Monday, 31 March 2014

Khidmat Menaip

Teks : Norazizah Sudin

Saya juga mengambil upah menaip assignment atau dokumen.

Caj yang dikenakan adalah berpatutan.  Hanya bagi saya details dan hardisk atau pendrive untuk saya savekan.

Boleh hubungi saya untuk info lanjut ya.

Terima kasih.


Ingin Jadi WAHD?


Teks :  Norazizah Sudin

Setelah hampir setahun saya bekerja dari rumah, banyak perkongsian dan ilmu bisnes yang saya pelajari dari ABDR.  Banyak blog sudah terhasil dan saya juga sudah pandai membuat blog, menjadi guru online dan juga mengambil upah blog.  Alhamdulillah.

Baru-baru ini saya telah mendapat protege baru, seorang rakan lama semasa bekerja dahulu.  Rakan saya ini seorang lelaki dan sudah ada blog dan bisnes sendiri.  Minatnya yang mendalam terhadap blogging, bisnes, perkongsian tentang dunia lelaki telah mendorong beliau untuk belajar blog dengan lebih mendalam dan efektif.  Rakan saya ini bercita-cita hendak menjadi seorang WAHD.  Saya pasti ramai lelaki di luar sana yang mempunyai keinginan seperti beliau.  Menarik tajuk beliau.  Untuk permulaan, boleh baca blognya di sini http://ahmadshahrinbinmohamadanuar.blogspot.com/

Semoga inspirasi beliau akan mendorong lebih ramai lelaki untuk menjadi WAHD.  

Tips online saya pada hari ini (apa yang saya pelajar dari video Faisal Abdulah) adalah :

1)  Pilih market yang terbukti di pasaran.  Boleh pilih mengikut kesesuaian dan minat anda.  4K menjadi pilihan :

  1. Kewangan
  2. Kesihatan & Kecantikan
  3. Kerohanian
  4. Kekeluargaan
Semoga bermanfaat.  Saya sambung di artikel seterusnya.

Masih ada masa untuk dapatkan ebook kami dengan harga promosi sebelum tawaran ini tamat.

Baca dan fahamkan isi kandungan.  Sudah habis baca dan ingin mula, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com





Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/

Jemput like fanpage sayawww.facebook.com/kelasblogonline.



Sunday, 30 March 2014

Untuk Yang Masih Keliru, Baca Ini

Teks : Norazizah Sudin

Ramai yang masih keliru dan tidak pasti?  Baca ini dahulu ya.

Dilema, keliru, fokus lintang pukang. Ada antara kalian yang menghadapi masalah seperti ini :

1)  Eh, orang lain dah berhenti kerja sudah boleh kerja dari rumah. Aku pun mahu juga. Mereka boleh aku pun boleh. Nak jual apa ya, jual online, mahu buka butik online lah.
2)  Bulan pertama lihat baju kanak-kanak cantik. Mula jual pakaian kanak-kank.
3)  Bulan ke dua lihat baju hamil cantik gatal tangan buat page baru lagi mahu jual baju hamil. Putus asa sebab laku 2 helai sahaja.
4)  Bulan ke tiga mahu jual buku. Sebab nampak macam best aje orang lain jual.
5)  Bulan ke empat mahu jual kek pula. Sebab nampak macam laku.
6)  Bulan 5, 6, 7, 8, 8, 10, 11, 12. Cukup setahun ada 12 bisnes.

Hasilnya dua hengget sehari, 4 hengget sehari. Kekallah begitu sampai setahun. Lepas itu menangis-nangis mahu kerja semula, sebab tak ada hasil kerja dari rumah.

Inilah masalah ramai wanita yang kononya semangat mahu kerja dari rumah. Tetapi tidak ada fokus. Hasil kajian kes yang datang, sama sahaja, apabila mereka selesai berkongsi saya boleh asingkan, ini kategorinya : 
a)  Belum sedia
b)  Kekal gagal
c)  Tidak tahu apa-apa WAHM, SAHM, SOHO - sebab nak google pun malas
d)  Sukses - dia tahu nak capai matlamatnya sejak hari pertama mahu letak niat berhenti kerja
 
(Petikan blog Puan Masayu Ahmad

Yang penting adalah fokus dan konsisten.  InsyaAllah, akan nampak hasilnya.  Jangan tengok ini laku, hendak jual, ini cepat balik modal dan untung besar, buat ini pula.  Tudung cantik dan ramai jual laku, kita pun hendak buat.  Jangan tamak sebab nanti anda yang rugi. Modal ke mana, untung pun tidak nampak.

