Thursday, 26 November 2015

Catuan Air Pasir Gudang

Sudah 4 bulan catuan air di Pasir Gudang.

Sambil menunggu ada air pada pukul 3am nanti, saya update blog dulu.  InsyaAllah mata masih bertahan ni.  Kalau rasa mengantuk, terus tidurlah.  Esok pagi bermulalah rutin membasuh baju dan lain-lain setelah air tiada untuk 2 hari ini.

Esok juga jam 10 pagi, kelas offline blog bisnes saya bermula.  Usahawan DNA Global yang ingin menuntut ilmu dari saya.  Blog belum ada katanya.  InsyaAllah, semoga sama-sama belajar dan bisnesnya berkembang maju.

Sedikit perkongsian saya di malam hari ni.  

Jangan membawa tidur masalah anda.
Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesihatan tidur kita. Fikiran bawah sedar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.

Semoga bermanfaat dan selamat malam.

Untuk yang berminat untuk belajar asas blog bisnes, bolehlah hubungi Kak Zah ya.  Jangan malu-malu dan segan.  Malu bertanya sesat jalan.  Untuk  berjaya, kita mesti jangan ada perasaan malu.

Jom kita sama-sama belajar.  Gerek seh !!!



Wednesday, 25 November 2015

Mengapa Perlu Mula Bisnes Dari Rumah?


Selamat pagi Rabu.  Ceria selalu ya. 

Teks : Norazizah Sudin

Memulakan kerja dari rumah merupakan satu trend pada zaman ini.  Ini adalah peluang dan cabaran untuk memulakannya.  Inilah masanya anda boleh mula memulakan bisnes internet, hanya dari rumah.  Dengan begitu ramai orang menggunakan internet di seluruh dunia, ia telah menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini untuk membuat duit di internet.  Perniagaan dari rumah adalah satu pilihan yang semakin popular bagi orang-orang yang ingin menambah pendapatan. 

Jangan berlengah lagi!  Anda cuma memerlukan keyakinan dan kepakaran untuk melakukannya.  Persoalannya, tanya diri anda "mengapa saya perlu mula bekerja dari rumah?".  Mungkin ini adalah sebab-sebabnya :

1)  Wang
Pada setiap peringkat kehidupan, seseorang perlu membina aliran pendapatan yang menyakinkan.  Bisnes internet adalah salah satu jawapannya!  Mungkin boleh dipanggil sebagai mesin wang otomatik.   Bekerja dari rumah melalui bisnes internet boleh membebaskan anda dari masalah kewangan.  Gunakan sepenuhnya kemudahan internet.  Komputer akan melakukan semua ini, untuk menjalankan bisnes untuk anda 24 jam sehari, di seluruh dunia, walaupun anda sedang tidur.  Pelbagai kemudahan telah tersedia dan anda cuma belajar untuk mengendalikannya sahaja.

2)  Kebebasan
Kebanyakan orang bekerja untuk orang lain dan sudah sampai masa anda berhenti untuk semua ini.  Apabila bekerja di rumah, anda bekerja untuk diri sendiri, anda adalah boss dan anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu tanpa terikat dan tekanan daripada sesiap.  Tetapkan jadual dan perlu ingat walapun anda bekerja di rumah, jangan buat sambil lewa.  Jika anda perlu keluar atas urusan kerja peribadi, siapkan dahulu.  Anda bebas membuat apa sahaja tanpa larangan dari seorang boss, tetapi perlu ingat, kerja mesti disiapkan.  100% keuntungan adalah hak milik anda dari usaha kerja keras anda. 

3)  Keluarga
Kebaikan terbesar adalah apabila anda bekerja di rumah, anda boleh melihat anak-anak membesar dan anda akan sentiasa bersama mereka.  Masa tidak boleh diulang.  Kasih sayang mengatasi segalanya. 

Ingat bahawa internet benar-benar telah mengubah cara orang menjalankan perniagaan. Ia membolehkan anda untuk membuat semua jenis perniagaan dari rumah di mana-mana sahaja di dunia.  Jangan ditangguhkan sehingga esok apa yang boleh dilakukan pada hari ini. 

Jika anda ingin memulakan perniagaan, mulakan sekarang.  Jangan bertangguh lagi. Tidak pernah akan menjadi masa yang lebih baik daripada sekarang.  

Boleh juga bermula dengan kami jika anda tidak mempunyai bisnes.  Promosi produk kami dan kutip komisen.

Kelas yang kami tawarkan :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage, mula bisnes
3. Kelas asas blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun WAHM / SOHO
6. Kelas penulisan ebook pertama.
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes - 5 hari siap
9. Beriklan di SOHO Directory

Kalian boleh pilih dan yuran mengikut kelas.

Kosongkan minda dan bermula dari asas. Biar kecil tapi akhirnya besar.






Tuesday, 24 November 2015

Tips Bisnes Online

Tips Bisnes

Ikhlas dan Senyum – “Sapa bakal pelanggan/pelanggan dengan senyuman. Mudah sahaja, letak sahaja ikon senyum apabila berbicara dengan pelanggan walaupun hanya mesej melalui talian online. Gunakan ia sebaiknya.

Senyuman itu membenarkan kita berurusan dengan baik dengan pelanggan. Ia adalah penghargaan yang cukup mudah.

Mungkin sebelum ini kita merasakan bahawa perkara ini adalah perkara remeh dan tidak penting! Tapi, sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar.

Jika kedai fizikal sekalipun, jika peniaga bermuka manis dan sentiasa senyum kita pun rasa selesa dan bersemangat hendak membeli! Jika sebaliknya? Terus rasa hendak keluar dari kedai kan?.
(Sumber : EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN ONLINE)

Ebook ini juga bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR.

Pendaftaran setiap hari.

Saya buka kelas offline untuk suri rumah yang ada bisnes, tetapi belum ada kedai online. Luaskan kuasa mu (macam tagline JDT 😄)

Tidak pandai IT? Jangan malu.  Belajar dari asas dan kosongkan minda.

Jom.  Hubungi saya untuk bermula.




Sunday, 22 November 2015

Kelas Blog Bisnes

Assalamualaikum,

Untuk suri rumah di sekitar Pasir Gudang / JB, saya mencari protege seramai 5 orang untuk sama-sama berkongsi kepakaran bisnes mereka.  Syarat mesti sudah ada bisnes tetapi buat secara offline sahaja.  Belum ada kedai online.  

Yang belum ada bisnes pun boleh sertai juga.  

Jom. Kita gegarkan semua suri rumah.  Tidak pandai?  Janganlah malu.  Kita belajar sama-sama.  Belajar dari zero.  Kosongkan minda dan sifat terbuka.  Boleh terima teguran dan tidak malu untuk ditunjukajar.

Hubungi saya di 019-7461502

Salam sayang,
Kak Zah






Monday, 16 November 2015

Bina Blog Promosi Kedai Online

Assalamualaikum

Pelbagaikan medium pemasaran.

Jangan bergantung kepada satu medium sahaja.  Boleh guna medium di bawah :

1)  Facebook / fanpage untuk perkenalkan produk kita kepada rakan, family.

2)  Blog - untuk pembaca dan bakal pembeli di carian google

3)  Instagram

Jom belajar lanjut dalam kelas online blog bisnes ABDR.


Kelas yang selalu mendapat sambutan adalah KELAS ASAS BLOG MULA BISNES.

Perkara yang diajar dalam kelas blog bisnes ini adalah :

1)  Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2)  Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3)  Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4)  Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk pilihan seperti produk sunnah, buku, pakej ebook dan ruang periklanan.
5)  Belajar jana pendapatan melalui blog.
6)  Asas kedai online, borang tempahan dan lima label utama.
7)  Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8)  Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh


Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.


Jika ada produk tetapi belum ada kedai online, boleh hubungi saya untuk kita mula.

Jika tidak ada produk, jangan bimbang dan gusar, kerana kami di ABDR ada produk untuk kalian.  

Jom, kita mula gear.  Kosongkan minda.  

Salam sayang dari saya.

Kak Zah 



Thursday, 15 October 2015

Matlamat Utama ABDR

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kami sudah menerima pendaftaran setiap hari.  Kami sudah mara lebih 1000 penyertaan.

Matlamat utama kelas-kelas di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ADDR) ialah :

1)  Untuk memberi peluang kepada suri untuk belajar ASAS PEMASARAN ONLINE.  Ahli yang menyertai kami 80% adalah suri yang tidak asas berniaga, tidak pandai menggunakan emel, tidak pernah berjualan produk, tidak pandai membina kedai online.  Jadi matlamat utama kami, adalah untuk memberi pendedahan asas untuk berniaga dari zero pengalaman.

2)  ABDR menawarkan produk dan servis untuk sepanjang tahun.  Matlamat ABDR juga adalah sebagai kumpulan sokongan untuk suri bergabung dan bertukar idea.

3)  Matlamat utama adalah membina jaringan.  Bagi suri yang mahu menjadi jutawan, ia tidak ada dalam pakej ABDR.  Kami fokus kepada memberi latihan asas pengurusan kewangan, zero hutang dan suri rumah berpendapatan.

Alhamdulillah, kami buka pendaftaran setiap hari.  Mula daftar dan belajar asas pemasaran online bersama kami melalui blog dan FB.

Pendaftaran untuk kelas online dibuka setiap hari. Baca dan fahamkan dahulu kategori kelas, kemudian pakej yuran, kemudian jejak dahulu rakan-rakan yang sudah sertai kami. Apabila sudah fikir barulah buat keputusan ya. Tidak ada paksaan, dan buatlah keputusan dengan rasional mengapa perlu kalian sertai kelas.

Sudah bersedia, boleh hubungi saya, guru online ABDR.

Salam sayang,
Norazizah Sudin
norazizahsudin@gmail.com



Monday, 12 October 2015

Buat Blog Untuk Bisnes Anda

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Maaf lama tidak update blog.  Agak sibuk dengan urusan.  Pelbagai urusan luar dan dalam. Alhamdulillah, semoga konsisten update blog.  

Untuk menulis agak mudah bagi yang memang banyak idea.  Bagaimana jika ketandusan idea?  Kadang-kadang saya sendiri pun ketandusan idea.  Banyakkan membaca buku-buku ilmiah, menonton rancangan TV yang berbentuk ilmiah, melihat keadaan sekeliling, membaca novel dan lain-lain perkara yang mendatangkan dan mencetus idea.  Lain orang lain perangainya.  Jadi untuk jadi penulis blog yang bagus, buat apa yang anda suka dan banyakkan berkongsi idea.  

Untuk yang berminat bisnes, yang baru hendak berjinak-jinak dengan bisnes, sudah ada bisnes tetapi belum ada kedai alam maya, boleh lah mula membuat satu ya.  Selain daripada FB, blog juga memainkan peranan untuk menaikkan bisnes anda.  Blog yang lengkap dengan gambar, harga, cara pembayaran dan lain-lain, InsyaAllah, boleh menarik pelanggan singgah di kedai anda.

Bagi suri rumah yang zero tentang ilmu blog, yang ingin menambah pendapatan keluarga, boleh masuk Kelas Asas Blog Bisnes bersama saya.  

Sudah bersedia untuk belajar?  Boleh hubungi saya di :

norazizahsudin@gmail.com

Jumpa lagi.


Tuesday, 11 August 2015

Tips (2) Cara Mula Online Bisnes Yang Paling Mudah

Assalamualaikum,

Kita sambung lagi entri tentang tips cara mudah memulakan bisnes online.  

Jangan fikir pasal untung sahaja.  Memang perlu fikir pasal untung tetapi jangan lah terlalu obses sangat hingga satu bisnes pun tidak jadi.  Hendak bermula bisnes apa? Jangan tulis atas kertas sahaja tetapi mulanya tidak.  Tulis dan buat.  Ok?

Antara kesilapan ramai usahawan adalah mereka mengambil risiko tinggi untuk memulakan perniagaan.  Berani ambil risiko?  Patut dipuji tetapi kalau ianya mengakibatkan kerugian, memang tidak berfaedahlah. Jadi sebaiknya, fikirkan keuntungan dahulu sebelum memulakan apa-apa bisnes.  Untung di awal mula bisnes tidak perlulah besar.  Asalkan ianya konsisten bertambah, ia adalah petanda yang baik.  

Bayangkan jika anda usaha sedikit pun sudah dapat untung, apatah lagi kalau anda gandakan usaha.  Maka berganda-gandalah keuntungan.  Boleh bermula dengan dropship dahulu jika tiada modal.  Cari dropship yang tidak perlukan modal.  Komisen yang dapat boleh dikumpul sebagai modal.  

Sebagai contoh, anda ingin sebulan keuntungan RM7K.  Jadi sehari anda target untuk dapatkan keuntungan RM250 sehari.  Bagaimana?  Jika anda jadi dropship, target untuk dapatkan keuntungan sehari RM25 sehari.  Dapatkan dalam sehari 10 orang membeli barangan kita.  Jadi sebulan sudah dapat RM7500.  Nampak macam susah kan?  Sebab kita lihat RM7K sebulan, tetapi kita pecahkan kepada sehari dan sebulan.  Mudah?  Nampak mudah tetapi usahalah lebih sedikit.  

