Wednesday, 30 April 2014

Jangan Asyik Bagi Diskaun

Teks : Norazizah Sudin

Banyak info yang saya dapat dari seminar Tatih Jutawan yang telah dihadiri pada 14hb April lepas.  Tips-tips dari pakar dan jutawan dalam bidang bisnes masing-masing.  

Salah satu tips yang saya dapat JANGAN SELALU BAGI DISKAUN!  Nanti untung untuk kita pun entah ke mana!  Sekali sekala tidak mengapa.  Sebab itulah perlu ada elmu dan belajar dari yang pakar tentang bisnes, baik online atau offline.  Belajar urus akaun dengan betul.  Tahu yang mana duit bisnes, duit modal dan duit peribadi.  Selalu bawa buku 555 ke mana-mana.  



Jom kita baca ulasan dari salah seorang pelajar yang telah mengikuti kelas ini.

Kenapa pula cik azue mengikuti kelas ini ya? Bukan kerana cik azue tidak tahu langsung tentang asas urus akaun, cuma nya, cik azue ni bukan lah pelajar jurusan akauntan. Jadi segala asas dulu adalah berdasarkan pengalaman kerja dengan orang dahulu. Jadi walau pun tahu, tidak salah kalau cik azue ingin mengambil tahu lagi kan. Dan tersangatlah mengejutnya, bila mana ada benda yang selama ini cik azue ingat betul, rupa-rupanya salah konsep. Wakakakaka! Mari gelak kan diri sendiri. Anda semua jangan gelak tau, nanti cik azue sentap. Hahahaha. Alhamdulillah, Allah gerakan hati ini untuk berusaha juga mengikuti kelas tersebut walau pada mulanya Chenta hati cik azue pernah berkata, "bukankah awak sudah tahu kan..."

Ok, apa yang cik azue belajar dalam kelas ini?
Pertama, beberapa hari sebelum kelas, cik azue dan rakan-rakan sekelas akan dimasukkan ke dalam satu "group" di FB dibawah seliaan satu guru online tetap (Puan Aishah Hussein) akademi bekerja di rumah (ADBR),  dan jumlah pelajar dalam satu kelas adalah lima orang sahaja. Ini kelas cik azue ya, kelas orang lain, ada empat orang, ada lima orang macam kelas cik azue juga. Kemudian, masing-masing kami diberikan bahan bacaan melalui email sebelum kelas bermula. Maksudnya, kena baca dan kaji dulu alat bantu belajar tersebut.
Kedua, hari kelas. Bila disebut sebagai online kelas, bagi kelas akaun ini, setiap pelajar dan guru akan berada dalam talian pada masa yang sama melalui "group" yang ditubuhkan terdahulu. Di hari ini barulah kami diperkenalkan dengan guru kelas akaun kami, iaitu Puan Khadijah Abdullah.

Bab 2 - Pengenalan kepada buku simpan kira-kira dan proses
Banyak lah yang di ajar disini. Tetapi apa yang dapat cik azue simpulkan dari bab ini adalah
a) semua belian yang kita buat kita perlu catat/rekod dalam buku simpan kira-kira
b) semua resit belian perlu kita buat salinan bagi mengelakan ianya pudar dan disimpan
c) setiap rekod perlu dilakukan secara disiplin dan secara harian
d) buat buku catatan kira-kira, satu untuk kegunaan sendiri, satu untuk kegunaan harian.
Buku catatan ini bertujuan bagi mencatat semua wang keluar masuk kita tak kira berapa besar pun atau berapa kecil pun perbelanjaan tersebut. Sila catat perbelanjaan selepas setiap urusan bagi mengelakan kita terlupa. Oleh itu cikgu cadangkan menyimpan buku 555 di dalam beg kita dan dibawa ke mana sahaja.  Dan kerana itu juga, terus petangnya cik azue beli ini

Satu untuk abang hazim, satu untuk adik hazim, satu untuk duit belanja dapur (duit sara keluarga chenta beri) dan satu untuk perniagaan cik azue. Habis budak-budak ni pun diseret sama belajar mengurus kewangan masing-masing. Membiasakan diri mereka sedari kecil, gitu.

e) Setiap hujung minggu (kalau boleh setiap hari) perbelanjaan ini dipindahkan ke dalam buku simpan kira-kira sebagai simpanan rekod bagi tujuan semakan.