Boleh mula dengan menjadi RAKAN NIAGA / PENGURUS ONLINE bersama kami.  Produk semua sudah disediakan, cuma anda akan diajar cara promosi dan cara jana pendapatan.

Hubungi saya untuk di norazizahsudin@gmail.com untuk mendaftar.



Saturday, 29 March 2014

Transformasi Blog

Teks :  Norazizah Sudin

Bagi yang masih mencari-cari idea untuk memulakan bisnes, boleh baca EBOOK 101 HOME IDEA HOME BASED BISNES dengan harga promosi sebelum berakhir bulan ini.




Bagi yang mahu belajar bina blog, baca ulasan salah seorang pelajar tentang EBOOK BELAJAR ASAS BLOG di bawah.

Blog merupakan kedai di alam maya, malahan boleh dikunjungi 24 jam tanpa perlu pengawasan daripada kita. Ibarat baru membuka kedai, kita perlu mempromosikan kedai  pada awal pembukaannya samada dengan mengadakan jualan murah secara besar-besaran, mengadakan jamuan kecil-kecilan,  dan memberikan layanan terbaik kepda pelanggan.
 
"Cipta, tarik pembaca.  Tips, cipta dan tarik pembaca.  Update, update, update!
Kalau mahu orang selalu berkunjung ke rumah kita, selalulah dan sangat perlu setiap hari rai mereka dengan informasi baru. Sedikit atau banyak pastikan ada kesegaran baru dalam blog. Ini penting sebelum membuat keyakinan kepada pembaca agar membeli produk kita. Apabila mereka sudah cukup yakin barulah 'mereka' membeli. "
(Masayu Ahmad. Belajar Asas Blog)
 
Blog umpama kedai yang sudah siap, pemilik perlu mempamerkan produk-produk jualan. Pada masa sama perlu meraikan pelanggan dengan pelbagai informasi yang menarik seperti perkongsian masalah daripada sudut positif, resepi masakan  dan blog motivasi, atau tutorial kraft. Konsepnya kita perlu memberi dahulu segala kepakaran dan pengetahuan namun bukan rahsia jualan agar pembaca selesa dan setia. Jika anda mahukan sesuatu beri dahulu baru hasilnya. Kita juga mendapat pahala hasil perkongsian ilmu dengan pembaca.
 
Pada awal penulisan blog, saya amat terasa sangat sukar menulis untuk mendapatkan 44 entri. Caranya saya akan baca, baca dan baca ebook ini agar mudah faham dan mencetuskan idea ketika menulis. Hanya baca sekali tidak memberi apa-apa kesan. Bacalah buku ini berulang kali sampai anda benar-benar memahami isi kandungannya terutama ketika buntu memikirkan idea penulisan. Ditambah pula dengan bahan-bahan berkenaan tajuk blog. Walaupun, pada mulanya agak sukar memahami, apabila mula menulis idea mencurah-curah masuk.
 
Semua orang mampu menulis tetapi tidak semuanya mampu menulis dengan baik dan berpengaruh. Saya juga masih belajar dan banyak silapnya. Namun, jika mahukan penulisan menjadi semakin baik perlulah sentiasa membaca dan menulis. Rahsia kejayaan adalah mulakan bukan hanya terus memikirkan masalah dan cara untuk bertindak. Setiap kegagalan yang hadir disetiap percubaan kita terselit petunjuk daripada Ilahi. Cuma apabila kita bertenang dan rasai perubahan itu barulah jalannya dipermudahkan.
 
Jika mahukan yang terbaik untuk diri, andalah yang perlu mencari jalannya sendiri. Usaha sehabis baik, bukan hanya menunggu orang bertindak dan berjaya barulah memulakan langkah. Carilah ilmu dan belajar daripada pengalaman orang lain. Allah akan membuka jalannya apabila kita berusaha bukan hanya menunggu bantuan. Laburlah sedikit wang untuk menambah ilmu bukan hanya bergantung sumber yang percuma sahaja seperti blog. Hadiri seminar, bacalah buku yang berkaitan minat anda dan matlamat.
 
Bagi yang mahu belajar membina blog bersama AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, boleh sertai kami. Bergabung bersama hampir 500 alumni akademi.
 
Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.
1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3)  Kelas beriklan mudah.my
4)  Kelas penulisan kreatif
5)  Pendaftaran pengurus online
6)  Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7)  Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8)  Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9)  Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/
 
Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Boleh terus mendaftar mana-mana kelas pillihan melalui saya, salah seorang guru online ABDR. 

Email : norazizahsudin@gmail.com
✉ FB : https://www.facebook.com/norazizah.sudin
☎ SMS@Whatsapp : 0197461502





Friday, 28 March 2014

Jangan Tulis Hentam Keromo

Teks : Norazizah Sudin

Sebelum ini saya suka menggunakan 'short form', tanda bacaan yang tidak betul, titik-titik yang berjela-jela di hujung perkataan dan tatabahasa pun tunggang langgang.  Tetapi setelah sertai ABDR, saya sudah tidak menggunakan semua kesalahan penulisan tersebut.  

Ini adalah salah satu cara penulisan yang akan diajar dalam kelas blog bersama AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.  Mereka akan teruja membaca blog kita jika apa yang kita tulis mudah difahami, tidak menggunakan perkataan ringkas yang terlalu sukar untuk difahami, penggunaan ayat yang betul dan elakkan titik-titik yang banyak. Ini juga merupakan salah satu ciri blog berpengaruh.

Ini semua akan dipelajari dalam kelas.  Mudah sahaja melalui penulisan dan catatan 44 hari, InsyaAllah cara mudah dan ciri blog berpengaruh ini dapat dipraktikkan dalam blog kita.

Jom kita lihat sikit ciri-ciri blog berpengaruh :

10 ciri blog berpengaruh :
1)  Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat memberi pengaruh yang besar kepada pembaca datang dan datang lagi. Jang
an sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar. Blog yang tidak terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan menganggu pembaca.

2)  Sentiasa ada entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca tegar.  Beri info dan fakta baru.  Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.

3)  Entri penyelesai masalah
Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jenis resipi yang dimahukan.  Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari.  Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.

4)  Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistic.  Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kasha, ia dapat mengubah pandangan dan member pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.

5)  Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi.  Ini tidak dicapai dalam satu hari.  Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.

6)  Blog yang menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi rujukan. Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis.

7)  Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.

8)  Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga. Sangat berbeza blog yang kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi.  Jagalah penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal, walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca.

9)  Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online terhebat.  Entri boleh diselit dengan promosi produk.  Gaya bersahaja semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh untuk membeli.  Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada pembeli pula.

10)  Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
Inilah yang digemari pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca.  Jangan dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap hari.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun WAHM SOHO
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan - siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.




Harga biasa RM100 untuk 2 ebook.  Harga promosi sekarang, RM50.  Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.


Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes :
Bab 1 : 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2 : Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3 : Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4 : Strategi Pemasaran Online
Bab 5 : Strategi Pemasaran Offline
Bab 6 : Operasi Dari Rumah
Bab 7 : Khidmat pelanggan Online
Bab 8 : Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9 : Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10 : Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11 : Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab Asas Blog :

Bab 1 : Analisa & Penentuan Blog
Bab 2 : Langkah Demi Langkah
Bab 3 : Blog Bisnes
Bab 4 : Rancang Penulisan
Bab 5 : Jenis Entri Penulisan
Bab 6 : Penulisan Berpengaruh
Bab 7 : Tips Penulisan
Bab 8 : Motivasi Menulis
Bab 9 : Asas Suntingan
Bonus 1 : Teknik Blog Siapkan Ebook


Untuk info lanjut mengenai kelas, sila hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com





Thursday, 27 March 2014

Affiliate

Teks : Norazizah Sudin

Entri saya ringkas sahaja hari ini.

Di samping dropship, untuk yang ingin memulakan bisnes tanpa modal boleh juga cuba berjinak-jinak dengan affiliate.  Mudah sahaja.  Pilih niche yang anda suka, buat fanpage dan mula promosi.  Perlu daftar dahulu ya. Banyak bisnes yang anda boleh jadi affiliate. Lebih mudah, boleh tengok di http://www.ashadee.com/

Ada diterangkan cara-caranya di situ.  Promosi dan dapat komisen.  Kalau tidak faham, nanti saya akan buat grup di FB untuk newbie.  Siapa yang berminat boleh sertai grup saya ini.  Boleh komen di bawah ya.

Lebih mudah, boleh juga mendaftar jadi Rakan Niaga / Pengurus Online bersama kami. Anda akan diajar untuk buat blog bisnes dan setelah siap blog, bolehlah mula promosi produk akademi.  Banyak produk seperti ebook, ruang periklanan dan pakej bisnes.

