Saturday, 31 May 2014

Positif Selalu

Tidak yakin dengan diri sendiri?  Ubah sikap ubah diri.  

Baca ini http://www.zikrizainal.com.my/2014/05/5-sebab-tidak-berkeyakinan.html

Semoga selepas ini, kita buang semua perasaan negatif.  Sentiasa bersikap positif ya.

Senyum-senyum selalu dan salam ceria dari saya.




Tips Urus Akaun Bisnes

Teks : Norazizah Sudin

Untung ada, tetapi mana pergi duitnya?  Tidak apa lah, ambil duit bisnes dahulu.  Hujung bulan ganti balik.  Pernah hadapi masalah ini?

Buat filing sistem, buat invois, catat setiap urusan perbelanjaan.  Mudah untuk kita semak semula apa yang telah kita beli dan kita dapat.  Jangan ambil mudah perkara ini.

Jom belajar cara urus akaun dengan betul.  




Jangan stress ya.  

Tempat terhad hanya untuk 50 orang sahaja.

Kelas ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 14 Jun 2014 (Sabtu)
Lokasi : Shah Alam
Tempat : 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa : 9 pagi -5.30 petang
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul :
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Hubungi saya untuk pendaftaran.


Tuesday, 27 May 2014

Bekerja dan Berniaga

Teks : Norazizah Sudin





Pengenalan 
Objektif 

Bab 1 : Tetapkan Matlamat

Bab 2 : Berbisnes Sebelum Memulakan Bisnes

Bab 3 : Mulakan Dengan Apa Yang Ada (Lean)

Bab 4 : Cakap Serupa Bikin

Bab 5 : Teras Bisnes

Bab 6 : Langkah Kecil Langkah Besar

Bab 7 : Bisnes Tanpa Modal

Bab 8 : Pilihan Produk

Bab 9 : Pengurusan Masa

Bab 10 : Bersama-sama Untuk Bersama

Bab 11 : Penjenamaan Diri

Bab 12 : Hartanah Maya vs Media Sosial

Bab 13 : Simbol Palsu Kejayaan

Bab 14 : Tahu Apa Yang Dimahu

Bab 15 : Orang Berjaya Mencari Peluang, Orang Gagal Mencari Alasan

Bab 16 : Bisnes Itu Satu Permainan

Bab 17 : Prioriti & Nilai Kehidupan

Bab 18 : Perkongsian Dari Usahawan Yang Bekerja & Berniaga

Penutup



Dari penulis ebook ini :

Lahirnya ebook ini adalah atas rasa tanggungjawab saya untuk memanjangkan ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di utara tanahair dalam masa yang sama saya mengusahakan perniagaan kecil secara online dan offline (butik). Saya ambil ini sebagai tanggungjawab sosial saya untuk beri kesedaran kepada suri tentang pentingnya menyediakan payung sebelum hujan.

Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk kaya jika itu yang anda harapkan.

Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah. Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya. Tiada yang mustahil.

Hubungi saya untuk menempah ebook ini dan untuk pendaftaran kelas ebook.  


Saturday, 24 May 2014

Tips Berjaya

Teks : Norazizah Sudin

Tips dari DAO tips untuk berjaya

Jangan mudah jatuh semangat atau putus asa kalau bisnes online atau offline kita tidak berjaya.  Cuba lagi. Mesti boleh!

Selamat berjuang dan semoga saya dan kalian akan berjaya.

Tidak semua yang dihajati akan berjaya, tanpa usaha dan pengorbanan.  Saya pasti ramai suri di luar sana yang inginkan duit tambahan untuk membantu keluarga.  Semuanya melibatkan kos, samada besar atau kecil.

Kami di ABDR sedia membantu untuk yang benar-benar berminat dan ingin keluar dari zon selesa.  Kami boleh membantu untuk mendapatkan pendapatan permulaan bermula dari RM50 dan InsyaAllah boleh digandakan kepada RM100 sehari jika kalian fokus dan bersungguh-sungguh untuk berubah.  

Sempena bulan Ramadhan yang bakal datang ini, kami membuka peluang untuk yang berminat untuk berbisnes secara dropship.  Bisnes tanpa modal.  

Ini adalah projek khas buat duit raya.  

Kelasnya adalah :
1)  Kelas borong telekung solat
2)  Projek duit raya seperti produk makanan khas bulan Ramadhan, hari raya, buffer dan rumah terbuka.  Antaranya adalah seperti serunding, kurma, pes nasi arab dan lain-lain.  