Kesimpulan bab 2 adalah; Buku Simpan Kira-kira adalah bertujuan bagi merekod setiap transaksi yang dilakukan secara harian dan tetap dan setiap transaksi walau pun satu sen pun perlu direkodkan juga secara tetap ke dalam buku simpan kira-kira tersebut.

Akhir bulan boleh la kita semak berapa perbelanjaan yang sedar dan tidak sedar yang telah dan sudah kita lakukan, perlu, kehendak atau pembaziran.

*psssssst, di sini cik azue masih selamat, masih dalam garis panduan*

Bab 3 - Modal
Modal adalah sejumlah peruntukan WANG bagi memulakan satu PERNIAGAAN.
Wang PERNIGAAN jangan dicampur dengan wang PERIBADI dan jangan guna duit PERIBADI untuk perbelanjaanPERNIAGAAN.
Nak selamat, daftarkan perniagaan dan buat akaun perniagaan. Apa-apa berkaitan dengan perniagaan, guna wang hanya dari akaun perniagaan sahaja.

*psssssst, di sini cik azue sedikit silap. Oh tidak!*




Teropong-teropong diri, itu dia, sudah tersasar sedikit cik azue kawan-kawan, walau pun sedikit sahaja, namun, melalui perbincangan dengan guru, boleh beri impak besar jika tidak di kawal. Nak tahu?
Dalam kes cik azue, bukan duit perniagaan guna untuk diri sendiri, tetapi duit sendiri guna untuk perniagaan, bukan apa, konon-konon bagi jadi modal, sudahnya, MODAL yang asal berjumlah sedemikian menjadi sedemikian besar pula akhirnya. Sudah, padan la asik tidak boleh untung (maaf bekas bos, saya pinjam tagline anda disini ya)

Bab 4 - Dokumen wajib dalam suatu perniagaan
a) Sebut harga (Qoutation)
b) Invoice
c) Resit
d) Penyata Bank
e) Baucer Bayaran

*psssssst, di sini cik azue alhamdulillah, semua ada.*




Bab 5 -  Pricing and Costing

Kalau nak tahu harga jual, kena tahu harga costing dulu. Dah tahu harga costing baru boleh tahu harga jual.
Dan harga costing pula mesti mengambil kira semua aspek air, api, internet, petrol, admin dan sebagainya, baru kemudian kita buat pricing atau harga jualan.
Dan disini juga, perlu tahu apa langkah-langkah terbaik bagi memngurangkan KOS dan menambah KEUNTUNGAN

Bab 6 -  Belanjawan / Bajet

"Bajet adalah satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangai wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan."

"Pelan Kewangan anda adalah berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan."

"Pendapatan pula adalah wang yang masuk dalam poket anda dan perbelanjaan adalah perkara yang memerlukan anda mengeluarkan wang."

Ok. Dah habis ulasan cik azue. Sebenarnya bukan 6 Bab, tapi cik azue kecilkan mengikut pemahaman cik azue jadi 6 bab, mudah otak tua cik azue nak hadam.

Suka tak bila dah baca ni? Teruja tak nak belajar sama agar kita boleh kawal ketirisan akaun kita, tak kisah la akaun sendiri atau pun perniagaan?
Banyak yang kita boleh dapat sebenarnya dalam tempoh 3 jam ni bagi yang baru nak berkenalan dengan asas urus akaun ni. Tapi buat yang sudah master, jangan la, nanti tidak memenuhi KPI anda pula. Ini kelas ASAS ya.

Bagi yang mencari-cari solusi bagaimana nak urus akaun kalian, Akademi ada menawarkan kelas akaun ni secara online dan terbaru, ada juga offline. Hubungi cik azue ya, pada yang berminat nak tambah ilmu akaun ni macam cik azue. Nanti boleh buat ulasan sama-sama, kita semak mana yang kita silap dan betul dan mana yang harus kita lebih baiki.

