Wednesday, 25 November 2015

Mengapa Perlu Mula Bisnes Dari Rumah?


Selamat pagi Rabu.  Ceria selalu ya. 

Teks : Norazizah Sudin

Memulakan kerja dari rumah merupakan satu trend pada zaman ini.  Ini adalah peluang dan cabaran untuk memulakannya.  Inilah masanya anda boleh mula memulakan bisnes internet, hanya dari rumah.  Dengan begitu ramai orang menggunakan internet di seluruh dunia, ia telah menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini untuk membuat duit di internet.  Perniagaan dari rumah adalah satu pilihan yang semakin popular bagi orang-orang yang ingin menambah pendapatan. 

Jangan berlengah lagi!  Anda cuma memerlukan keyakinan dan kepakaran untuk melakukannya.  Persoalannya, tanya diri anda "mengapa saya perlu mula bekerja dari rumah?".  Mungkin ini adalah sebab-sebabnya :

1)  Wang
Pada setiap peringkat kehidupan, seseorang perlu membina aliran pendapatan yang menyakinkan.  Bisnes internet adalah salah satu jawapannya!  Mungkin boleh dipanggil sebagai mesin wang otomatik.   Bekerja dari rumah melalui bisnes internet boleh membebaskan anda dari masalah kewangan.  Gunakan sepenuhnya kemudahan internet.  Komputer akan melakukan semua ini, untuk menjalankan bisnes untuk anda 24 jam sehari, di seluruh dunia, walaupun anda sedang tidur.  Pelbagai kemudahan telah tersedia dan anda cuma belajar untuk mengendalikannya sahaja.

2)  Kebebasan
Kebanyakan orang bekerja untuk orang lain dan sudah sampai masa anda berhenti untuk semua ini.  Apabila bekerja di rumah, anda bekerja untuk diri sendiri, anda adalah boss dan anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu tanpa terikat dan tekanan daripada sesiap.  Tetapkan jadual dan perlu ingat walapun anda bekerja di rumah, jangan buat sambil lewa.  Jika anda perlu keluar atas urusan kerja peribadi, siapkan dahulu.  Anda bebas membuat apa sahaja tanpa larangan dari seorang boss, tetapi perlu ingat, kerja mesti disiapkan.  100% keuntungan adalah hak milik anda dari usaha kerja keras anda. 

3)  Keluarga
Kebaikan terbesar adalah apabila anda bekerja di rumah, anda boleh melihat anak-anak membesar dan anda akan sentiasa bersama mereka.  Masa tidak boleh diulang.  Kasih sayang mengatasi segalanya. 

Ingat bahawa internet benar-benar telah mengubah cara orang menjalankan perniagaan. Ia membolehkan anda untuk membuat semua jenis perniagaan dari rumah di mana-mana sahaja di dunia.  Jangan ditangguhkan sehingga esok apa yang boleh dilakukan pada hari ini. 

Jika anda ingin memulakan perniagaan, mulakan sekarang.  Jangan bertangguh lagi. Tidak pernah akan menjadi masa yang lebih baik daripada sekarang.  

Boleh juga bermula dengan kami jika anda tidak mempunyai bisnes.  Promosi produk kami dan kutip komisen.

Kelas yang kami tawarkan :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage, mula bisnes
3. Kelas asas blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun WAHM / SOHO
6. Kelas penulisan ebook pertama.
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes - 5 hari siap
9. Beriklan di SOHO Directory

Kalian boleh pilih dan yuran mengikut kelas.

Kosongkan minda dan bermula dari asas. Biar kecil tapi akhirnya besar.






No comments:

Post a Comment