Pakej ada 2, iaitu Pakej RM200 dan Pakej RM300. Untuk lebih faham, boleh tengok di bawah ya.





Berminat?  Setelah sudah pilih yang berkenan, cepat mendaftar bersama saya dan nanti saya bagi soalan analisa.  

Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com ya.




Monday, 24 March 2014

Jangan Paksa Orang Beli

Teks : Norazizah Sudin

Tiada orang yang suka dipaksa untuk membeli, baik untuk bisnes offline mahupun online. Lain orang lain caranya.  Ramai orang yang benci dan rasa mereka dipaksa untuk membeli sesuatu.  Cuba untuk tidak memaksa orang membeli.  Dalam bisnes online, jual secara soft sell dan bukan hard sell.  Lebih lembut dan halus kedengarannya, kan?

Kita buat status di facebook atau fanpage untuk cari pelanggan.  Kembangkan di blog untuk mendapatkan jualan.  Di facebook jangan banyak sangat hardsell tetapi di blog ok. Ceritakan tentang produk, kebaikan produk, cara penggunaan dan lain-lain berkaitan produk.  Minta pengguna komen dan beri testimoni. Aktifkan pengunjung di blog dan tarikan mereka untuk menjadi peserta aktif memberi komen tentang barangan anda.  Iklan post di newsletter.  Mungkin boleh juga buat grup dan diskusi.  

Ambil perhatian kepada semua komentar pengunjung anda.  Jadikan mereka sebagai rakan dan bukan pembeli untuk permulaan.  Lama kelamaan, sudah pasti mereka akan membeli juga, betul tidak?  

Pentingnya untuk setiap empunya bisnes belajar cara bisnes yang betul.  Banyak yang perlu dipelajari dalam bisnes online ini seperti penulisan yang berkesan (copywriting), periklanan (FB Ads), taktik marketing yang berkesan, cara tarikan pelanggan dan lain-lain.  Banyakkan membaca buku-buku tentang internet ya.  Boleh juga belajar dari sifu online seperti Faisal Abdullah, Ammar Zahar dan Irfan Khairi.  Ini sebahagian daripadanya.  Untuk tahu lebih lagi, rajin-rajinlah jejak google dan baca buku.  Itu sahaja, mudah dan praktikkan.

Dapatkan info dan tips menarik dari kami di ABDR tentang cara berbisnes online, tentang penulisan, cara beriklan, cara berblogging dan lain-lain.  

Tips saya tentang blog bisnes.  Jangan ada bling-bling dalam blog ya.  Juga elakkan bunyi muzik, header yang terlalu besar dan padat, animasi flash dan suara di latar belakang. Pastikan juga teks mudah dibaca. Guna font yang simple dan mudah untuk dibaca.  Orang bukan hendak tengok bling-bling anda, bunyi lagu atau muzik yang kadang-kadang mengganggu, header pula besar dan melambatkan proses memuat turun. Orang hendak tengok apa produk yang anda tawarkan, itu sahaja.  Jadi sebelum buat blog bisnes, sila ambil perhatian tentang ini ya.

Banyak lagi tips menarik yang akan saya kongsikan jika anda sertai KELAS ASAS BLOG DAN FANPAGE (MULA BISNES).  Tiada produk kami sediakan.  Ada produk, lagi bagus untuk dipromosikan. Belajar dengan kami sekali dan anda sudah boleh buat berkali-kali.  

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberi anda sedikit sebanyak info untuk memulakan bisnes online.

Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk bermula dan anda telah bersedia sepenuhnya.  Jangan sekerat jalan.  Mula dan habiskan.





Friday, 21 March 2014

Apa Kata Irfan Khairi Tentang Blog


Teks : Norazizah Sudin

Bismillah.  Assalamualaikum.  Bertemu kita lagi.  Salam Jumaat.  Jumaat yang indah dan ceria hari ini. Semoga keceriaan anda sampai ke petang.

Pagi-pagi mesti baca akhbar online seperti Harian Metro, Kosmo dan Sinar Harian. Alhamdulillah, ada perkhabaran menarik dan positif tentang MH370.  Semoga penantian kita terutama ahli keluarga pesawat ini dapat dileraikan, dengan izinNya, InsyaAllah.

