Wednesday, 29 October 2014

Ulasan Ebook Belajar Asas Blog - Panduan Urus Penulisan Blog Dengan Baik

Inspirasi Ebook 'Asas Belajar Blog'





TEKS: BIBI NORMI

Saya pernah ada blog. Itu pun dulu-dulu. Zaman belajar dan zaman mula-mula bekerja. Pada saya blogging ini satu fenomena yang menjadi ikutan dari tahun ke tahun. Walau pun blogger memang semakin ramai tetapi saya lihat individu yang ada blog sendiri boleh dikatakan agak ‘rare’ dan ‘special’ apabila berada di laman maya. Pernah dengar nama-nama seperti Broframestone, Denaihati, Joegrimjow, Ariffshah, The Other Khairul dan Cik Epal? Hmmmm...inilah beberapa blog yang selalu juga saya singgah satu ketika dahulu.

Berbalik pada blog kepunyaan saya, semuanya tidak menggunakan nama sebenar. Sebaliknya saya selesa mengekspresikan diri menggunakan nama lain. Tapi kali ini di dalam kelas maya di bawah Asas Blog bimbingan Puan Anys Idayu Zakaria kami mesti mempromosikan nama sebenar sebagai alamat blog. Maka Alhamdulillah terciptalah blog yang kini boleh dilayari jika anda menaip bibinormimdnoor.blogspot.com di ruangan alamat URL. Blog saya kali ini bertemakan wanita, cinta dan inspirasi. Tiga serangkai yang begitu dalam maksudnya. Saya sengaja gabungkan tiga perkataan ini kerana saya yakin kesemuanya saling berkait dalam hidup. Hampir empat bulan lamanya, saya mencuba untuk memberi perhatian pada blog ini demi berkongsi apa yang dirasakan dapat menjurus kepada ‘memberi’ dan menginspirasi’ pembaca.

Dan pada petang ini, secara langsung saya cuba menaip semata-mata mahu berkongsi kelebihan ilmu salah satu ebook tulisan Masayu Ahmad bertajuk Asas Belajar Blog. Suka saya katakan ebook ini hampir berjaya memahamkan saya metod sebenar dalam menguruskan blog secara lebih baik dari semalam. Saya tidak lagi ‘lost’ atau ‘blur’ tak tentu fasal walau pada mulanya ada sedikit ‘blank’ dek tidak tahu dari mana mahu bermula. Namun berkat mentor yang ‘gigih’ membantu, Puan Anys dan beberapa informasi perkongsian bersama di Closed Group saya dapat atasi ‘blogger’s block’ tersebut. Syukur kepada Allah Yang Esa yang memberi ilham.

Saya rasa ebook ini tiba tepat pada masanya bagi mereka yang mencari ilmu yang sama seperti yang saya cari. Bagusnya di sini ada peraturan yang memerlukan kita menganalisa dahulu latar belakang diri dari segi pendidikan, minat, kemahiran dan kepakaran diri sebelum memilih tajuk dan tema yang sesuai dijadikan blog. Di sini penggunaan nama sebenar dan emel yang tampak professional (menggunakan nama sebenar) perlu bagi memudahkan carian pembaca dan pelanggan kelak di carian Google. Dalam ebook ini ada juga dikongsikan kisah kejayaan, pengalaman dan tip-tip bermanfaat oleh beberapa wanita yang layak dijadikan inspirasi. Nama-nama seperti Faridah Yusof, Aishah Hussein, Ashikin Hashim dan Nik Fauziah Nik Hussin turut dikongsikan untuk tatapan pembaca. Pada saat kita membelek helaian ebook, kita akan bertemu perkataan ‘hebat’ seperti WAHM, SAHM, dan SOHO. Nak tahu maksudnya secara praktikal? Jom sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) kerana di sini kita akan sama-sama berkongsi ilmu dalam merealisasikan blog impian, mempromosikan produk, belajar tip blogging efektif, dan belajar menghasilkan pendapatan bermula RM10 hinggalah ke RM100 sehari. In Syaa Allah…kerana Tuhan itu Maha Kaya.

Akhir kata, apa yang pasti adalah 44 entri! Ya, kami WAJIB menulis entri di blog sehingga mencapai angka ditetapkan. Mungkin ini adalah pakej terbaik demi melatih kita para penulis blog agar konsisten dan bijak merancang penulisan entri mengikut label-label yang dicadangkan dari awal. Di sini kita perlu ingat bahawa MATLAMAT KELAS ASAS BLOG & PENULISAN ini adalah untuk memperkenalkan diri kepada dunia online bakal pembaca atau pelanggan di luar sana. Dan kerana itu blog kita begitu signifikan untuk dijadikan platform menarik pembaca yang boleh bertukar menjadi pelanggan. Dan untuk pengetahuan semua di akhir bab ada satu bonus tip iaitu cara menulis ebook pertama. Semoga kita mendapat sesuatu menerusi ebook ini seterusnya memberi berpeluang kepada diri sendiri melakukan kebaikan dalam pembelajaran.

Nota Kaki : Bagi yang belum ada blog dan suka membaca blog orang lain, kini sudah sampai masanya untuk mempunyai blog sendiri.  Anda boleh berkongsi kepakaran, kemahiran, penceritaan tentang sesuatu topik di situ, blog anda sendiri!  Kembangkan bakat anda dengan menulis.  Satu hari satu entri.  Kami akan ajar bagaimana.  Ingin bermula?  

Hubungi saya sekarang di norazizahsudin@gmail.com

(sumber : http://bibinormimdnoor.blogspot.com/2014/09/inspirasi-ebook-asas-belajar-blog.html)





Tuesday, 28 October 2014

Bisnes Biar Berterusan

Teks : Norazizah Sudin

Banyak cabaran jika hendak bisnes online.  Ada yang berjaya dan tidak.  Hati mesti kental dan tahan dugaan.  Kadang-kadang saya sendiri pun ada masanya keluar rasa malas, penat, susah dan lain-lain kata negatif.  Setiap pagi selesai solat Subuh saya selalu cakap kepada diri sendiri, apa yang saya hendak hari ini, berapa RM saya hendak hari ini, hari ini hendak buat apa dan lain-lain lagi.  Positif sentiasa, cakap kepada diri sendiri dan buang semua fikiran negatif.

Bila saya mula duduk di rumah dan hendak ada bisnes sendiri, saya sudah setkan dalam minda saya apa yang saya hendak.  Ada 'push factor' kenapa saya buat itu dan ini.  Sudah mula saya MESTI habiskan.  Ada satu bisnes, InsyaAllah boleh ada dua pulak.  Yang penting rajin, fokus dan konsisten. Memang banyak cabaran bisnes ini, samada bisnes online atau offline.  Ada kedai atau tiada kedai.  Mesti berdisplin tinggi dan jiwa mesti kebal. 

Sekali sekala hendak bercuti boleh.  Hendak jumpa kawan, keluar makan dengan rakan lama, berdating dengan suami dan lain-lain lah.  Dalam seminggu, ambil cuti 2 hari.  Balik ke ofis SOHO mesti fresh dengan banyak idea baru dan macam-macam input menarik untuk bisnes kita.

Banyak lagi nak sambung, tetapi saya hendak rehat sekejap, sebab ada rakan lama hendak datang ke rumah.  

Ok lah, nanti sambung lagi.

Kelas online saya boleh wassap atau PM sahaja ya.  Sertai kelas bisnes dan saya akan ajar buat blog bisnes dan kongsikan apa yang saya tahu.

Salam sayang dari saya dan jumpa lagi.

Sunday, 26 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Teks : Norazizah Sudin

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah dari saya.  Semoga kita sama-sama melangkah ke tahun baru Islam dengan azam, pengalaman dan sentiasa bermusahabbah diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Kelas online dan offline sentiasa dibuka untuk pendaftaran.  Boleh hubungi saya untuk mendaftar.  Gunakan media sosial percuma untuk memasarkan produk kalian.  Saya ajar anda sekali dan seterusnya kalian yang memulakan langkah seterusnya.  Untuk yang tiada modal, mulakan dengan dropship.  Ada yang percuma dan ada yang berbayar.  Mulakan dengan yang percuma dulu.  


Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk makanan
- dropship telekung solat
- dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes / blog penulisan 
8. Kelas penulisan ebook

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.






Saturday, 11 October 2014

Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online

Kuasai Khidmat Pelanggan
Teks : Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com

Setiap pelanggan mempunyai citarasa, kemahuan yang berbeza. Ada yang mudah diurus, ada juga yang cerewet. Sudah tentu melayan pelanggan yang cerewet memerlukan kemahiran perhubungan awam yang baik. Usahawan tidak perlu beremosi apabila dimarah-marah pelanggan. Sudah tentu ada cara melayan pelanggan yang pelbagai cita rasa dan kerenah.

- Meningkatkan kesetiaan pelanggan
Usahawan harus biajak menjadikkan pelanggan terus setia bersama. Bagi mengikat hati pelanggan, sesekali buatlah tawaran potongan harga atau memberi harga istimewa bagi membalas kesetiaan pelanggan. Sentiasalah memberitahu perkembangan terkini syarikat, sama ada tentang produk baru, jualan potongan harga, pertemuaan istimewa bersama pelanggan.

- Menjaga integriti
Menjaga maruah pelanggan adalah salah satu usaha memberi gambaran imej seorang usahawan yang jujur. Contohnya bagi pengusaha kecantikan yang menawarkan perkhidmatan urut badan. Sudah tentu perlu menutup kelemahan pelanggann dengan tidak bercerita kepada pelanggan yang lain. Ini membuatkan pelanggan selesa dan berulang kali menggunakan perkhidmatan yang sama.

- Menjaga hubungan dengan pekerja
Walaupun anda hanya menjalankan bisnes dari rumah, pada satu peringkat bisnes akan berkembang dan anda memerlukan pembantu. Anda perlu menjelaskan kepada pembantu semasa dalam proses temuduga awal. Berkongsi maklumat tentang visi dan misi dalam bisnes dengan jelas. Pembantu juga boleh didedahkan dengan persekitaran kerja dan garis panduan bekerja yang anda mahukan.

Hubungan sebagai majikan, anda perlu memberikan skop tugasan yang jelas kepada pekerja. Bayaran yang bakal mereka terima juga perlu diberitahu awal dalam sesi perbincangan persetujuaan kedua belah pihak. Sebaik-baiknya memberikan skop tugasan secara bertulis untuk memudahkan pembantu merujuk jika menghadapi masalah. Walaupun bisnes dari rumah yang dikendalikan adalah skala kecik tetapi menjaga pekerja sama seperti menjaga kesinambungan bisnes agar terus sukses.

- Memudahkan pelanggan untuk membeli
Berurusan melalui emel dengan pelanggan atas urusan bisnes, maklumat dan perkembangan terkini produk jualan. Anda perlu menyegerakan pesanan dan penghantaran. Dalam kes-kes tertentu usahawan boleh bertanya pelanggan untuk mengetahui status terkini barang sudah sampai dengan selamat atau sebaliknya.

Bagi pelanggan yang baru atau pelanggan setia, anda boleh membuat survey produk apa yang dingini dan pakej bagaimana yang dia suka. Boleh juga memberi kupon harga istimewa atau keratan iklan promosi sepanang tahun dalam bawang yang sudah dipesan untuk pembelian seterusnya.

- Memberi informasi yang jelas
Salah satu perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah memberi penerangan yang jelas tentang produk, terma dan syarat tempahan dan bayaran, status berkaitan barang rosak, tidak boleh dipulangkan selepas pembelian, status barang yang dihantar serta khidmat nasihat susulan selepas menggunakan produk




Siri 1 (terbit 25.9.2014)
RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50


Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1 : Urusniaga Online

Bab 2 : Mengembirakan Pelanggan

Bab 3 : Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4 : Menawan Hati Pelanggan

Bab 5 : Menghargai Pelanggan

Bab 6 : Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7 : Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8 : Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9 : Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10 : Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira


Hubungi saya untuk mendapatkannya.

Semoga bermanfaat.