Buat kedai online di blog dan FB.  Promosi dan terus promosi.  InsyaAllah, jika betul caranya akan berjaya.

Jika ingin tahu lanjut, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com





Thursday, 6 August 2015

Cara Mula Online Bisnes Yang Paling Mudah

Assalamualaikum dan masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.  

Marhaban di kawasan rumah saya masih berjalan.  Bagaimana di kawasan rumah anda? Kanak-kanaklah paling seronok.  Dapat lagi tambah duit raya.

Ok.  Berbalik kepada tajuk kita hari ini, saya ingin berkongsi tentang bisnes online dengan cara yang paling mudah.  

1)  Tidak payah buat produk sendiri.  Hendak buat produk sendiri, modal besar.  Jadi apa alternatif yang ada adalah jual produk orang lain.  Tetapi haruslah pilih produk yang jenamanya memang kukuh dan dikenali.  Juga produk tersebut adalah produk yang berkesan.  Kenapa perlu jenama yang kukuh?  

Sebab jenama atau 'branding' memberi 'first impression' kepada bakal pelanggan.  Contoh jenama Coach.  Bila kita dengar pun anda akan rasa hebat.  Contoh lagi satu jenama Ciku. Mana lebih hebat?  Sudahlah tidak pernah dengar, bertambah tidak yakinlah bakal pelanggan hendak beli.  

Jadi, tidak payah pening kepala jika hendak mula bisnes online.   Tiada produk, kami di ABDR telah sediakan pelbagai produk seperti produk fizikal dan digital.  Hanya perlu ada blog dan fanpage.  Tidak tahu bagaimana hendak mula?  Kami boleh ajar bagaimana untuk bermula.  

Sertai kami sekarang.  Pendaftaran dibuka setiap hari dan kelas secara online.  Masa anda tentukan.  Kami hanya beri tunjuk ajar dan seterusnya adalah anda.  Buat pilihan dan mulakan sekarang.

Cara seterusnya saya sambung di entri lain ya.  




Tuesday, 5 May 2015

Ada Kedai Online, Buat Blog

Teks : Norazizah Sudin

Ada kedai online, buat lah blog.

Buat blog asas sudah memadai.  Tidak perlu banyak grafik dan berwarna-warni.  Latarbelakang yang bersih, reka bentuk mudah dan menarik.  Jika isinya terlalu banyak dan padat dengan warna-warna, ada muzik, bunga-bunga akan membuatkan pembaca rasa bosan dan akhirnya tidak suka untuk melihat seterusnya.  Di samping itu juga akan melambatkan proses untuk memuat naik turun blog anda.  Biarlah blog anda mesra pembaca.  

Isi blog anda dengan kandungan yang padat tetapi menarik.  Untuk permulaan, bina blog percuma dahulu sebelum bermula dengan laman web dan memiliki hosting dan domain sendiri.  Jadikan blog ini sebagai rumah anda.  Hiaslah dengan isian yang padat dan menarik.  

Nak belajar bina blog sendiri?  Blog percuma?  

Daftar sekarang!  Kelas dibuka setiap hari.  


Monday, 20 April 2015

Jujur Berniaga

Assalamualaikum.

Hari ini topik saya adalah jujur dalam berniaga.  Biarlah barangan yang kita jual itu sama dengan gambar yang telah kita iklankan.  Jangan tipu pembeli.  Harga juga biarlah jelas dan tidak ada harga yang tersembunyi.  Biar kita dapat untung sedikit tetapi hati pelanggan dijaga, jujur, ikhlas dan berterusan.  

Ada yang pernah terkena, gambar tidak sama dengan apa yang telah dipesan.  

Faham kan maksud saya?  Buat setiap perkara biarlah mendapat keberkatanNya.  

Saya kongsikan tips dalam mendapat barakah dalam perniagaan yang kita buat di sini
Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).
Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya:
"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi). 
Semoga bermanfaat.

Salam sayang









Tuesday, 7 April 2015

Tips Motivasi Untuk Suri

Tips motivasi untuk suri rumah - Masayu Ahmad

• Tetapkan sasaran kerja harian, sama ada kerja rumahtangga, urusan anak-anak, urusan diri sendiri. Agihkan urusan kerja mengikut jadual kerja empat tempoh.

