Sunday, 20 July 2014

Kenapa Perlu Ada Blog

Teks : Norazizah Sudin

Penting ke blog?  Facebook kan ada.  Update sahaja lah di facebook.  Ingat, tidak semua ada facebook dan ada yang langsung tidak berminat dengan facebook sebab sekarang ini pelbagai format baru telah dikenalkan dan hendak iklan pun semakin mahal.

Jadi solusinya, perlu ada blog.  Facebook ada dan blog pun ada.  

Jom kita baca kenapa perlu ada blog.  Jika kalian benar-benar serius hendak berbisnes, WAJIB ada blog.  Buat blog dan rajin update blog.  Blog sangat-sangat membantu.

Baca sini kenapa

Bagi yang berminat untuk belajar kelas asas blog bisnes, boleh hubungi saya untuk info lanjut.  Kelas secara online dan pendaftaran setiap hari.






Monday, 7 July 2014

Bekerja Berniaga

Teks : Norazizah Sudin

Alhamdulillah.  Kita ketemu lagi.  

Bekerja dan berniaga?  Ebook terbaru dari rakan kami di ABDR.  Banyak tips yang beliau kongsikan dalam ebook ini.  

Tetapkan Matlamat.  
Panduan penting : 
1)  Kenal pasti matlamat akhir kerjaya anda seawal mungkin. 
2)  Tetapkan sasaran bebas atau boleh urus komitmen kewangan. 

MARI kita bermula dengan perkara asas dahulu. Kepada pembaca khasnya golongan wanita yang masih di awal fasa pekerjaan dan perkahwinan terutamanya, tetapkan matlamat pada umur berapa anda mahu tinggalkan pekerjaan makan gaji atau pada umur berapa anda mahu bebas bebanan kewangan. Bebas di sini dalam erti kata zero atau boleh urus. Dari situ mulakan perancangan secara mengundur ke belakang (reverse planning). Cara begini memudahkan anda melihat dan membuat perancangan kewangan. Tidak salah untuk anda beri peluang kepada diri anda untuk mengkayakan diri sendiri setelah sekian lama berusaha gigih mengkayakan orang lain (majikan).




Pengenalan 
Objektif :
Bab 1: Tetapkan Matlamat 
Bab 2: Berbisnes Sebelum Memulakan Bisnes 
Bab 3: Mulakan Dengan Apa Yang Ada (Lean) 
Bab 4: Cakap Serupa Bikin 
Bab 5: Teras Bisnes 
Bab 6: Langkah Kecil Langkah Besar 
Bab 7: Bisnes Tanpa Modal 
Bab 8: Pilihan Produk 
Bab 9: Pengurusan Masa 
Bab 10: Bersama-sama Untuk Bersama 
Bab 11: Penjenamaan Diri 
Bab 12: Hartanah Maya vs Media Sosial 
Bab 13: Simbol Palsu Kejayaan
Bab 14: Matlamat Yang Jelas 
Bab 15: Pakcik Penjual Nasi Lemak dan Kuih 
Bab 16: Prioriti & Nilai Kehidupan 
Bab 17: Perkongsian Dari Usahawan Yang Bekerja & Berniaga 

Dapatkan ebook yang berharga RM40 ini dari saya.  Untuk yang ingin berniaga tetapi masih bekerja, ebook ini memang ditujukan khas untuk kalian.  Bagi yang sudah berniaga dan bekerja pun amat digalakkan memiliki ebook ini.  




Thursday, 3 July 2014

Ulasan Ebook Belajar Asas Blog - Fiza Aziz

Teks : Norazizah Sudin

Assalamualaikum semua.  Maaf sebab lama tidak update blog.  

Ok, hari ini saya hendak berkongsi ulasan tentang ebook asas blog, hanya terdapat di ABDR sahaja.  Tidak dapat di luar ya.  Hasil tulisan pengasas kami ini.  Menarik tidak?  Jadi, untuk lebih mahir tentang penulisan di blog, boleh dapatkan daripada saya ok.




Jom kita baca ulasan pelajar ini ya.



Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Suka-duka kehidupan adalah lumrah dalam hidup setiap insan. Tidak dinafikan kita semua mempunyai masalah yang rasanya amat berat untuk kita menanggungnya. Kita juga punya impian untuk menggapai bahagia. Namun semua itu harus kita lalui jua. Tak semua insan bahagia senantiasa, tidak semua juga insan derita berpanjangan. Malah semua itu bisa memberi kita kekuatan dan juga menjadi pengalaman berharga suatu hari kelak. Roda kehidupan sentiasa berputar dalam meniti hari hari yang masih tinggal buat kita sebelum dijemput Sang Pencipta.


Begitulah saya meneruskan kehidupan. Terus-terusan mencari jalan untuk 'transform' diri menjadi lebih kuat. Langkah pertama telah saya mulakan. Setelah melanggan eBook Jana Wang Di Rumah tulisan Pn. Masayu Ahmad, saya baca dan kaji kandungannya. Ternyata ianya memberi kesan yang mendalam kepada saya. Seakan-akan pencarian saya bakal bertemu jawapan yang saya cari selama ini. Saya semakin bersemangat apabila mendapat tahu, bukan saya sahaja yang mengalami masalah terutama tentang dilema antara kerjaya dan keluarga. Sudah ramai suri yang berkerjaya mempunyai perasaan yang sama. Saya amat berterima kasih Pn. Masayu Ahmad. Kerana melalui ilham yang dikurniakan Allah kepada beliau, beliau telah memberi inspirasi kepada saya dan ramai lagi suri diluar sana melalui tulisannya. 

Melalui eBook Jana Wang Di Rumah, saya meneruskan pencarian dengan melayari blog beliau di http://naufalsayang.blogspot.com/. Dari blog beliau saya terjumpa satu lagi eBook tulisan beliau iaitu Belajar Asas Blog. Hati sudah berbunga-bunga kerana saya sudah temui sesuatu yang saya cari selama ini. Sebenarnya sudah lama saya teringin untuk mempunyai blog sendiri. Tapi tidak tahu cara. Pernah bertanya dengan En. Google, tapi setakat tajuk saja yang saya sempat buat. Ini semua gara-gara tiada motivasi dan kononnya nak jadi misteri macam penulis novel kegemaran saya Hlovate. Berangan tak sudah,he he. Jadi, tanpa membuang masa saya terus membeli eBook Belajar Asas Blog tersebut. Apabila dapat sahaja email saya terus muat turun dan mula membaca. Daripada situ baru saya dapat tahu tentang kepentingan membina jenama sendiri terutama apabila kita ingin membina blog bisnes. Agak malang bagi orang yang kurang mahir tentang IT macam saya ni.
 
Walaupun sudah diterangkan secara terperinci dalam eBook berkenaan tentang cara-cara membina blog yang berpengaruh namun saya rasa saya memerlukan lebih dari itu. Saya memerlukan seorang guru. Lalu, saya meneruskan lagi pengembaraan mencari ilmu dengan membaca kembali blog Pn.Masayu Ahmad. Dan saya terpandang satu logo yang menarik perhatian saya. 

Apakah logo itu? Adakah pencarian saya akan berakhir dengan penemuan logo berkenaan?
Saya akan sambung pada entri akan datang.
*setiap entri yang bersambung saya akan tandakan dengan simbol (#) diikuti dengan nombor, contoh #1,#2 dan seterusnya*
*dah macam siri cerita detektif Conan je :-) *

Sekian, terima kasih daripada saya untuk membaca ulasan ini.  Sekarang selingan saya pula.

Untuk yang berminat untuk mendaftar kelas asas blog dan penulisan, boleh hubungi saya. Kita sembang-sembang dahulu dan jawab soalan analisa ya.

Soalannya mudah sahaja.  Tidak perlu tulis.  Hanya jawab di PM sahaja.  Mudah bukan? Boleh jawab melalui smartphone atau laptop.  

Ok lah.  PM saya dan jawab soalan analisa.  Baru kita boleh sembang-sembang lanjut pasal kelas blog ini.

Untuk lebih lanjut hendak tahu, boleh tengok di blog ini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/