Kami akan ajar buat blog dan fanpage.  Dapat bonus 2 ebook, iaitu Belajar Asas Blog dan satu  ebook pilihan.

Yuran untuk kelas ini adalah RM150.

Untuk yang telah bersedia untuk bermula, boleh hubungi saya ya.

Email : norazizahsudin@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/norazizah.sudin






Friday, 23 May 2014

Buat Sebab Minat, Jangan Terikut-Ikut

Teks : Norazizah Sudin

Salam Jumaat.  Hujan di luar turun dengan lebatnya.  Alhamdulillah.  

Tips saya hari ini adalah buat sesuatu sebab minat dan jangan terikut-ikut.  Faham ke tidak faham?  Mudah sahaja konsepnya.  Buat sesuatu sebab minat dan memang menjadi keterujaan untuk membuatnya.  Kadang-kadang ada yang membuat sesuatu disebabkan terpaksa dengan alasan untuk membantu keluarga menambah pendapatan.  Banyak sebab seperti kos hidup semakin meningkat, perlu bayar bil yang semakin meningkat setiap tahun, perbelanjaan harian juga semakin tinggi, perbelanjaan persekolahan anak juga semakin mahal dan lain-lain lagi.  Ada seorang rakan saya dia langsung tidak minat menjahit dan bekerja sepenuh masa di sebuah kilang.  Disebabkan cabaran hidup dan ingin menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat, dia paksa diri belajar menjahit, terpaksa pegang mesin jahit, terpaksa pegang jarum dan lain-lain. Alhamdulillah, sekarang ini dia telah mempunyai kedai jahit sendiri dan terpaksa mencari pembantu untuk membantunya mengambil tempahan menjahit terutamanya, menjelang musim perayaan seperti hari raya.

Itulah hakikat kehidupan.  Kadang-kadang kita terpaksa membuat sesuatu disebabkan terpaksa.  Lama-lama menjadi mudah dan kita suka dengan apa yang kita buat.  Oleh itu, jika kalian tiada kemahiran atau kepakaran tentang sesuatu, mula lah belajar apa yang kalian minat.  Kalau tidak minat, cuba cari minat.  Jika tidak, paksa diri atau cabar diri untuk belajar minat sesuatu.  Fokus utama untuk tambah pendapatan.  

Jom kita baca 5 sikap positif untuk berjaya strategi Dr. Azizan Osman :




Sekarang ini banyak di luar sana terdapat kursus masakan untuk yang berminat.  Pasti ramai suri rumah yang minat memasak.  Boleh belajar dan praktikkan.  Luangkan masa untuk menambah ilmu.  Usaha tangga kejayaan.

Jika tiada masa untuk belajar tetapi minat, boleh ambil borong contoh kuih raya atau apa sahaja seperti kek, kerepek dan sebagainya dan jual.  Komisen kalian dapat.  Jika tiada produk, boleh tolong jualkan produk orang lain.  Jangan bagi alasan tiada produk tidak boleh menjual.  Begitu juga produk lain.  

Apabila sudah mula, fokus dan komit.  InsyaAllah, pasti berjaya.  Jangan buat sambil lewa. Bagi suri bekerjaya pula dan ingin menambah pendapatan pula, boleh buat secara sambilan. Seperti saya, baru-baru ini juga telah belajar membuat Maruku Meletop dan Alhamdulillah, setiap hari dan setiap minggu ada tempahan dari rakan-rakan dan jiran-jiran.  Tempahan untuk Hari Raya telah sedia menanti.  Syukur Alhamdulillah dan terima kasih.  Saya juga menjual kuih raya yang diambil dari cikgu kelas memasak saya dan jual.  Banyak yang kita boleh buat, cuma antara rajin dan malas sahaja.  

Selingan, hendak promo Maruku Meletop saya sekejap ya.  



Ahmad Wafi, duta Maruku Meletop saya.....hehehe



Tempahan pelanggan.

Bagi yang berminat, boleh sertai kami di ABDR, untuk membuat projek khas duit raya. Sudah boleh mula sekarang.  Kami membuka kelas untuk :

1)  Kelas borong telekung solat dan
2)  Projek duit raya dengan menjual barangan makanan sepanjang musim seperti pes Nasi Arab dan makanan sunnah

Hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com






Tuesday, 20 May 2014

Kesalahan Yang Patut Dielakkan Apabila Mula Berbisnes

Teks : Norazizah Sudin

Setiap yang memulakan bisnes inginkan kejayaan yang besar menanti.  Ada yang bermula dengan modal yang besar dan kecil.  Cuma cara sahaja berbeza.  