Oh sudah panjang entri ini. Di harap yang merindui kemunculan entri terbaru cik azue, dapat manfaat dari perkongsian hari ini.
Akhir kalam, semoga anda dan kita semua dalam peliharaan Ilahi selalu hendaknya.
Terima kasih berkunjung ke sini dan

Wasalam



*****************************************************************************************************
Bagi yang mahu sertai kelas ini secara online, kelas akaun asas - kelas akan diadakan pada bulan Mei, 5/5/2014 (9.30-12.30 t/h - 3 jam)
Bagi yang mahu lebih padat, boleh sertai kelas secara offline, bengkel sehari pada 10/5/2014. Baikpulih semula pengurusan akaun bisnes. Bengkel ini sangat-sangat sesuai untuk usahawan online atau offline. Insya Allah bermanfaat.
Kelas akaun offline

Yuran RM220 sahaja
Tarikh : 10 Mei 2014 (Sabtu)
Lokasi : Shah Alam
Tempat : 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa : 9 pagi - 5 petang
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer 
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ tugi???? 
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Pendaftaran terus melalui saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
SMS / Whatsapp : 019-7461502

Pendaftaran bengkel akaun offline masih dibuka, tarikh tutup penyertaan 30 April 2014.

Tuesday, 29 April 2014

Ejen Maruku Meletop

Teks : Norazizah Sudin

Seronoknya saya!  Seharian di dapur menyiapkan tempahan Maruku Meletop saya yang telah dipesan oleh pelanggan.

Untuk yang mahu mencuba 1 balang pun boleh juga.  Tidak mahal, cuma RM15 sahaja. Untuk yang di luar kawasan Pasir Gudang, tambahlah kos pos ya.  Untuk berminat hendak jadi ejen saya, saya akan bagi diskaun lah dari harga asal.  Hubungi saya ya.

Maruku Meletop ini bukan sahaja boleh dijadikan makanan ringan untuk Hari Raya, tetapi boleh juga untuk kudapan harian.  

Jom kita lebarkan sayap sambil jana pendapatan hanya dari rumah.





Si kenit saya jadi model Maruku Meletop, boleh gitu?  

Tunggukan kemunculan blog dan fanpage saya My Wafilicious Kitchen yang akan memasarkan lagi banyak produk makanan homemade dan masih hangat dari dapur untuk semua.

Untuk yang berminat untuk borong telekung boleh juga.  Belajar bagaimana untuk menjadi pemborong secara dropship dengan belajar kelas blog borong telekung.  Bisnes telekung bukan hanya boleh dijadikan bisnes sepanjang bulan Ramadhan tetapi juga sepanjang bulan. 





Berminat yang mana satu?  Boleh PM atau hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com






Monday, 28 April 2014

Belajar Urus Akaun Bisnes Secara Sistematik

Teks : Norazizah Sudin

Saya ingin berkongsi lagi.  Jom kita belajar urus akaun bisnes dengan betul.  Jangan jadikan duit bisnes sebagai duit sendiri.  

Untuk yang hendak berbisnes bulan puasa ini, molek sungguh lah belajar kelas ini.  

Panggilan buat kalian yang mahu hadir bengkel urus akaun. 
Pendaftaran tamat pada 29.4.2014.

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil :
- Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
- Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan (dilakukan dari awal mula bisnes)
- Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
- Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
- Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
- Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan
- Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
- Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
- Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan


Jika kalian kategori usahawan di atas :
~ Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
~ Belajar buat bajet kewangan 
~ Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
~ Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
~ Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
~ Perlu tahu mana untung mana rugi
~ Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
~ Perlu tahu asas keluar masuk wang
~ Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Ayuh, bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, dialu-alukan menyertai bengkel ini supaya lebih faham dan tidak lagi 'bocor' dalam kewangan bisnes.

Bengkel ini sesuai untuk semua usahawan online dan offline. Baikpulih akaun bisnes. Insya Allah bermanfaat.

Maklumat kelas seperti berikut :

Tarikh : 10 Mei 2014 (Sabtu)
Lokasi : Shah Alam
Tempat : 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa : 9 pagi - 5 petang

Yuran RM220
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Hubungi saya,Norazizah Sudin di norazizahsudin@gmail.com untuk pendaftaran.


