Thursday, 8 January 2015

Cabaran Diri Sendiri


Cabaran paling besar adalah diri sendiri.

Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri.  Kerja dari rumah memerlukan motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat.  Terlalu banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal.  Jadi mereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya ketika mengalami masalah-masalah tersebut.

Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan.
Pegangan saya - if you can dream it, you can do it.  Saya memiki banyak impian dan salah satunya membantu orang lain.  Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita.  Jadi kita semua kena bangkit menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.

Perlu jelas matlamat bekerja di rumah.
Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan.  Ramai orang yang memulakan bisnes tanpa tujuan yang jelas.  Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang diawal hari.  Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online.

Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniagaan yang dijalankan.

Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tetapi mesti memperuntukkan sebahagian dari masa.
(SUMBER EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM)
EBOOK BONUS PENDAFTARAN KE KELAS ONLINE ABDR

Ebook ini hanya boleh didapati dari stor ABDR sahaja.  Tidak rugi memilikinya.  Banyak tips yang boleh didapati dari ebook ini.

Untuk buat blog pun perlu berguru juga.  Boleh belajar secara online atau offline.  Ramai yang sudah belajar secara online dan sudah pun pandai buat blog sendiri, bukan 1 sahaja malah lebih.  

Bagaimana?  Jika sudah bersedia, pendaftaran dibuka setiap hari.



No comments:

Post a Comment