Monday, 12 October 2015

Buat Blog Untuk Bisnes Anda

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Maaf lama tidak update blog.  Agak sibuk dengan urusan.  Pelbagai urusan luar dan dalam. Alhamdulillah, semoga konsisten update blog.  

Untuk menulis agak mudah bagi yang memang banyak idea.  Bagaimana jika ketandusan idea?  Kadang-kadang saya sendiri pun ketandusan idea.  Banyakkan membaca buku-buku ilmiah, menonton rancangan TV yang berbentuk ilmiah, melihat keadaan sekeliling, membaca novel dan lain-lain perkara yang mendatangkan dan mencetus idea.  Lain orang lain perangainya.  Jadi untuk jadi penulis blog yang bagus, buat apa yang anda suka dan banyakkan berkongsi idea.  

Untuk yang berminat bisnes, yang baru hendak berjinak-jinak dengan bisnes, sudah ada bisnes tetapi belum ada kedai alam maya, boleh lah mula membuat satu ya.  Selain daripada FB, blog juga memainkan peranan untuk menaikkan bisnes anda.  Blog yang lengkap dengan gambar, harga, cara pembayaran dan lain-lain, InsyaAllah, boleh menarik pelanggan singgah di kedai anda.

Bagi suri rumah yang zero tentang ilmu blog, yang ingin menambah pendapatan keluarga, boleh masuk Kelas Asas Blog Bisnes bersama saya.  

Sudah bersedia untuk belajar?  Boleh hubungi saya di :

norazizahsudin@gmail.com

Jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment