Thursday, 26 November 2015

Catuan Air Pasir Gudang

Sudah 4 bulan catuan air di Pasir Gudang.

Sambil menunggu ada air pada pukul 3am nanti, saya update blog dulu.  InsyaAllah mata masih bertahan ni.  Kalau rasa mengantuk, terus tidurlah.  Esok pagi bermulalah rutin membasuh baju dan lain-lain setelah air tiada untuk 2 hari ini.

Esok juga jam 10 pagi, kelas offline blog bisnes saya bermula.  Usahawan DNA Global yang ingin menuntut ilmu dari saya.  Blog belum ada katanya.  InsyaAllah, semoga sama-sama belajar dan bisnesnya berkembang maju.

Sedikit perkongsian saya di malam hari ni.  

Jangan membawa tidur masalah anda.
Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesihatan tidur kita. Fikiran bawah sedar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.

Semoga bermanfaat dan selamat malam.

Untuk yang berminat untuk belajar asas blog bisnes, bolehlah hubungi Kak Zah ya.  Jangan malu-malu dan segan.  Malu bertanya sesat jalan.  Untuk  berjaya, kita mesti jangan ada perasaan malu.

Jom kita sama-sama belajar.  Gerek seh !!!



No comments:

Post a Comment