Hari ini saya ingin berkongsi tentang kesalahan yang patut dielakkan ketika mula bisnes. Orang ingin bisnes, kita pun ingin bisnes tetapi tiada ilmu yang mencukupi.  Ilmu perlu dipelajari seperti ilmu akaun, ilmu komunikasi dengan pelanggan dan lain-lain.  

Jom kita lihat :
1)  Tidak dimulai dengan modal yang cukup.  Adakah menjadi kesalahan jika tiada modal? Tidak.  Boleh mula tanpa modal dan modal serendah RM50 pun boleh mula.  Pelbagai jenis bisnes ada seperti dropship dan affiliate.  Ini percuma.  Kalau berbayar pun, serendah RM10 ada.

2)  Berfikir bahawa kejayaan akan datang dengan cepat.  Buat dahulu baru fikir kejayaan. Boleh dijadikan inspirasi tentang kejayaan dengan melihat kejayaan orang lain yang telah berjaya.  Jadikan cabaran untuk berjaya.

3)  Tidak fokus kepada kualiti produk.  Jadi kita perlu mahir tentang produk dan kebaikan produk tersebut.  Jangan hanya semata fikir tentang keuntungan sahaja.

4)  Meremehkan tentang penjualan dan pemasaran.  Jangan ambil remeh tentang ini. Pemasaran penting untuk melariskan sesuatu produk.  Belajar ilmu pemasaran daripada pakar pemasaran.  Banyak bentuk pemasaran boleh kita pelajari seperti buat flyers, banting, pemasaran percuma di blog dan facebook.  

5)  Fahami konsep kompetitif.  Setiap bisnes ada pesaing.  Hadapi pesaing secara profesional.  

6)  Belajar cara meletak harga.  Jangan letak harga sembarangan tanpa melihat kos. Belajar urus akaun dengan sistematik.  Walaupun ada sesetengah barang diberi percuma seperti tisu, ianya tetap dikira sebagai kos.  

Kami juga ada membuka bengkel urus akaun bisnes secara offline dan online.  

- Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat

- Belajar buat bajet kewangan
- Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
- Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
- Perlu tahu mana untung mana rugi
- Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
- Perlu tahu asas keluar masuk wang
- Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Dah fikir banyak kali tapi tak tahu juga?.
Anda sahkan diri anda perlukan bantuan urus akaun?

Ada yang suka kelas online.  Ada yang suka jenis bengkel dan beraktiviti.  Ada juga yang tidak sempat kedua-dua di atas.




Kami buka untuk anda, Personal Coaching Urus Akaun Bisnes.  Berkumpulan 4 - 6 orang maksima sahaja.

Jika anda suka hendak coaching bersama grup rakan niaga anda, ini peluang terbaik.

Topik yang akan dibincangkan :
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Masa : 9.30 pagi - 2.00 tengah hari (Hari bekerja atau hujung minggu)
Sijil dan refreshment disediakan.  
Lokasi : Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE).




Jika anda mahu dan berminat untuk hadir Personal Coaching ini, boleh lah hubungi saya, Norazizah Sudin untuk maklumat lanjut dan juga penyusunan tarikh untuk anda.











Monday, 19 May 2014

Dalam Dilemma

Teks :  Norazizah Sudin

Email dari rakan lama saya.

  • Tuh lah kak. Kontrak abis bulan 7 nih. Ingat nk cari kije lain. Akk ade lubang kije x..huhu
  • tak payah lubang keja...jadi WAHM je..hehehhe

    bila free?
  • Kalo x jumpe kije, plan nk benti. Tp duk umah x de income lak.huhu
  • boleh jumpa n cakap pasal biz
  • Wahm tuh mende kak
  • Haha. Bisnes camne kak

  • Bisnes online eh kak..jual produk ke
  • join Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)

    jadi pengurus online dan promosi produk akademi dan jika ada produk sendiri boleh promosi jugak
    buat dropship...banyak kat internet. kak zah akan ajar tu semua
    utk lebih faham boleh tengok blog kak zah http://norazizahsudin.blogspot.com/
    baca dan fahamkan ya
    tak faham tanya
  • semuanya di hujung jari sahaja tanpa meninggalkan anak

    buat blog bisnes n fanpage then selitkan produk sendiri....InsyaAllah fokus, komited n kesungguhan pasti berjaya

    pendapatan bergantung kepada usaha
  • Waa mcm seronok kak..nanti zura baca eh blog akk tuh eh

    Memang kena duduk cerita nih..

Dilemma seorang suri berkerjaya yang ingin bekerja dari rumah dan jana pendapatan dari rumah, di samping ingin sentiasa bersama anak-anak.

Boleh jadi rakan niaga akademi.

PM saya untuk info lanjut ya untuk suri-suri yang mempunyai masalah seperti ini.



Friday, 16 May 2014

Tips Mudah Online

Teks : Norazizah Sudin

Ramai yang bertanya, mudah ke berbisnes online?  Pada saya, jika kata susah, maka susahlah.  Tetapi jika berkata senang, maka mudah lah.  Jadi setiap yang kita buat jangan teragak-agak atau takut untuk bermula.

Untuk bisnes online, ada produk, ada fanpage dan ada blog.  Itu sahaja.  Promosi dan promosi.  Untuk menyakinkan pengguna membeli, mesti ada sesuatu yang istimewa tentang produk atau yang ditawarkan. Cari produk killer.  Fahami dan belajar.  Fokus kepada produk dan promosi.  Belajar guna teknik pemasaran yang disarankan oleh IM dan otai-otai seperti FB Ads, copywriting dan lain-lain.

Bagi suri rumah yang tiada masa untuk berbisnes offline, tidak mahu meninggalkan anak bersama pengasuh, boleh sertai kami sebagai Pengurus Online.  Produk kami sediakan, cuma perlu komited, fokus dan bersungguh-sungguh untuk berjaya.  Kalian buat kalian dapat.  Tiada paksaan untuk berjaya.  Semuanya atas kemahuan sendiri.  

Ramai yang berminat untuk jadi rakan niaga/pengurus online akademi bekerja di rumah dengan mempromosi dan menjual produk digital (pakej ebook) dan servis kelas online blog. Tidak perlu keluar rumah, semuanya hanya di atas talian. 


Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi rakan niaga akademi bekerja di rumah. Semoga ia dapat membantu menambah duit kocek atau menjadi pendapatan utama bagi mereka yang rajin mengusahakannya. 


Rakan niaga akademi adalah satu bisnes online yang paling mudah untuk dijalankan. Kenapa? Jom kita lihat sedikit apa kelebihannya.


Jika ada yang mahu memulakan bisnes dengan bermodal yang sangat rendah dan tanpa ada ulangan modal setiap bulan, saya amat mengalu-alukan kalian terutama suri rumah dan suri bekerjaya menyertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sebagai rakan niaga (pengurus online) akademi.

Apa yang menariknya, sebagai rakan niaga, kalian akan diberikan bimbingan dan latihan menggunakan blog dan facebook sebagai medan utama pasaran. Mempromosi produk-produk akademi di blog melalui latihan penulisan di blog masing-masing. Blog yang dihasilkan juga bukanlah spesifik untuk mempromosi produk akademi sahaja. Rakan niaga akan dianalisa terlebih dahulu sebelum memulakan blog. Blog yang dihasilkan juga adalah melalui kemahiran, minat dan kepakaran masing-masing berdasarkan analisa jawapan yang diberikan.

Produk akademi pula ialah pakej ebook, kelas online dan sewaan tapak iklan (soho directory). Kesemua produk ini atas talian sahaja, tanpa perlu kita menguruskan, mengambil stok dan menghantar barangan melalui pos laju. Produk juga merupakan permintaan sepanjang tahun yang sangat-sangat diperlukan oleh semua orang.

Rakan niaga akademi akan dilatih melalui kelas asas blog bisnes. Kalian juga akan dimasukkan dalam kumpulan belajar khas, yang mana bimbingan dan latihan akan diberikan setiap masa.  Juga bahan promosi yang akan diberikan.  Yang tinggal, kalian hanya perlu buat sahaja. Dengan istilah mudah tiru dan ikut sahaja apa yang telah diajar.  Konsisten, fokus dan sungguh-sungguh.