Thursday, 24 April 2014

Tiruvasi Produk

Teks : Norazizah Sudin

Tidak semestinya tiada produk tidak boleh berbisnes.  Boleh ambil produk orang lain, jual dan branding semula kepada produk kita.  Contoh, produk makanan seperti kerepek.  Ambil dari pemborong, jual semula dan letakkan logo kita.  Ini dipanggil tiruvasi.  

Keluarkan modal sedikit untuk berbisnes.  Tidak payah pinjam dari bank.  Mungkin serendah RM200 atau RM500.  Terpulang kepada bisnes apa.  

Banyak sebenarnya.  Jangan malas untuk bereksperimen dan mencari informasi.  Mula-mula tolong jual produk orang lain.  Lama-lama boleh keluarkan produk sendiri.  Produk kecantikan pun boleh.  Beli borong dan jual.  Cari produk yang tiada branding.  'Packing' semula dan letak lah logo sendiri.  Boleh, banyak di internet dan FB.  

Untuk lebih mudah, boleh sertai kami untuk jadi pemborong telekung.  Kiranya seperti dropship lah ini.  Kalian akan diajar buat blog dan fanpage untuk jual borong.  Modal pun rendah sahaja, cuma RM250.  Belajar dan serap ilmu dahulu.  Kemudian sudah pandai dan tahu selok belok borong, boleh buat sendiri untuk produk sendiri.  Jual borong telekung dan kumpul komisen.  Simpan komisen dan sudah boleh mula untuk produk lain pula.  Berminat?

Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk memulakannya.  Bulan Ramadhan bakal tiba.  Mula kutip duit dan sudah boleh buat bisnes sendiri nanti.

Ayuh, kita mula kayuh laju mulai bulan hadapan.



Monday, 21 April 2014

Jom Jadi Ejen Saya

Teks : Norazizah Sudin

Lama tidak bersiaran.  Saya baru balik dari bisnes trip.  

Tawaran masih dibuka untuk menjadi ejen saya.  Untuk yang berminat hendak menjadi ejen kerepek, maruku meletop, peanut candy dan kain cotton vietnam boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com atau wassap 019-7461502.

Ejen terbuka untuk semua kawasan ya.  Untuk di KL, saya akan hubungi rakan niaga saya di sana.  

Cepat ya sambil tambah duit poket di hari raya nanti.



Monday, 14 April 2014

Tips Bisnes (2)

Teks : Norazizah Sudin

Jangan tunggu untuk bermula.  Jangan tengok orang lain sudah berjaya, baru hendak bermula.  Mulakan sekarang.  Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Lagi lama kalian menunggu untuk berjaya, lagi lama untuk kalian menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang kalian mahukan.  Apa impian kalian?  Matlamat?

Tulis sahaja tetapi tidak berani untuk realisasikan.  Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak.  Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.  Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.

Mulakan sekarang.  Banyak produk digital dan fizikal di ABDR untuk kalian mulakan.  Jadilah sebahagian daripada kami.  Belajar buat blog, fanpage, penulisan kreatif, rakan niaga dan pelbagai kelas lagi.

Terbaru kami ada kelas borong telekung solat sempena bulan Ramadhan.  Rebut peluang ini. Jom kita realisasikan impian untuk mempunyai bisnes sendiri dengan projek permulaan ini.  

Tipsnya, belajar dan buat.  

Semoga bermanfaat.

Salam sayang dari saya.



  

Sunday, 13 April 2014

Bisnes Bulan Raya

Teks : Norazizah Sudin

Musim raya sudah dekat.  Bisnes apa yang orang perempuan suka bila hendak raya ini?

Mestilah bisnes kain pasang kan?  Bisnes ini lebih power permintaannya.  Kenapa?  Sebab semua wanita perlukan pakaian.  Tidak kiralah dalam rumah, untuk ke tempat kerja atau untuk berjalan-jalan.  

Jadi anda bebas menjual dengan harga yang anda mahukan mengikut harga yang mampu dimiliki oleh bakal pelanggan anda.  Borong kain pasang ini dibuka hanya untuk 20 orang sahaja.  Cepat ya.  

Jadi, jika anda berminat untuk menjadi rakan niaga saya, boleh hubungi saya.  Saya hanya memilih yang betul-betul ada minat berniaga, hendak duit tambahan dan ingin belajar berbisnes.