• Jadual kerja empat tempoh ialah agihan 6 jam untuk setiap tahap. Maksudnya ada empat tahap dalam kalender masa 24 jam sehari. Tentukan bermula bangun pagi hingga anda selesai untuk hari tersebut.( 6 jam X 4 tempoh )

• Pastikan anda membuat senarai kerja setiapnya seimbang untuk diselesaikan setiap hari.

• Agihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh.

• Pastikan anda pandai mencuri masa rehat untuk diri sendiri.

• Jangan mudah stress melihat rumah berselerak dan anak-anak minta perhatian serentak. Tarik nafas buat senarai, atau segera buat satu persatu.

• Kadangkala apabila terlalu penat, tangguhkan dulu, rehat seketika dan kembali semula dengan rutin sibuk.

• Anda perlu tahu setakat mana kemampuan dan sasaran mahu dicapai.

• Apabila terlalu penat, berkongsi dengan suami, mintalah bantuan terutama hari minggu, mohon cuti menguruskan anak-anak. Biar suami sahaja yang uruskan.

• Antara zikir yang disarankan Rasulullah kepada salah isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga. Subhanallah, Allhamdulillah, Allahuakbar, ketika mahu tidur. Hilang segala kepenatan seharian dengan limpahan kasih sayang Allah.

Baca naskah ebook SUPER WAHM SUPER MOM


 Promosi April sedang berlangsung. Rugi sangat kalau tidak dapatkan pakej ebook ini, 
Hanya RM50 untuk 3 ebook.

Harga sebenar RM 80

Hubungi saya untuk pembelian
(SMS / WA / Telegram : 019-7416502 - Azizah)



Wednesday, 1 April 2015

Kisah Inspirasi Suri Sudah Resign

Bagi suri yang sangat teruja dan tidak sabar untuk berhenti kerja, baca dulu pengalaman dan kisah inspirasi mereka yang sudah letak jawatan. 



Nota inspirasi 6- Umi Arbee Ali
Saya selesaikan seberapa banyak hutang. Lupakan kad kredit. Adakan simpanan, insuran dan pelaburan secukupnya. Segera cukupkan simpanan untuk haji rukun Islam kelima. Latih diri hentikan perbelanjaan mengarut dan tidak perlu. Belajar berjimat dan menyimpan setiap hari. Belajar memasak pelbagai menu. 

Dari status pengedar, saya sasarkan bergelar stokis supaya pendapatan separuh masa menyaingi gaji hakiki saya. Saya membaca banyak buku berkaitan rezeki dan bina keyakinan serta kesedaran bahawasanya segala-galanya adalah milikNya. Saya dapatkan idea dan buka minda akan realiti WAHM. Melatih diri pengurusan masa dan rumahtangga.

Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) antara hamba-hamba-Nya (Allah), dan Dia (Allah) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-'Ankabut ayat 62

Telah empat bulan bergelar WAHM, saya masih mampu menghulur duit belanja kepada orang tua, membayar bil, menolong suami dan menggembirakan keluarga dengan percutian. Keluarga tetap utama. Bak kata orang tua, belajar setinggi mana tetap ke ceruk dapur juga. Tetap mengasuh anak jua. Namun, saya bahagia.


Nota inspirasi 9. Perkara paling penting dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah restu suami dan pertolongan dari Allah.

Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah.
Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah. 
Pastikan sebelum berhenti sudah ada pelan tindakan. Ketika masih bekerja sudah mula mengali ilmu dan mencari mentor. Supaya apabila sudah berhenti kita sudah pun dari awal membina landasan. Jangan berkira untuk mencari ilmu. 
Nor Atiqah Hamidi
Sumber: Yeay! Mama sudah 'resign'

Nota inspirasi 8-Izzah Razak.
18 Mac 2014 saya mendapat panggilan sekali lagi dari ayah. Tidak lama kemudian, adik saya pula menelefon menjerit menyatakan.

“Kaklong, mak dah tak ada."
Ya Allah sungguh pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga. Kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami. Subhanallah..tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk menyenangkan hati saya sahaja. 

Arwah meninggalkan kami pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.

Saya bermastautin di selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang. Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada kelapngan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal.


Untuk dapatkan ebook ini, kalian boleh buat pembelian terus melalui saya, dengan
HARGA PROMOSI RM20 Sahaja.

Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.



