Wednesday, 31 December 2014

Bantuan Banjir Pantai Timur

Teks : Norazizah Sudin

Alhamdulillah, tahun 2014 bakal meninggalkan kita.  Tahun 2015 akan menjelma tepat jam 12 tengah malam ini.

Cuaca di Pasir Gudang, Johor cerah.  Hanya hujan sekejap-kejap di awal pagi dan lewat petang.  Malaysia diuji lagi sekali dengan tragedi Air Asia QZ8501 pula.  Telah disahkan terhempas di Selat Karimata.  Malaysia juga diuji dengan bencana banjir.  Yang paling terkesan adalah di Kelantan.  

Semoga yang ditimpa musibah ini harap bersabar dan diberi ketenangan dalam menghadapi ujian ini.



Sebagai usaha membantu mangsa banjir ini, kami di Akademi Bekerja di Rumah akan membuat kutipan derma bagi meringankan beban mangsa-mangsa ini.


Mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk sama-sama menyumbang bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.



Kutipan sedang dijalankan bagi  menyediakan kelengkapan berikut :

Tikar, selimut, telekung solat, tuala.

Bagi yang mahu menderma, boleh hubungi rakan ABDR untuk keterangan lanjut atau wassap ke 013-3837768.  Untuk yang ingin bank in boleh terus ke Maybank 562478147639, emel noraisah.hussein@gmail.com


Terima kasih di atas jasa baik semua.




Tuesday, 16 December 2014

Contoh Menulis Pengenalan Diri Di Blog

Blog pilihan hari ini, contoh entri pengenalan yang sangat baik.
TENTANG PENULIS

Teks: Faridah Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Faridah Binti Yusof. Anak sulung dari 8 adik beradik (7 perempuan dan seorang lelaki). Berumur 35 tahun dan saat ini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata serta sedang sarat dengan kandungan yang ke-4. Saya mula memegang jawatan pengurus rumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah sejak April 2011 setelah saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Bahasa Inggeris).

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan abah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di Kindergarten Treacher Methodist, Taiping. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Convent Klian Pau, Taiping sehingga darjah 3, seterusnya Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka dari tingkatan 1-5 dan kemudian menyambung Foundation New Zealand (Accounting) di Emile Wolf College, Kelana Jaya. Seterusnya menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan) Lincoln University di UNITEN di bawah program tajaan MARA.

Setelah tamat belajar, saya sempat bekerja di bahagian akaun dan cukai di sebuah syarikat swasta. Tidak bertahan lama, saya akhirnya bertukar kepada bidang pendidikan. Bermula menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah kebangsaan , menjadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen, kemudian guru kontrak di Institut Kemahiran Mara dan akhirnya mendapatkan ilmu dan Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Bermula dengan bertugas secara rasmi sebagai seorang guru dan pendidik memberi saya pengalaman yang sangat berharga. Tugas mengajar dan mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Seperti yang selalu disebut oleh Prof Dr Muhaya , kerjaya guru adalah kerjaya yang memberikan ladang pahala.Saya sangat meminati bidang ini. Patutlah emak saya beriya-iya mahu saya menjadi seorang guru. Namun setelah berumah tangga dan mempunyai cahayamata, rasa tanggungjawab dan keinginan mendidik anak di rumah menjadi begitu menebal. Saya rela meletakkan jawatan demi memberi tumpuan pada tempoh kritikal pembesaran anak-anak dari umur 0-7 tahun. Setelah beristikharah, memohon petunjuk Ilahi, berbincang dengan suami dan berfikir selama 2 tahun, akhirnya saya tekad meletakkan jawatan Gred 41 ini tanpa menoleh ke belakang lagi. Pelbagai respon dari sahabat, saudara mara dan orang sekeliling tentang hal perletakan jawatan ini. Ramai yang menyokong niat suci ini dan menyatakan rasa cemburu kerana mereka juga ingin berbuat hal yang sama. Tidak kurang juga yang kurang bersetuju. Walau apa pun , saya terima segala respon dengan berlapang dada. Saya yakin, itu tandanya orang-orang di sekeliling mengambil berat tentang diri saya..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..Allah izinkan saya menjaga dan mendidik anak sendiri. InsyaAllah saya akan menggunakan masa dan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan dengan segala upaya.

InsyaAllah, dengan izinNya jua melalui penulisan ini saya akan kongsikan kepada para pembaca tentang pendidikan awal anak-anak. Saya bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang pendidikan awal anak-anak. Namun, saya akan kongsikan dapatan dari hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber bacaan. Sebarang komen dan makluman dari para pembaca amat saya alu-alukan agar sama-sama kita mendapat manfaatnya. Doakan agar penulisan ini mendatangkan manfaat seterusnya dapat menjadi pencen kubur saya di sana kelak. Aamiin.
Berkenalan dengan penulis : Faridah Yusof 

Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari.
Mula daftar bagi yang sudah sedia.
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR. Untuk pendaftaran boleh hubungi saya Norazizah Sudin


Thursday, 4 December 2014

Kelas Akaun Bulan Disember

Pendaftaran untuk kelas / bengkel urus akaun bisnes, dibuka untuk 2 lokasi.  Usahawan yang berminat untuk turut serta, boleh pilih mana-mana tarikh untuk 2 lokasi ini ya.


1. [Kelas asas Akaun Offline]
Pendaftaran bagi bulan Disember sudah dibuka.
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.

Grup Coaching.
Tarikh : 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 2.00 tengahari
Yuran : RM 250.00
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi : Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik :
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Bonus 1 :
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2 :
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3 :
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

**************************************************************************
[Kelas Asas Akaun Offline]
Bengkel Offline Asas Akaun
Lokasi Shah Alam - 11 Dis 2014
Yuran : RM 250.00
Masa : 9am - 4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.


Bonus 1 :
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2 :
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3 :
Jaminan pulangan wang




Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya
SMS /whatsapp : 019-7461502