Saturday, 21 June 2014

Tips Fokus

Teks : Norazizah Sudin

Ketemu kembali.  Lama saya tidak menulis di blog.  Agak sibuk sejak kebelakangan ini. Yang pasti, blog mesti diupdate selalu.  Jangan lupa untuk update dan menulis.  Jika lama tinggal, takut nanti terus hilang, lama-lama blog pun bersawang!  Hehehe

Ok, saya hendak berkongsi magik fokus hari ini.  Setiap kerja yang dibuat mesti fokus dan komited.  Barulah nampak hasilnya.  Jangan buat sekerat jalan.  Jangan hangat-hangat tahi ayam.  Buat hingga habis.  Sebab itulah perlu fokus dan komited.  Setiap hari adalah impian.  Tulis impian di kertas dan tengok hari-hari.  Mesti ada 'push factor' untuk berjaya.  






Tidak salah berimpian besar.  Minta yang besar-besar dari ALLAH sebab DIA boleh beri. Jangan takut untuk meminta.  Minta dengan bersungguh-sungguh.




Semoga bermanfaat.  

Bagi yang berminat untuk menulis dan memulakan bisnes, boleh hubungi saya untuk bermula.  Saya mencari yang mahu belajar dan betul-betul komited sahaja.  

Salam sayang dan salam perkenalan untuk yang baru mengenali saya.









Thursday, 5 June 2014

Seronoknya

Teks : Norazizah Sudin

Hujan di luar dan gelap di dalam.  Sejak tengah hari tadi hujan di kawasan Pasir Gudang.  Alhamdulillah, walaupun hujan, saya tetap redah berjumpa rakan untuk perkongsian bisnes dan terus menuju ke pos laju menghantar barang kepada adik di kampung.  Syukur kerja habis untuk hari ini.  Esok tugasan lain pula menanti.  'Things to do list' sudah penuh dengan tugasan...hehehhe

Hujan-hujan ini seronok tidur kan?  Tetapi bukan untuk saya sebab saya tidak biasa tidur siang semenjak dari zaman persekolahan lagi.  Arwah mak saya memang marah kalau saya tidur siang.  Katanya, nanti muka sembab.  Mengikut sunnah Nabi, tidur sebentar selepas makan untuk 10 minit bagus.  Tetapi jangan tidur hingga ke petang.  Itulah yang menyebabkan arwah Mak marah!  Ye lah kan, kat luar hujan dan dalam rumah gelap, jadi bila tidur boleh terlajak!!!

Ok lah, esok sambung lagi ya.  Hendak update blog yang lain pula.

Salam mesra dan salam ceria