Saya juga ada membuka tawaran untuk menjadi agen produk makanan seperti kerepek dan candy.  Pelbagai jenis kerepak ada seperti kerepek pisang, kerepek pedas, kerepak lada hitam dan lain-lain.  Jika berminat, boleh juga hubungi saya.








Kami juga ada membuka tawaran untuk menjadi pemborong dengan kami.  Ada kelas blog borong dan fanpage yang akan diajar oleh pakar dalam borong ini.  Bisnes ini untuk bulan Ramadhan memang sangat keras laku.  Kelas ini dibuka hanya untuk 30 orang sahaja.  



Boleh hubungi saya untuk kedua-dua permintaan ini.  Duduk di rumah sambil jana pendapatan.  Seronok tak?  Dapat duit sampingan untuk keperluan raya nanti.



Saturday, 12 April 2014

Tips Bisnes (1)

Teks : Norazizah Sudin

Semoga bermanfaat tips ini dari otai IM yang terkenal, Faisal Abdullah.

Jemput baca ya.


Banyak tips dan cara boleh kita buat untuk menarik hati pelanggan kita.  Salah satunya adalah dengan buat tawaran percuma.  Kongsi tips dan selitkan tawaran.  

ABDR ada juga membuat tawaran ebook untuk yang baru hendak mula bisnes.  Tidak tahu idea apa, bagaimana cara untuk mula, belajar blog dan lain-lain.  Semuanya terjawab di dalam ebook ini.  Harga promosi hanya separuh dari harga asal, iaitu RM50.




Sudah bersedia, boleh hubungi saya untuk bermula.

Semoga bermanfaat.




Friday, 11 April 2014

Bisnes Percuma

Teks : Norazizah Sudin

Ada yang bertanyakan kepada saya tentang affiliate.  Apakah itu affiliate?  Bagaimana hendak mendaftar?  Bagaimana hendak memilih jenis affiliate?  Jenis affiliate?

Untuk yang mahu belajar, boleh sertai webinar percuma ini sekarang juga http://bit.ly/1i6xtT6

Dalam webinar ini anda akan mempelajari tips membuat duit secara automatik menggunakan "affiliate marketing" atau pemasaran affiliate.

Webinar ini terhad kepada 100 orang sahaja, jadi pastikan anda mendaftar sekarang juga.

Anda hanya memerlukan komputer / laptop untuk menyertai webinar ini.  

Jadi, jangan lepaskan peluang ini ya.  Daftar sekarang juga.  

Semoga bermanfaat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan ebook kami dengan harga promosi, RM50 sahaja, sebelum harga kedeboom ini tamat.  Banyak idea bisnes boleh didapati dalam ebook ini.





Hubungi saya sekarang ya.

Thursday, 10 April 2014

Bisnes Bulan Ramadhan

Teks : Norazizah Sudin

Menarik ni!  Boleh buat persiapan untuk bulan Ramadhan.  Jom belajar buat blog borong telekung.  Produk ini juga 'hot' dan laku keras sepanjang bulan Ramadhan.

Akademi Bekerja Di Rumah buka kelas borong khusus untuk kalian yang mahu belajar menjual borong.  Terhad hanya untuk 30 pendaftaran sahaja!!!
 
Kelas bina blog dan fanpage khusus untuk yang berminat untuk belajar.  Kami fokus kepada borong telekung solat sahaja.  

Baca butirannya di sini :
Kelas Borong Telekung Solat (Yuran Kelas RM250 Kelas premium)
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telkung Solat Kanak-Kanak.
- Bonus 4 ebook rujukan

Kelas ini dikendalikan oleh salah seorang guru online akademi, yang merupakan pakar jualan borong bulan Ramadhan. Pendaftaran dibuka dan boleh mendaftar terus melalui saya.

Apa yang kalian bakal dapat? 
-  Ilmu membina blog & fanpage niaga blog yang menepati minat pembeli
-  Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
-  Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.








Tarikh akhir pendaftaran pada 30 April 2014.  Untuk pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi saya ya.

*************************************************************************

Pendaftaran masih dibuka untuk kelas-kelas yang lain. 

