Friday, 16 January 2015

Pengalaman Anak Bersekolah

Teks : Norazizah Sudin

Tahun 2015 cepat berlalu.  Hari ini sudah 16 hari.  Blog pun sudah lama tidak di'update'.  Talian internet di rumah selalu tergendala disebabkan kata TM,  kabel kena curi.  Sudah 2 kali perkara ini berlaku.  Ambil masa 6 hari baru boleh digunakan.  

Alhamdulillah, buat pertama kalinya saya merasa pengalaman anak bersekolah.  Setiap pagi menghantar anak dan setelah itu mengambil dia balik dari sekolah.  Seronok dan suka dia berjumpa kawan-kawan barunya.  Anak saya ini sekolah Tadika Pasti.  Umurnya baru 4 tahun.  Hari ke tiga dia menangis tidak mahu ke sekolah sebab penat dan mengantuk katanya.  Setelah memujuk, barulah hendak ke sekolah.  

Setiap pagi bangun mesti ambil masa dalam 20 minit untuk mandi dan bersiap.  Itulah tanggungjawab seorang ibu kan?  Tetapi seronok sebab Alhamdulillah, dapat juga merasa bagaimana melayan kerenah anak sekolah.

Tugasan mengajar kelas blog tetap diteruskan.  Untuk yang ingin belajar dan menjana pendapatan dari rumah, boleh belajar kelas blog bisnes.  Setiap hari ambil masa 3 jam sudah mencukupi.  Masa boleh pilih ikut kesesuaian.

Untuk kelas asas bisnes online, akan diajar silibus berikut :

- bina kedai online
- borang tempahan
- lima label utama
- pautan blog dan fanpage
- boleh juga menjual produl digital
- boleh menjual produk fizikal
- produk borong-telekung solat
- mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

Salam sayang,
Norazizah Sudin
Guru Online ABDR



No comments:

Post a Comment