Sunday, 18 January 2015

Tetapkan Matlamat Suri Berkerja Dari Rumah

Teks : Norazizah Sudin

Jangan berlengah lagi!  Bulan Januari 2015 bakal berakhir.  Tetapkan jangka panjang, jangka pendek dan matlamat harian.

Apa sahaja matlamat anda jika boleh siapkan.  Contoh matlamat untuk bulan Januari, hendak belajar buat kek.  Jadi cari lah kelas yang berkaitan.  Sertai kelas, tanya cikgu cara hendak letak kos, cara nak jual dan semua tentang kek yang anda belajar. Kemudian, cara hendak promosi, buat dan promosi di kalangan jiran-jiran dahulu.  Boleh juga buat kek dan anak bawa ke sekolah.  Bagi cikgu dan rakan anak rasa dahulu.  

Jika ada akaun facebook, boleh promosi di facebook.  Boleh juga belajar buat blog dan buat kedai kek online.  Itu matlamat bulan Januari.  

Kita sambung matlamat bulan Februari.  Simpan untung buat kek dan belajar cara urus akaun pula.  Cari pula kelas yang berkenaan akaun.  

Mudah jika kita tahu apa matlamat kita dan apa yang kita hendak capai.  Buat dan buat. Jangan berlengah lagi.

Hendak mengurangkan berat badan?  Kurangkan makanan berlemak, makanan berminyak dan lain-lain yang tidak patut anda ambil.  Buat list.  Kadang-kadang kita perlu bekerja keras hanya untuk mengekalkan matlamat apa yang kita ada dan apa yang kita hendak. Oleh itu, kita mesti menetapkan matlamat ini dengan jelas.  

Kalau matlamat itu besar, kecilkan skop matlamat kita.  Mulakan dengan matlamat secara keseluruhan dan kecilkan untuk mengenal pasti apa matlamat harian untuk mencapai matlamat bulanan kita.  

Jadi bagi suri rumah yang sudah ada matlamat untuk berbisnes online, boleh hubungi saya untuk memulakan kelas online / offline blog bisnes.





No comments:

Post a Comment