Sertai kami bergabung di dalam 600 blog!
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3)  Kelas asas beriklan mudah.my 
4)  Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif 
5)  Kelas penulisan ebook pertama
6)  Kelas Borong Telekung Solat
7)  Pendaftaran pengurus online
8)  Kelas urus akaun WAHM SOHO



Hubungi saya untuk sebarang pentanyaan dan pendaftaran kelas :
norazizahsudin@gmail.com





Wednesday, 9 April 2014

Belajar Urus Akaun Bisnes Offline

Teks : Norazizah Sudin

Ramai yang ada bisnes tetapi kurang mahir urus akaun, betul tidak?  Saya sendiri pun mengalami masalah ini juga.  Kadang-kadang duit bisnes bercampur dengan duit peribad. Pinjam dulu lah, nanti ganti kemudian.  Tidak ganti pun!  Hujung bulan, terkial-kial dan pening kepala cari duit untuk ganti.  Akaun pun tidak diuruskan dengan betul.  Buat ala kadar sahaja.  Padahal ini penting untuk lihat keluar masuk duit bisnes kita.  Betul kan?  


Kami akan mengadakan kelas urus akaun secara offline ini di Shah Alam.  Jemput baca iklannya di sini.





1)  Yuran RM220
2)  Tarikh : 10 Mei 2014 (Sabtu)
3)  Lokasi : Shah Alam
4)  Tempat : 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
5)  Masa : 9 pagi - 5 petang
6)  Makan tengahari dan air mineral disediakan.


Modul :
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer 
3. How to do record keeping
4. Basic costing and pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ rugi???? 
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Bonus 1 :
Ebook asas blog 
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Jejak Aliran Tunai

Bonus 2 :
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3 : 
Temuramah untuk ruangan bisnes majalah

Bonus 4 :
Jaminan pulangan wang

Menarik kan?  Rugi tidak sertai sebab kita akan belajar banyak perkara.  Untuk berjaya, mesti menuntut dari mentor yang betul.  Elmu mesti dicari.  


Jika berminat boleh hubungi saya :
 Email : norazizahsudin@gmail.com
✉ FB : https://www.facebook.com/norazizah.sudin
☎ SMS@Whatsapp : 0197461502


Jemput like fanpage sayawww.facebook.com/kelasblogonline.

Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya dalam bisnes anda.


Tuesday, 8 April 2014

Untuk Yang Minat Blogging

Teks : Norazizah Sudin

Jika anda seorang ibu yang suka menulis, blogging adalah mudah untuk memulakan membuat wang secara online.  Buat blog dan letakkan link affiliate, blog walking, buat ulasan produk dan lain-lain.

Tulis berdasarkan minat dan kepakaran anda.  Barulah idea mudah datang dan sentiasa mengalir mudah. Blogging itu sendiri tidak menghasilkan wang.  Anda perlu mencari pengiklan, penaja, tolong promosikan produk pihak ke 3 atau menjual produk anda sendiri. Secara mudahnya, anda perlu bina sebuah bisnes untuk membuatnya bekerja untuk anda.

Tetapkan tujuan anda berblogging.  Tetapkan juga target waktu untuk semua tujuan ini. Zaman sekarang semua ingin berbisnes internet.  Boleh promosi di blog, fanpage dan tapak iklan.  Dengan berblogging juga boleh dijadikan satu pendapatan pasif kita.  Jadi pelbagaikan cara promosi blog anda.  

Setiap orang ada keistimewaan sendiri.  Hanya perlu tunjukkan skil dan asah semula bakat yang sediada.  Kami di akademi ini memberi peluang kepada mereka yang mahu mulakan bisnes online untuk menghadiri kelas online asas membina blog penulisan dan blog bisnes. Ada protege saya yang langsung tidak tahu menggunakan facebook dan buat blog.  Tetapi dengan kesungguhan yang ada, beliau sudah pandai dan sudah ada blog bisnes sendiri.  

Apa yang penting kesungguhan untuk belajar, secepat mana kalian serap ilmu dan praktikkan. Cepat siap, cepatlah dapat tuai hasilnya. Malah kami juga ada menyediakan peluang menjana pendapatan pasif. Lebih menarik dan uniknya kelas ini, belajar dan terus aplikasikan. Tidak perlu tunggu selesai kelas baru boleh mula dan buat kedai blog sendiri. Juga tiada yuran berkali. Hanya bayar sekali yuran kelas. Belajarlah selama mana yang kalian mahukan.  Guru online kalian sedia berkhidmat bila-bila masa kalian perlukan.

Laburkan duit untuk ilmu dan gandakan pendapatan kita. Jika masih tidak mendapat hasil daripada duit yang dilaburkan, bukan kerana ilmu yang tidak bermanfaat tapi kerana tiada tindakan yang kita hasilkan.

Semoga bermanfaat.


Monday, 7 April 2014

Untuk Yang Mahu Mula Tetapi Tiada Modal

Teks : Norazizah Sudin

Entri saya ringkas sahaja hari ini.

Di samping dropship, untuk yang ingin memulakan bisnes tanpa modal boleh juga cuba berjinak-jinak dengan affiliate.  Mudah sahaja.  Pilih niche yang anda suka, buat fanpage dan mula promosi.  Perlu daftar dahulu ya. Banyak bisnes yang anda boleh jadi affiliate. Lebih mudah, boleh tengok di http://www.ashadee.com/

Ada diterangkan cara-caranya di situ.  Promosi dan dapat komisen.  Kalau tidak faham, nanti saya akan buat grup di FB untuk newbie.  Siapa yang berminat boleh sertai grup saya ini.  Boleh komen di bawah ya.

Lebih mudah, boleh juga mendaftar jadi Rakan Niaga / Pengurus Online bersama kami. Anda akan diajar untuk buat blog bisnes dan setelah siap blog, bolehlah mula promosi produk akademi.  Banyak produk seperti ebook, ruang periklanan dan pakej bisnes.

Berminat?  Cepat mendaftar bersama saya dan nanti saya bagi soalan analisa.  

Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com ya.

Sunday, 6 April 2014

Berani Berniaga

Teks : Norazizah Sudin

Saya telah menghadiri seminar DAO tahun lepas.  Sangat bagus dan banyak tips dikongsikan oleh beliau.

Untuk yang ingin berniaga, jangan ragu-ragu.  Mulakan sekarang.  Buat sambilan dahulu. Buat kecil-kecilan dahulu.  Luangkan masa hadiri seminar tentang bisnes.  Banyak di internet dan di akhbar pun banyak juga. Rajin-rajinkan diri baca dan dapatkan info.

Kami juga ada membuka pendaftaran setiap hari untuk yang berminat untuk belajar secara online.  Saya tahu ramai yang susah untuk hadiri kelas secara offline.  Jadi sebab itulah kami di ABDR wujukdan akademi ini khas untuk yang sibuk bekerja dan dalam masa yang sama ingin menjana pendapatan sambilan.  Banyak perkongsian, tips dapat dipelajari dalam akademi kami.

Jom kita baca ulasan pelajar dan banyak info di link http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Untuk yang telah bersedia dan ingin cari duit lebih, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com




Wednesday, 2 April 2014

Tips Capai Kebebasan Kewangan


Teks : Norazizah Sudin

Secara ringkas, saya ingin berkongsi tips mencapai kebebasan kewangan anda.

1)  Cuba luangkan waktu dengan berfikir idea-idea yang kreatif dan boleh menjana pendapatan untuk diri anda dan famili.  Sebagai contoh, jika anda minat menulis, tulis ebook tentang minat dan kepakaran anda.  ABDR ada membuat kelas online premium ebook.  Berminat?

2)  Tentukan hala tuju dan visi.  Sering tulis dan baca matlamat anda.  Jangan tulis sahaja, tetapi cuba realisasikan.  Mula dengan perlahan pun tidak mengapa, tetapi janganlah pula perlahan sangat.  Lebih elok ada pelan A dan pelan B.

3)  Tahu tujuan anda ceburi bisnes online.  Jangan tiru orang lain.  Jadi diri sendiri.  Mintak izin dengan CEO untuk bermula.  Orang yang punya bisnes sendiri, CEOnya adalah ALLAH.  Jadi minta dan minta dengan DIA.  Jangan lupa buat apa yang DIA suruh dan tinggal semua yang dilarang. Secara ringkasnya, DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal). Dengan izinNya, semua boleh jadi. 

