Thursday, 15 October 2015

Matlamat Utama ABDR

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kami sudah menerima pendaftaran setiap hari.  Kami sudah mara lebih 1000 penyertaan.

Matlamat utama kelas-kelas di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ADDR) ialah :

1)  Untuk memberi peluang kepada suri untuk belajar ASAS PEMASARAN ONLINE.  Ahli yang menyertai kami 80% adalah suri yang tidak asas berniaga, tidak pandai menggunakan emel, tidak pernah berjualan produk, tidak pandai membina kedai online.  Jadi matlamat utama kami, adalah untuk memberi pendedahan asas untuk berniaga dari zero pengalaman.

2)  ABDR menawarkan produk dan servis untuk sepanjang tahun.  Matlamat ABDR juga adalah sebagai kumpulan sokongan untuk suri bergabung dan bertukar idea.

3)  Matlamat utama adalah membina jaringan.  Bagi suri yang mahu menjadi jutawan, ia tidak ada dalam pakej ABDR.  Kami fokus kepada memberi latihan asas pengurusan kewangan, zero hutang dan suri rumah berpendapatan.

Alhamdulillah, kami buka pendaftaran setiap hari.  Mula daftar dan belajar asas pemasaran online bersama kami melalui blog dan FB.

Pendaftaran untuk kelas online dibuka setiap hari. Baca dan fahamkan dahulu kategori kelas, kemudian pakej yuran, kemudian jejak dahulu rakan-rakan yang sudah sertai kami. Apabila sudah fikir barulah buat keputusan ya. Tidak ada paksaan, dan buatlah keputusan dengan rasional mengapa perlu kalian sertai kelas.

Sudah bersedia, boleh hubungi saya, guru online ABDR.

Salam sayang,
Norazizah Sudin
norazizahsudin@gmail.com



No comments:

Post a Comment