Hari ini juga, di dalam Harian Metro ada menyebut pasal blog.  Setiap peniaga perlu ada blog.  Banyak yang telah saya perkatakan mengenai kepentingan mempunyai blog untuk setiap peniaga.  Ramai yang menjalankan perkhidmatan membuat blog, termasuk lah ABDR. Saya salah seorang guru online keluaran ABDR.  Untuk yang berminat ingin mendapatkan khidmat saya boleh hubungi saya ya.

Kita baca dahulu apa kata Irfan Khairi tentang blog.  Baca di sini http://www.hmetro.com.my/articles/Peniagakenememiliki/Article/

Kelas kami bersiaran setiap hari dengan lebih 500 blog, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi sentiasa bersedia untuk memulakan tugasan bersama pelajar.

Untuk lebih lanjut boleh lihat di http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Banyak informasi tentang tips dan perkongsian tentang pelajar, kelas dan ulasan di fb saya, www.facebook.com/kelasblogonline.

Dapatkan ebook dengan harga kedeboom sebelum bulan Mac berakhir.


Boleh juga dapatkan ebook Pakej Bekerja Di Rumah ini sebagai bacaan awal untuk bermula.




Semoga bermanfaat.







Wednesday, 19 March 2014

Tempahan Blog

Teks : Norazizah Sudin

Zaman IT telah bermula.  Banyak gajet baru di pasaran.  Sekejap sahaja gajet terbaru sudah ada di pasaran, belum puas menggunakan gajet lama, yang baru sudah muncul.  Aduhai, tidak terkejar rasanya.   Ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan gajet terbaru ini.  

Sekarang ini FB sudah menjadi satu kemestian untuk yang berniaga secara online.  Tetapi ada juga yang tidak suka dan tidak ada akaun FB.  Blog juga memainkan peranan penting di dalam mempromosikan sesuatu produk.  Pada pendapat saya, medium yang paling mudah gunakan blog.  Satu lagi cara lain adalah iklankan di Mudah.my.  Banyak cara sebenarnya, seperti blog walking, tukar link dan lain-lain. Blogspot pun percuma, jadi lebih mudah.  

Pada saya, kedua ini penting. FB dan blog.  FB sebagai medium pemasaran dan blog sebagai tarikan kepada pelanggan membeli di kedai anda.  Blog berperanan sebagai penjenamaan diri anda.  Di blog kita boleh huraikan dengan lebih panjang dan banyak input boleh dilihat dalam blog.  Inilah yang saya belajar dalam Akademi Bekerja Di Rumah.  Ada modul, ada guru, ada latihan, analisa, ada grup perbincangan dan lain-lain.  

Ramai yang ada bisnes tetapi tiada blog.  Cuma ada FB.  Kembangkan idea bisnes anda di blog.  Berkongsi kepakaran, minat dan ilmu di blog.  Ada yang tidak pandai buat blog, upah lebih mudah.  Ada yang buat separuh jalan sebab susah katanya.  Jadi, untuk yang rasa tidak pandai dan sibuk untuk ini, tidak mahu hadiri kelas, saya ada membuat khidmat membina blog.  Anda mahu blog bagaimana?  Travelog?  Bisnes?  

Begini sahaja caranya :

Harga perkhidmatan bina blog

Dengan RM200, anda akan menerima perkara berikut :
1)  Pendaftaran emel, nama blog, penjenamaan berdasarkan analisa
2)  5 label cadangan untuk nama blog
3)  Borang tempahan (untuk blog bisnes)
4)  10 gambar untuk entri pertama


Bagaimana ingin membuat tempahan?
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi penulis
emel: norazizahsudin@gmail.com

Banyak lagi tips tentang blog boleh dilihat dalam fanpage saya di www.facebook.com/kelasblogonline.

Jika anda sudah bersedia untuk mulakan, hubungi saya cepat ya.




Tuesday, 18 March 2014

Idea Bisnes Dari Rumah

Teks : Norazizah Sudin


Ramai yang tercari-cari idea untuk mula bisnes dari rumah. Masih bekerjaya tak semestinya kalian tidak boleh memulakan bisnes secara sambilan. Sepatutnya itulah jalan terbaik sebelum betul-betul memilih untuk menjadi WAHM sepenuh masa. Supaya kita tidak ribut di kemudian hari. 