4)  Bekerja pada satu idea pada satu waktu.  Banyak idea tetapi semua tidak jadi.  Untuk dapatkan idea berbisnes dari rumah, boleh dapatkan ebook 101 Idea Home Based Bisnes.

5)  Buat langkah panjang dan pendek tujuan anda ingin punya bisnes online atau offline.

6)  Berapa banyak 'investment' yang telah anda buat untuk bisnes anda?  Buat pengiraan dengan betul dan jika tidak tahu bagaimana untuk urus akaun dengan betul, kami ada kelas offline dan online urus akaun.

7)  Selalu lihat buku catatan anda (sediakan wishlist book atau buku impian).  Buka selalu dan tulis, tulis dan tulis impian anda.  Jika fokus dan konsisten, pasti berjaya, InsyaAllah.

8)  Buat bisnes internet memang menguntungkan jika tahu caranya.  Malah boleh jana pendapatan lebih RM10K sebulan jika tahu caranya.  Perlu banyak belajar.  Malah, saya sendiri pun masih belajar dan sertai seminar yang berkaitan.

9)  Rebut peluang yang datang.  Jika tiada modal, bermula dengan tanpa modal.  Modal rendah pun boleh juga.  Yang penting mahu belajar.  Banyak bisnes tanpa modal seperti dropship dan affiliate.  

10)  Buat sebelum kata tidak boleh. Belum cuba belum tahu.  Jangan putus asa jika tidak jadi.  Orang yang kaya raya, jutawan pun bukannya terus celik mata jadi senang. Mereka pun bermula daripada bawah. Lainlah jika mewarisi kekayaan atau dilahirkan dalam famili yang kaya raya!

Kesimpulannya, buat dan buat hingga berjaya.  Banyak idea boleh dibuat.  Cuba cari idea yang orang lain belum pernah buat.  Apa dia?  Kita sama-sama fikir dan jom kongsikan bersama saya.

Bagi suri rumah dan suri berkerjaya yang ingin memulakan bisnes dari rumah, boleh hubungi saya.  Saya boleh bagi tips dan berkongsi.  Yang penting anda ingin belajar dan ingin jana pendapatan dari rumah.  Dapatlah duit tambahan untuk diri sendiri.  

Ebook 101 Idea Home Based Bisnes ini bagus untuk dapatkan idea bisnes dari rumah.







Tuesday, 1 April 2014

Buat dan Promosi

Teks : Norazizah Sudin

Bismillah.  Assalamualaikum.  Selamat pagi dan selamat ceria untuk semua pembaca blog saya.

Hari ini saya ingin berkongsi kisah kejayaan seorang suri rumah yang hanya menjalankan bisnes dari rumah dan telah berjaya.  Alhamdulillah.  Yang penting dia ingin membantu famili dan mengubah dirinya untuk menjadi seorang wanita yang berjaya dalam bisnes. Untuk suri rumah yang ingin menjadi seperti wanita ini, keluar dari zon selesa anda, buat sesuatu yang anda minat.  Belajar ilmu baru jika tidak tahu.  Jika sudah ada minat, teruskan minat anda.  Jika tidak, belajar dan lama-lama minat itu akan timbul.  Lagi seronok apabila kita lihat hasilnya yang begitu memberangsangkan.  

Jom kita baca di sini .  

Lebih penting sentiasa mengemaskini blog dan Facebook kerana ia adalah promosi paling berkesan.  Jika tidak tahu, belajar bina blog dan fanpage.  Update selalu kerana dari situlah kita akan jumpa pelanggan. Fanpage sebagai membina pelanggan dan di blog kita akan berinteraksi selanjutnya dengan pelanggan dengan produk yang kita tawarkan.

Ayuh suri rumah, kita mulakan sekarang.  Jangan malu, jangan segan jika tidak tahu. Belajar dari basic.  Kelas secara online dan fleksibel.  

Hubungi saya untuk info selanjutnya.

Dapatkan dahulu ebook Pakej Bekerja Dari Rumah ini sebagai bacaan awal dan jika sudah bersedia, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk bermula.