Lagi kelebihan rakan niaga, yang lebih penting dan saya kira ini faktor utama bagi mereka yang memilih bisnes yang ingin dilakukan ialah, modal yang perlu dikeluarkan untuk menjadi rakan niaga hanyalah yuran sekali bayar sahaja.  Yuran kelas sebagai rakan niaga akademi, dan secara automatik kalian terus akan menjadi alumni akademi bekerja di rumah.  Sebagai rakan niaga, kalian layak untuk menjana pendapatan dengan mempromosi ketiga-tiga produk utama ABDR.  Komisen akan diberikan kepada yang berjaya membuat jualan.

Rakan niaga akademi ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu memulakan bisnes dengan modal yang sangat minima tanpa pengulangan modal setiap bulan.  Juga tanpa perlu bersusah payah meninggalkan anak-anak di rumah untuk menguruskan bisnes ini.  Yang penting hanya perlu ada komputer / laptop / telefon canggih dan talian internet.  Kalian juga tidak perlu fikirkan produk apa yang sesuai untuk dijual lagi, kerana ABDR telah pun menyediakan produk yang sememangnya khusus permintaan sepanjang tahun.

Pertanyaan dan pendaftaran hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com

Thursday, 15 May 2014

Sudah Bersedia?

Teks :  Norazizah Sudin

Dapatkan ebook ini sebelum bermula jika kalian tidak pasti.  Banyak tips dan panduan yang boleh dijadikan panduan.  Khatamkan ebook ini dahulu.  Jika ada persoalan boleh PM saya untuk kita kongsikan masalah kalian.




Bab 1 : Apa itu wahm, sahm, soho

Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah :
"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."

Bab 2 : Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.
"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan.  Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan.  Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes.  Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."

Bab 3 : Kisah Inspirasi Wahm, Soho 
Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)

Bab 4 : Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5 : Tips sukses urus masa
Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
Bab 7 : Tips urus rumah tangga
Bab 8 : Tips motivasi surirumah terhebat

Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri.  Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga dan stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian.  Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga dan perniagaan di rumah.

Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis.  InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.

Berikut adalah lima persediaan asas sebelum menghantar notis berhenti kerja, atau sudah tekad mahu mempunyai pejabat di rumah.

1. Rancang dan penyelarasan kewangan
2. Kenalpasti atau analisa 5w 1 h
3. Kenalpasti kerja atau bisnes
4. Mula secara sambilan sebelum sepenuh masa
5. Buat persediaan 1 hingga 3 tahun sebelum hantar notis perletakan jawatan

Baca email ini untuk jika kalian masih ragu-ragu.

Email pilihan : Bagaimana saya boleh ikut serta cikpuan dan kumpulan bekerja dari rumah?

Jawapan : Untuk mendapat pendapatan yang tetap melalui hanya bekerja dari rumah bukanlah suatu perkara yang mudah juga, tetapi jika kita tahu caranya Insya Allah senang sahaja. 

Apa yang puan boleh lakukan sekarang adalah dengan mendaftar kelas belajar blog dan fanpage.  Yuran bermula dari RM150 - RM300.  Saya cadangkan agar puan mengambil pakej RM200 di mana secara automatik puan dapat menjadi Rakan Niaga kami dan boleh mempromosikan produk Akademi Bekerja Di Rumah.  Caranya cukup senang sahaja, bina sebuah blog dan  fanpage dan setiap hari boleh promosikan produk kami iaitu pakej kelas online, ebook dan juga ruangan pengiklanan.  Tidak perlu keluar rumah pun cuma hanya perlu luangkan sedikit masa untuk berada di hadapan komputer melakukan kerja-kerja pemasaran secara dalam talian.  InsyaAllah kita sama-sama usahakan untuk mendapat pendapatan sebanyak RM100 sehari.  Sudah ada di kalangan ahli alumni ABDR yang berjaya melakukannya juga. 

Semoga jawapan di atas sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang sedang buntu memikirkan jenis bisnes atau cara bagaimana untuk mula bekerja dan menjana pendapatan dari rumah. 


Semoga bermanfaat.





Wednesday, 14 May 2014

Bengkel Offline Akaun Bisnes

Teks : Norazizah Sudin

Sabtu lepas, 10hb Mei, saya telah meluangkan masa ke Shah Alam untuk menambah ilmu tentang akaun.  Semasa di sekolah menengah dahulu ada belajar Prinsip Akaun, tetapi sudah lupa kerana lama tidak mempraktikkannya.  Pening juga sebab banyak yang tidak faham dan tidak buat.  Resit simpan tetapi tidak rekod.  Hujung bulan bila kemas beg tangan, macam-macam resit dan kertas ada.  Buku 555 memang tulis tetapi tidak lengkap.  