Nota inspirasi 5
1hb April 2015 ini genap 5 tahun saya berhenti kerja. Saya yakin, rezeki di tangan Allah. Saya menikmatinya selagi usia masih dipinjamkan untuk saya lalui bersama keluarga yang saya sayangi. Terima kasih Ya Allah, atas segala-galanya. Segalanya telah Kau berikan kepadaku dan keluargaku. Sederhana tapi ia sempurna
Saya tidak mengatakan menjadi WAHM atau menjadi surirumah ini mudah, namun percayalah, ia amat berbaloi. Yang penting, kita mestilah mempunyai niat yang betul. Untuk berjaya sebagai WAHM memerlukan ketabahan, keyakinan dan ilmu. Yakinlah pada rezeki yang telah Allah tentukan. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan.
Akhir kata untuk perkongsian ini, “Yeay! Mama Saya Sudah Resign” bukanlah mimpi ngeri atau berakhirnya sebuah perjalanan karier seorang wanita. Malah, ia adalah permulaan kepada kehidupan berkeluarga yang lebih indah dan membahagiakan. Yang penting, kita harus bijak mengambil peluang agar kita mampu menjana pendapatan sendiri dari rumah.

Baca lebih banyak lagi dalam EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN
Untuk dapatkan ebook ini, kalian boleh buat pembelian terus melalui saya, dengan HARGA PROMOSI RM20 sahaja.

Semoga bermanfaat dan memberi inspirasi kepada semua suri di luar sana, InsyaAllah.






Tuesday, 31 March 2015

Pakej Menarik April 2015

Jom rebut peluang untuk dapatkan ebook ini.  Harga promosi dan hanya boleh didapati di ABDR sahaja.





Hubungi saya untuk mendapatkannya.


Saturday, 14 March 2015

PROMOSI EBOOK MAC 2015 : 3 EBOOK PADA HARGA RM50


PROMOSI DENGAN HARGA KEDEBOOM DAN MENARIK !!!

Jom dapatkan sekarang.

PROMOSI EBOOK MAC 2015 : 3 EBOOK PADA HARGA RM50 (HARGA SEBENAR RM100)
- Ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes
- Ebook Super WAHM Supermom
- 101 Idea Home Based Bisnes


SIAPA YANG HARUS MEMILIKI EBOOK INI?
>>> Mereka yang mahu menambah pendapatan sampingan dengan berniaga
>>> Surirumah yang nak tahu cara berniaga online hanya dari rumah
>>> Surirumah yang ada 1, 2, 3 atau lebih anak dan mahu belajar urus diri & keluarga supaya lebih terurus
>>> Mahu baca kisah motivasi mereka yang telah berjaya berniaga dan menguruskan rumahtangga
>>> Mahu tahu cara mudah berniaga melalui platform online

DAPATKANNYA SEKARANG!

Untuk tempahan boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com

Sunday, 1 March 2015

Kelas Blog Instagram




Tarikh : 7hb Mac 2015

Masa : 0930 - 1330 (4 jam)

Lokasi : Shah Alam (sekiranya 10 peserta) / Kelana Jaya (jika 10 peserta ke 20 peserta)

Harga Yuran : RM250

Tenaga pengajar : Pn Aishah Hussein & Zaila Mohamad

Modul : kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) & akan diajar menggunakan medium Instagram sebagai tempat mempromosikan produk & bagaimana membuat pautan antara facebook, fanpage, blog & instagram


Saturday, 28 February 2015

Kelas Akaun Sepanjang Bulan Mac

Bagi yang mempunyai bisnes dan ingin belajar urus akaun bisnes dengan betul, boleh sertai kelas akaun kami.

Tarikh Kelas akaun bulan Mac.


1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh : 13 Mac 2015, Jumaat
dan 27 Mac 2015, Jumaat
Masa : 9.30pg - 12.30tgh

Yuran : RM 150.00 

Modul 1 : Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2 : Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - Modul 1 & 2


Bonus :
1. Ebook 101 idea home based bisnes
2. Beriklan di soho directory setahun



2. Bengkel Asas Akaun
Tarikh : 21 Mac 2015, Sabtu
Masa : 9.15 am-5.15 pm
Kelas dalam kumpulan Besar (20-35 pax)
Lokasi : Shah Alam.
Yuran : RM220.00 

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi.  Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1 :
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2 :
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3 :
Jaminan pulangan wang


3. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh : 11/3, 18/3 atau 25/3 2015, Rabu
Masa : 9.15am-4pm
Lokasi : Putrajaya.
Yuran : RM250.00

Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik :
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Bonus 1 :
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2 :
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3 :
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan