Tuesday, 11 August 2015

Tips (2) Cara Mula Online Bisnes Yang Paling Mudah

Assalamualaikum,

Kita sambung lagi entri tentang tips cara mudah memulakan bisnes online.  

Jangan fikir pasal untung sahaja.  Memang perlu fikir pasal untung tetapi jangan lah terlalu obses sangat hingga satu bisnes pun tidak jadi.  Hendak bermula bisnes apa? Jangan tulis atas kertas sahaja tetapi mulanya tidak.  Tulis dan buat.  Ok?

Antara kesilapan ramai usahawan adalah mereka mengambil risiko tinggi untuk memulakan perniagaan.  Berani ambil risiko?  Patut dipuji tetapi kalau ianya mengakibatkan kerugian, memang tidak berfaedahlah. Jadi sebaiknya, fikirkan keuntungan dahulu sebelum memulakan apa-apa bisnes.  Untung di awal mula bisnes tidak perlulah besar.  Asalkan ianya konsisten bertambah, ia adalah petanda yang baik.  

Bayangkan jika anda usaha sedikit pun sudah dapat untung, apatah lagi kalau anda gandakan usaha.  Maka berganda-gandalah keuntungan.  Boleh bermula dengan dropship dahulu jika tiada modal.  Cari dropship yang tidak perlukan modal.  Komisen yang dapat boleh dikumpul sebagai modal.  

Sebagai contoh, anda ingin sebulan keuntungan RM7K.  Jadi sehari anda target untuk dapatkan keuntungan RM250 sehari.  Bagaimana?  Jika anda jadi dropship, target untuk dapatkan keuntungan sehari RM25 sehari.  Dapatkan dalam sehari 10 orang membeli barangan kita.  Jadi sebulan sudah dapat RM7500.  Nampak macam susah kan?  Sebab kita lihat RM7K sebulan, tetapi kita pecahkan kepada sehari dan sebulan.  Mudah?  Nampak mudah tetapi usahalah lebih sedikit.  

Buat kedai online di blog dan FB.  Promosi dan terus promosi.  InsyaAllah, jika betul caranya akan berjaya.

Jika ingin tahu lanjut, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com





2 comments:

  1. Jika ingin belajar berkenaan strategi bisness dan pemasaran. Nantikan kemunculan buku saya.

    ReplyDelete