Ramai yang sudah dan mahu dan teruja mahu bekerja di rumah. Menyatakan sudah tidak sabar mahu bekerja di rumah dan mahu menjaga sendiri anak-anak. Ok, baik matlamat mahu bekerja di rumah itu secara jujurnya ramai ibu bapa yang mahu. Akan tetapi persediaan ke arah itu masih lagi samar-samar. Ramai yang mahu terjun secara tirus sahaja. Buat persediaan terutama sekali merancang kewangan untuk 3 tahun pertama selepas berhenti kerja.

Wajib ada :
1) Tabung modal (khusus untuk bisnes)
2) Tabung simpan dan lupakan (tabung ini mulakan dari awal ketika kalian merancang untuk berhenti). Katakanlah 3 tahun lagi, jadi mula buat simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Tidak boleh usik-usik ya.
3) Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan sebagainya) berbincanglah dengan suami akan hal ini)

Pakej ini khas untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Baca dulu dalam ebook 101 idea home based bisnes. Gali dan cari apa minat dan kemahiran yang kalian ada, melalui ebook ini. Dapatkan tip-tips sebelum bermula. Dengan hanya secara sambilan, mula promosi secara atas talian. Gunakan ebook belajar asas blog untuk mula membina blog bisnes kalian.

Harga biasa RM100 untuk 2 ebook. Harga promosi sekarang, RM50. Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.






Tawaran menarik ini hanya sekali sahaja.  Cepat rebut sekarang!



Monday, 17 March 2014

Untuk Yang Suka Lompat-Lompat


Teks : Norazizah Sudin

Untuk yang asik terlompat-lompat bisnes, bagus sertai bengkel ini.  

Mak Jemah berkira-kira mahu ke pusat borong.  Niatnya mahu mula berniaga.  Dia sudah awal-awal memasang strategi menyiapkan kedai di depan rumah.

Maka sampailah Mak Jemah di pusat Borong Macam Macam Ado.  Mak Jemah mula teruja dari satu kedai dia singgah ke satu kedai.  Singgah di kedai tudung, Mak Jemah mahu jual tudung, lalu diborongya tudung. Sampai di kedai pakaian kanak-kanak, Mak Jemah asyik pula borong pakaian kanak-kanak sebabnya cantik dan leka lihat pelbagai fesyen yang menarik.

Mak Jemah sampai pula di kedai 'makanan segera'.  Lalu dibelinya juga banyak sebab nanti katanya mesti laku.  Mak Jemah jalan-jalan lagi singgah di kedai kelengkapan ibu bersalin. Lalu dibelinya juga sebab fikirannya pada masa itu, mesti laku sebab di hospital hari-hari wanita bersalin.;P

Maka sudah senja, wang modal sudah habis.  Mak Jemah pun pulang dengan gembira.  Sampai di rumah, dia terpana seketika, kerana dia lupa kedainya tertera papan tanda besar yang cantik 'PUSAT JUALAN IKAN DAN SAYUR SEGAR' yang sudah siap dipasang.

Apa pengajaran cerita di atas suri sekalian?
Faham ke tak faham apa yang saya sampaikan?

Baca kisah Mak Jemah di sini http://bengkelbranding.blogspot.com/ 

Hadirilah seminar ini untuk mengelakkan kita sama seperti Mak Jemah ya.  Terus hubungi saya untuk tempahan tempat.  Penganjur hendak beri banyak bonus untuk mereka yang mendaftar.  Lagi best kalau bawa 3 orang, seorang dapat PERCUMA sahaja.


Cepat sebelum kehabisan tempat sebab hanya terhad untuk 50 orang sahaja!

*******************************************************************

Makluman :  Saya sudah buat fanpage baru untuk kelas blog ya.

Boleh lihat di sini.  Banyak informasi padat dan terkini boleh dibaca dalam page baru saya ini.

Terima kasih.




Sunday, 16 March 2014

Alhamdulillah, Hujan Turun


Teks : Norazizah Sudin

Alhamdulillah, hujan turun dengan lebatnya di Pasir Gudang hari ini.  Baru balik berjogging di tasik, bersarapan dan pusing-pusing Pasir Gudang bersama suami dan anak.

Kebiasaannya saya bersama anak sahaja di luar rumah, tetapi hari ini suami tidak berkerja.  Seronok bertiga. 'Quality time'.  

Sampai di rumah, hujan pun turun.  Baju dah basuh semalam.  Tugasan rumah pun sudah disiapkan malam tadi.  Jadi hari ini, lebih relax sikit lah.  

Buat bisnes online ini, seronok sebab banyak masa dapat dihabiskan bersama anak.  Itu paling utama. Sambil-sambil itu, jawab PM, baca wassap dan macam-macam lagi.  

Hari ini saya hendak kongsi tips bisnes online yang saya pernah lalui sepanjang buat online ini.  Jom kita baca :

Banyak kelebihan jika kita beli secara online :
1)  Tidak perlu pergi ke kedai (outlet) untuk beli
2)  Jimat masa, jimat kos, jimat parkir, jimat minyak 
3)  Boleh buat pilihan samada hendak beli atau tidak
4)  Pembayaran kita gunakan online banking, samada MBB atau CIMB (banyak digunakan)

Di samping kelebihan, ada juga kekurangannya seperti :
1)  Kita perlu menunggu selama 2 atau 3 hari untuk barangan yang kita pesan itu sampai.  Ada kalanya hingga 1 minggu baru dapat dan ada juga kadang-kadang tidak sampai terus disebabkan masalah pos atau peniaga.  
2)  Ada peniaga online ini tidak mahu menanggung kerugian atau bertanggungjawab jika barangan yang kita pesan tidak sampai.  Kita terpaksa menelefon sendiri pos laju atau servis yang digunakan untuk mengetahui status barangan tersebut.
3)  Terdapat juga tersalah transfer duit ke akaun orang lain. Barang sudah dihantar tetapi duit tidak dapat.  

Jadi untuk mengatasi masalah ini semua, kita perlu baca profil bisnes tersebut dan dapatkan info secukupnya tentang terma, syarat, cara tempahan, cara pembelian dan lain-lain.  Jika tidak puas hati dan inginkan info jelas, PM atau boleh telefon peniaga tersebut agar tidak berlaku kecelaruan sebegini.

Sebagai peniaga, kita perlu jujur dan ikhlas.  Jangan tipu pelanggan dan cuba hendak menipu.  Ada juga pelanggan yang menipu peniaga kan?  

Sebagai peniaga, kita ada pilihan untuk jual produk fizikal atau digital.  Lebih mudah jual produk digital sebab tidak perlu keluar rumah untuk pos barang, bayar parkir, bayar tol dan lain-lain.  Semuanya hanya melalui emel sahaja. Pelanggan bayar dan tugas kita hanya emel.  Boleh buat pilihan, samada buat dropship atau affiliate.  

Semoga bermanfaat.





Saturday, 15 March 2014

Kumpul Modal


Teks : Norazizah Sudin

Banyak cara untuk dapatkan modal jika anda serius hendak berbisnes.  Ada yang meminjam dari saudara mara, pinjam bank, buat kerja part time dan lain-lain.  Untuk yang bisnes kecil tu, cukup lah sekadar gunakan duit simpanan sendiri.  

Jika tiada modal untuk bisnes, buat dropship atau affiliate.  Apabila dapat komisen, simpan komisen dan jadikan modal untuk bisnes yang anda ingin buat.  Jangan bagi alasan tiada modal untuk mula bisnes.

Jangan biarkan kekurangan wang menjadi penghalang untuk kita mengambil peluang bisnes.

Boleh baca di sini untuk buat pilihan.

Kami juga ada menawarkan untuk jadi Rakan Niaga / Pengurus Online Akademi.  

Lebih lanjut, baca ini ya.

Apa yang anda akan dapat apabila jadi rakan niaga kami.  
✓  belajar menggunakan blog untuk jana pendapatan
✓  dapat percuma kelas akaun
✓  bonus 4 ebook
✓  tidak perlu urus stok
✓  tiada modal berkali-kali.  Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
✓  produk umum dan permintaan sepanjang tahun
✓  hanya perlukan kesungguhan, fokus dan konsisten

Anda akan belajar bina platform, iaitu satu blog bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah.  Kalian juga akan belajar bina fanpage bisnes.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh ABDR.  Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan :
1)  Logo Akademi Bekerja Dari Rumah
2)  Logo rasmi SOHOdirectory
3)  Kelas-kelas Online
4)  Pakej Ebook
5)  Ruang Periklanan
6)  Borang Tempahan

Hanya dengan dihujung jari, anda tidak perlu keluar rumah. Semuanya bisnes di dalam rumah dan tanpa meninggalkan anak anda.  Boleh buat secara sepenuh masa atau secara sambilan.

Bagaimana untuk mula?

Emel saya di norazizahsudin@gmail.com