Alhamdulillah, banyak ilmu yang sudah dikutip sepanjang kelas akaun offline ini.  Cikgu offline ini memang seorang akauntan yang bertauliah dan banyak berkongsi tentang akaun. Jangan campur duit bisnes dengan duit sendiri.  Tolong catat dalam buku.  Hujung bulan akaun tunggang langgang sebab barangan habis dijual tetapi untung entah ke mana.

Walaupun nanti akaun kita akan diuruskan oleh akauntan bertauliah, tetapi kita sebagai empunya bisnes, perlu tahu tentang kira-kira dan sifir.  Sifir apa ya?  Jom kita pergi belajar.  Baru tahu.  Setiap benda yang dikeluarkan untuk bisnes perlu diambil kira.  



Masalah rutin usahawan bisnes kecil :

-  Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-  Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-  Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-  Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-  Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-  Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan
-  Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-  Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-  Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh  :  14 Jun 2014 (Sabtu)
Lokasi  :  Shah Alam
Masa  :  9 pagi -5 petang
Yuran  : RM220

Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul :
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Untuk pendaftaran, hHubungi saya :
SMS/whatsapp  :  019-7461502


Friday, 9 May 2014

Baca Ini, Untuk Yang Berbisnes Dari Rumah

Teks : Norazizah Sudin

Assalamualaikum dan selamat pagi.  Salam Jumaat.

Bisnes di rumah juga banyak cabarannya.  Bukan sekadar sedap mendengar sahaja.  Banyak masalah jika tidak pandai mengurus masa, tidak keruan yang mana hendak dibuat dahulu, tidak tenang jika anak-anak mengacau dan pelbagai masalah lain.  

ABDR ada menerbitkan ebook Super WAHM Super MOM yang amat bagus untuk dibaca oleh semua para ibu yang bekerja dari rumah mahupun yang ingin memulakan kerja dari rumah.




Jom kita baca petikan dari ebook ini. 

Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM.

Kenapa saya dan rakan-rakan WAHM yang lain cukup positif serta suka untuk mengajak kaum ibu yang bekerjaya, mempertimbangkan pilihan bekerja dari rumah? Saya petik salah satu perenggan kesukaan saya.

"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat"
Masayu Ahmad 24.2.2013

Urus stres dengan super gembira
1)  Rai diri sendiri dengan mengatakan pilihan ini adalah terbaik untuk diri kita. Ada banyak 
pro dan kontra mempunyai pembantu rumah antaranya kos sara hidup meningkat, tiada 
privasi dalam rumah, juga kebergantungan kita kepada orang lain.

2)  Jadikan urus rumahtangga sebagai tanggungjawab bersama, agihan semula kerjasama
dalam bentuk agihan tugasan untuk suami, isteri dan anak-anak.

3)  Mula semula sesuaikan diri untuk tidak bergantung kepada orang lain, fokus urusan
rumahtangga adalah mudah bukannya remeh temeh dan malas untuk selesaikan rutin sama 
setiap hari.

4)  Jika jemu selang selikan aktiviti. Sentiasa susun jadual atau urusan rumahtangga mengikut 
kesukaan. Jika mahu tetapkan rutin yang sama terpulang kepada suri. Contohnya saya tidak 
meletakkan rutin menjemur kain pada awal pagi. Kadang-kadang jam tujuh pagi dan kadang-kadang 
pula jam 10 pagi.

5)  Bagi suri yang bekerja dari rumah, rancang aktiviti kerja atau bisnes dan sesuaikan pula 
dengan keperluan rumah tangga. Contohnya seperti saya awal pagi adalah untuk menulis dan 
jam 10 hingga 4 untuk bisnes. Jam 4 dan ke atas untuk rumah tangga dan anak-anak. 
Sesuaikan aktiviti kerana bekerja atau bisnes dari rumah adalah fleksibel.

Banyak lagi tips menarik dalam ebook ini.  Boleh dapatkan dari saya ya.

Dalam Harian Metro, hari ini (9 Mei) ada juga membincangkan tentang kesilapan bisnes di rumah oleh Irfan Khairi.  Boleh baca di sini.

Semua yang kita usahakan, baik bisnes online atau bisnes offline, ada baik dan buruknya. Semuanya di tangan kita.  Kita yang menentukan hala tuju sesuatu bisnes kita.  

Untuk memulakan blog atau mendapatkan ebook di atas, boleh hubungi saya.