Wednesday, 7 January 2015

Fokus 2015

Teks : Norazizah Sudin

Sudah seminggu bulan Januari 2015.  Permulaan yang baik diharapkan untuk semua dan diri sendiri, InsyaAllah.

Untuk yang rasanya tidak sempat, tidak dapat dan tidak tercapai pada tahun 2014, boleh dibawa ke tahun ini.  InsyaAllah, fokus dan komited untuk dapatkan apa yang dihajati ya.

Jangan cepat berputus asa dan mengalah.  Teruskan dengan lebih usaha dan lebih positif.  Jangan berkata tidak untuk semua perkara.  Katakan ya dahulu, cuba buat dan jika tidak boleh buat, cari alternatif lain dan mesti boleh buat sampai berjaya.  Tekad, usaha dan komited tangga kejayaan.

Kami di ABDR juga begitu.  Ada yang tidak habiskan tugasan tetapi setelah dapat semula mencari momentum, Alhamdulillah, sudah boleh mula fokus.  

Seperti saya, tips berbisnes online masih banyak yang perlu dipelajari.  Pelbagai cara boleh dibuat seperti iklan di instagram, blog, facebook, twitter dan fanpage.  

Untuk yang ada bisnes tetapi tidak mahu ada kedai, buat blog dan fanpage.  Ada yang tidak suka promosi di facebook, hanya di blog sahaja.  Blog mesti padat dengan informasi seperti butiran bayaran, borang bayaran, butiran produk dan lain-lain.  Sertakan gambar-gambar yang menarik dan detail dengan informasi produk dan harga.  Jangan lupa sertakan no telefon untuk mudah dihubungi.  

Lagi?  Boleh hubungi saya untuk belajar mula asas buat blog bisnes.  Tidak ada produk?  ABDR ada produk untuk dipromosikan seperti produk digital dan fizikal.  Jika sudah ada produk sendiri, boleh promosikan produk sendiri di blog.

Kelas kami dibuka setiap hari untuk pendaftaran.  Hubungi saya jika sudah bersedia untuk diberi tunjuk ajar dan buat tugasan.




No comments:

Post a Comment