya hanya di hujung jari.

Pelanggan hendak kenal tuan kedai dulu sebelum bagi duit untuk beli produk dari kita.  Kita perlu menyakinkan pelanggan dahulu sebelum mereka membeli dengan kita.   Kepercayaan dari pelanggan itu penting.  

Sumber : http://syahidahmahassan.blogspot.com/

"Wah, akak ada blog ya," kata seorang sahabat.
Sebenarnya saya bukanlah mula berblog pada tahun ini. Sejak saya mempunyai akaun Frienster dan Multiply lagi saya sudah berblog.  Sekitar tahun 2006 semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka.  Pernah juga menggunakan Wordpress dan yang paling lama Blogspot.  Jadi, asas senggaraan blog saya memang sudah tahu.  Semuanya agak berbeza apabila mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Saya dapati kebanyakan peserta kelas ialah suri rumah yang berhenti kerja dan mahu meningkatkan potensi diri melalui pembelajaran atas talian yang lebih mudah.  Perkara ini mengubah persepsi awal saya sewaktu mula-mula mengikuti kelas.  Tanpa saya sedari, saya dapat banyak info bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Saya menganggap tidak salah saya melabur wang bagi mempelajari skil dan teknik baru.  Ilmu yang baik, apabila digunakan dengan cara yang betul, boleh menjadi asbab keupayaan kita untuk menjadi manusia hebat.  Saya cukup terkesan dengan kesungguhan ibu-ibu dalam kelas yang saya sertai ini.  Mereka bersungguh-sungguh mengatur kehidupan seharian semata-mata untuk menuntut ilmu.

Insya-Allah, saya akan jadikan ini pembakar semangat untuk saya memperbaiki dan menambah baik potensi diri.  Apa yang menarik melalui kelas ini ialah guru akan memantau perjalanan kelas secara atas talian.  Melalui medium ini, saya bebas melakukan tugasan saya pada bila-bila masa terluang.  Asalkan saya ada sambungan Internet dan gajet di sisi.

Selama ini asyik berblog syok sendiri, lebih baiklah saya berblog dan memberi manfaat kepada pengunjung laman ini.  Tanpa teknik yang betul, kita sendiri yang rugi.  Maka, bergurulah untuk menjadi lebih baik.  Asalkan tidak melanggar syariat Allah, saya dapat pula menyampaikan panduan berguna untuk orang lain.




Anda minat untuk bisnes online menggunakan blog dan fanpage?
 
Daftar di Akademi Bekerja di Rumah, saya akan tunjukkan caranya.
 
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif Kelas penulisan kreatif online
5. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho  
 (link:http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/

Penerangan kelas :
1. Kelas online asas bina blog penulisan :
➤ Belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang.  
➤ Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. 
➤  Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.  
➤  Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. 
➤  Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. 
➤  Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes :
➤  Bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara.  
➤  Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk.  
➤  Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage dan FB.
➤  Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). 
➤ Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.
➤ Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my :
➤  Mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. 
➤  Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif :
➤  Bagi yang bercita-cita menulis cerpen. 
➤ Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi :
➤  Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 
➤  3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. 
➤  Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO :
➤  Bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
 
Jika berminat hubungi saya:
SMS/whatsapp : 019 7461502
 
 
 
 

Saturday, 22 February 2014

3 Cara Untuk Jadi Kaya


Alhamdulillah dan selamat berhari minggu.  Semoga semua dalam keadaan sihat dan ceria bersama famili.

Pagi-pagi sudah cerita pasal kaya, macam lagu kaya tu.  Kalau aku kaya, hari-hari hari raya.  Boleh gitu?

Ok, dalam Harian Metro hari ini ada menceritakan tentang kaya, tulisan Irfan Khairi.  Kenal dia tak?  Mesti ramai yang kenal. 





Jom kita baca. 

Semua orang berpeluang untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Tidak kira jantina, umur, latar belakang, kekayaan adalah milik semua yang terus berusaha tanpa putus asa. Ilmu merupakan kunci mencapai apa sahaja kejayaan yang ingin dikecapi dan yang pentingnya adalah diri anda sendiri. Adakah anda bersedia untuk berubah untuk mencapai kekayaan yang anda impi-impikan? 

Ada 3 perkara yang perlu kita fokus ya :

1)  Jangan putus asa bila gagal
2)  Tambahkan ilmu untuk berjaya 
3)  Kemahuan untuk berubah  

Baca link ini.

Jangan malu untuk berimpian.  Jangan jadi angan-angan Mat Jenin sudah lah ya!  Juga jangan menipu untuk jadi kaya.  Banyak kes berlaku sekarang, sama ada di media sosial atau media elektronik.  Jadi berhati-hati dan jangan sekali-kali menipu orang untuk jadi kaya ya!  Tidak berkat setiap sen yang anda dapat tu.

Selamat berimpian dan semoga bermanfaat.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Anda minat untuk bisnes online menggunakan blog dan fanpage?
 
Daftar di Akademi Bekerja di Rumah, saya akan tunjukkan caranya.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif online
5. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho 
(http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/)
 
Penerangan kelas :
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang.  Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.  Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara.  Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk.  Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage, FB.  Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.  Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma.  Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen.  Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel.  Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan.  3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan.  Kesemuanya atas talian.  Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi.  Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
 
Jika berminat hubungi saya:

Emel : norazizahsudin@gmail.com
SMS/whatsapp : 019-7461502


Friday, 21 February 2014

Fenomena Bisnes Online


Teks : Norazizah Sudin

Alhamdulillah.  Jumaat sudah tiba.  Syukur Dia masih memanjangkan usia ku untuk bersama kalian semua.    Hari ini suami MC sebab demam.  Jadi hari ini saya jadi jururawat merangkap chef dan pembantu rumah.  

Sambil itu tugasan online masih diteruskan.  Jangan ada istilah tenggelam timbul ya.  Jangan berhenti sebelum berakhir. Teruskan mendaki sehingga ke tingkat paling atas.

Hebat betul bisnes online sekarang.  Umur muda sudah capai taraf jutawan.  Jual produk kecantikan.  Produk kecantikan memang tengah hot di pasaran.  Ia juga merupakan salah satu cabang 4 sungai dalam dunia perniagaan.  Boleh baca artikel saya yang terdahulu ya tentang 4 sungai ini.

Untuk capai tahap jutawan, nampak mudah tetapi perlu bersungguh-sungguh dan tetapkan matlamat.  Jangan buat sekerat jalan.

Jadi jangan ingat umur tua sahaja boleh jadi jutawan.  Jutawan bisnes online.  Menarik bukan?  Nak tak?  Saya nak.  

Bagi yang masih teragak-agak untuk bermula, boleh mula berfikir dan mula sekarang.  Buat secara sambilan dahulu.  Buat dropship dahulu pun tidak mengapa.  Jangan fikir tiada modal tidak boleh berniaga.  Salah istilah tu.  

Untuk permulaan boleh jadi rakan niaga kami.  




Baca ini dahulu.

Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah
Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Kini anda tidak perlu risau lagi.

Berdaftarlah Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!!!

Anda akan mendapat satu blog bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
 
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah.  Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah.  Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu blog tersedia dengan pautan :

1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah

2. Logo rasmi SOHOdirectory

3. Kelas-kelas Online

4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook

5. Ruang Periklanan


Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH.  HANYA HUJUNG JARI SAHAJA!!!
Mudahkan.  Bahan promosi semua disediakan.




Buat pilihan dan jika sudah bersedia sudah boleh mula.

Semoga bermanfaat dan salam Jumaat.



Thursday, 20 February 2014

Tidak Salah Jadi Kaya


Teks : Norazizah Sudin

Saya hendak jadi kaya.  Tidak salah jadi kaya menurut perspektif Islam.  Dengan jadi kaya saya boleh tolong lagi ramai orang supaya jadi kaya juga macam saya.  Tidak salah berangan-angan atau berimpian.  Semoga jadi kenyataan, InsyaAllah.

Siapa kata Islam tidak boleh jadi kaya : ” Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita – wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang- binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”  (QS.3. Ali Imraan : 14)

Allah Yang Maha Pemurah tidak pernah melarang umat Islam untuk berusaha menjadi kaya. Allah menyatakan dengan tegas kebolehan orang-orang beriman memiliki harta.

Katakanlah : “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah di keluarkan-Nya untuk hamba hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki ang baik”. Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) di hari kiamat. Deminikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui. (QS. 7. Al-Aa’raaf-32)

Jika Allah memberinya banyak, maka tidak ada seorang pun yang boleh menguranginya.  Sebaliknya jika Allah memberinya sedikit, tidak seorang pun juga yang boleh menambahinya. 

Tidak ada seorang pun yang boleh menambah atau mengurangi rezeki seseorang itu kecuali Allah.  DIA boleh memberi kepada sesiapa yang dia hendak.  Tetapi perlu tahu, bahawa rezeki tidak turun secara tiba-tiba dari langit tanpa sebab.  Semua bersebab.  Tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang terjadi tanpa sebab musabab.  Rezeki 100% datang dari sisi Allah, tapi sebab-sebabnya 100% datang dari manusia.  ALLAH ada CEO kita.  

Jadi berusahalah untuk mencapai apa yang diimpikan.  Usaha lebih dapat pun lebih, jika usaha kurang maka akan dapat bersesuaian dengan apa yang kita telah buat.  Jangan salahkan takdir jika sesuatu berlaku bukan seperti apa yang kita harapkan.  

Jom kita sama-sama muhasabbah diri.  Semoga bermanfaat.


Wednesday, 19 February 2014

Kenal Pelanggan Kita


Teks : Norazizah Sudin

Dalam bisnes, sama ada offline atau online, pelbagai ragam pelanggan yang akan kita temui.  Ada yang baik, ada yang cerewet, ada yang suka marah-marah dan macam-macam lagi.  Untuk berjaya dalam bisnes, salah satu faktor adalah tahu cara berurusan dengan pelanggan. 

Saya petik artikel ini dari ebook 101 Idea Home Based Bisnes tentang mengenali pelanggan.  Jom kita baca. 



Bagaimana mengenali pelanggan secara tidak langsung. Contohnya komunikasi kita bersama pelanggan melalui kedai online, melalui blog dan juga melalui urusan jual beli.

Pelanggan baru
Pelanggan baru biasanya, pelanggan kali pertama urusniaga dengan kita.  Sama ada kita akan terus bina hubungan dengan pelanggan tersebut atau sekali sahaja urusniaga.
Pelanggan di kalangan teman rapat atau saudara mara.   Ini juga pelanggan.  Mudah lagi melalui medan sosial seperti fb, sangat mudah untuk kita membina hubungan, mengekal hubungan seterusnya ada berlaku transaksi kewangan melalui produk dan servis yang kita tawarkan.

Pelanggan setia
Pelanggan ini kita jaga dan bina hubungan.  Sama ada melalui hubungan komunikasi secara maya atau secara fizikal.  Pun begitu, banyak kelebihan mempunyai pelanggan setia, kerana setiap kali ada produk atau promosi baru pelanggan ini setia membeli dan tidak pernah ketinggalan. Bina seberapa banyak pelanggan setia.  Ia sangat penting untuk kelangsungan bisnes.  Tambah dari masa ke semasa.

Pelanggan mudah diurus
Pelanggan sebegini tidak banyak kerenah, sekali tanya harga dan terus beli.  Apabila ada masalah, diterangkan mudah faham dan mudah menerima respon dengan baik.

Pelanggan cerewet
Pelanggan sebegini dapat dikenalpasti seawal dia bertanyakan harga.  Sama ada dia berwang atau sebaliknya. Minimakan dengan pelanggan sebegini, sekiranya lebih banyak emosi yang tidak berbaloi lupakan sahaja wangnya. Terus sedia dengan pelanggan yang mudah diurus dan mudah dalam urus niaga.

Pelanggan online
Nama pun bekerja dari rumah, sangat mudah untuk kita berinteraksi tanpa bertemu muka.  Hanya perlu online, melalui gajet, hp, media sosial dan pelbagai cara.  Banyak kelebihan melayan pelanggan online berbanding pelanggan bertemu secara fizikal.

Pelanggan fizikal
Ada sesetengah urusniaga memerlukan berjumpa dengan pelanggan.  Pun begitu terpulang kepada pemilik bisnes, sama ada perlu berjumpa di sesuatu lokasi atau pejabat di rumah.  Sekiranya perlu berjumpa di pejabat atau di rumah, pastikan perkara berkaitan keselamatan perlu diambil perhatian.

Untuk membaca tips seterusnya, boleh dapatkan ebook ini daripada saya.  

Berbisnes ini bukan setakat menjual sahaja, tetapi perlu juga belajar ilmu pemasaran dan ilmu komunikasi dengan pelanggan.  Hendak berguru biarlah dengan orang yang betul, tanpa perlu membawa ayam golek atau pulut kuning.  Ramai sifu-sifu dalam IM boleh kita ambil ilmu mereka. 

Salam sayang daripada saya.  Semoga memberi manfaat kepada semua.