Friday, 30 January 2015

Bisnes Tanpa Modal

Teks : Norazizah Sudin


Satu cara senang hendak buat bisnes online tanpa perlu modal, cari barang, bungkus barang dan pos barang, boleh jadi dropshipper. Cuma kena ada medium untuk promote dan akaun bank sahaja untuk terima bayaran. 

Ada juga yang berbayar. Cari yang percuma sahaja. Tetapi kena komited la. Keuntungan? Bergantung kepada apa jenis barangan yang dijual. Tetapi duit masuk juga la kan? 

Menjadi dropshipper ni mudah sahaja. Copy paste gambar dan harga tu nak up boleh dan ikut harga dropship pun boleh. Bila ada pelanggan order, bayar dan ambil details. 

Banyak lagi info tentang dropship ni. Belajar buat blog dan produk kami sediakan.

Ada produk fizikal dan digital. Anda yang tentukan berapa banyak keuntungan yang anda mahu.

Bulan Jun sudah puasa.  Jadi bagi kalian yang mahu belajar menjual borong telekung solat, tanpa perlu simpan stok boleh mendaftar kelas ini.

Stok sepanjang tahun.
- Telekung Indonesia.
- Telekung Vietnam.
- Telekung Sulam Ayak.

Mahu simpan stok juga boleh.







Thursday, 29 January 2015

Ruang Periklanan

Teks : Norazizah Sudin


Kami juga membuka ruang periklanan untuk semua pemilik bisnes kecil dan besar.


Berminat boleh PM saya.

Salah satu produk kesihatan yang telah diiklankan di http://sohodirectory.blogspot.com/

Produk Shape Up adalah produk terbaru keluaran New Image. Shape Up didatangkan dengan 2 perisa yang sangat sedap iaitu Berries & Cream dan Chocolate Fudge.

✔ Melangsingkan badan secara sihat
✔ Mencantikkan kulit dan awet muda
✔ Formulasi hebat Alpha Lipid Technology
✔ Pengambilan 2 kali sehari, menjimatkan
✔ Tidak perlu diet ketat, masih boleh makan nasi atau mengambil karbo
✔ Memberi tenaga
✔ Sangat mengenyangkan
✔ Terdapat dalam 2 rasa yang sedap, Coklat dan Berries
✔ 1 tin untuk 2 minggu. Sungguh menjimatkan

Dapatkan produk di sini http://sihatcantiknewimage.blogspot.com/






Wednesday, 28 January 2015

Rugi Tidak Habiskan

Teks : Norazizah Sudin


Kelas yang kami anjurkan ini semuanya secara online.  Hanya ikut tugasan yang sudah ditetapkan langkah demi langkah.  Ikut masa sendiri, masa adalah fleksibel dan jika cepat anda siapkan tugasan, cepatlah habis kelas.  Jangan rasa terbeban sangat dengan tugasan-tugasan ini, bukannya cikgu online nak marah pun sebab tidak ada had masa hendak kena siapkan.  Cuma, sayang kalau tidak siapkan sebab kita sudah bayar. Rugi.

Bermula dengan hanya niat tulis blog dengan serius, melarat ke bisnes dan menambah jaringan kenalan.  Juga mengenali orang-orang yang hebat dan usahawan-usahawan yang berjaya.  Bergaullah dengan orang yang berjaya supaya kita juga suatu hari nanti akan berjaya seperti mereka. InsyaAllah.

Siapa yang boleh sertai ABDR?
✔ Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
✔ Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
✔ Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.

Kami membuka peluang untuk yang ada bisnes online tetapi masih tidak mempunyai kedai online. 

Kelas kami sangat sesuai untuk suri rumah yang baru mahu mula, tidak tahu urusniaga asas, tidak tahu buat borang, tidak tahu mahu mula dari mana, tidak ada produk kita sediakan produk.

Kami ajar : 
✔ bina kedai online
✔ borang tempahan
✔ lima label utama
✔ pautan blog dan fanpage
✔ boleh juga menjual produl digital
✔ boleh menjual produk fizikal
✔ produk borong - telekung solat
✔ mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Hubungi saya untuk bermula.







Saturday, 24 January 2015

Tutorial Kelas Blog

Teks : Norazizah Sudin


Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook.  Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui PM di facebook atau group kelas.  Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Kelas kami boleh rujuk di sini

Banyak testimoni pelajar telah dikongsikan di sini.  

Hubungi saya, guru online, untuk bermula.  Jika tidak sekarang, bila lagi?

Semoga bermanfaat.

Friday, 23 January 2015

Semua Orang Boleh Menulis

Teks : Norazizah Sudin

Setiap orang boleh menulis, hanya perlu tahu teknik dan cara sahaja.   Pelbagai info rasmi disini, kami kongsikan khas untuk semua pembaca yang mahu dapatkan kesihatan, kecantikan, bisnes, kewangan, tip surirumah, masakan.  Juga kami himpunkan penulis dari pelbagai latar belakang, antaranya arkitek, farmasi, akauntan, guru, pensyarah, jurutera, usahawan dan banyak lagi.  Kami bergabung dan membantu membina rangkaian melalui jaringan blog dan ia juga kerjasama trafik antara pautan blog.


Manakala usahawan boleh pula memilih untuk mengiklankan produk di sohodirectory iaitu platform untuk beriklan. Sudah lebih 900 blog bergabung di akademi, 21 kelas, 10 guru online sedang bertugas. 

Sertai kami secara online, 2 kelas popular sepanjang tahun 2014 :
1. Kelas asas blog penulisan
2. Kelas asas blog fan page mula bisnes

Kelas online sepenuhnya. Tiada limit masa dihadkan.  Komunikasi melalui group kelas dan PM di FB.  Masa belajar ikut masa kalian sendiri.  Santai dan tiada tekanan.  Yuran kelas hanya sekali bayar sahaja.  Tidak perlu online setiap masa.  Online hanya ketika waktu mahu belajar sahaja.  Boleh mula belajar serta merta.

Kenapa kelas ini diadakan?  Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja.  Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Sudah bersedia?  Hubungi saya sekarang!


Tuesday, 20 January 2015

Pengurus Online WAHD

Teks : Norazizah Sudin

Seronok saya lihat kejayaan Pengurus Online saya, seorang lelaki yang sangat bermotivasi. Beliau telah berjaya dengan bisnes terbarunya.


Selamat Datang ke Warna Warni Studio.

Kami menawarkan pelbagai khidmat design untuk kemudahan para pelanggan.

Terima Kasih sudi mendapatkan khidmat kami.
Semoga kerjasama kita terjalin erat untuk jangkamasa yang panjang.

Salam Penghargaan daripada kami kakitangan Warna Warni Studio

" Servis Lima Bintang, Harga Kaki Lima"

Dapatkan khidmat dari Pengurus Online ABDR, Ahmad Shahrin, diWarna Warni Studio

Boleh hubungi beliau untuk mendapatkan khidmatnya.

Untuk yang ingin menjadi seperti beliau, boleh hubungi saya untuk kita mulakan projek tahun 2015.  

Inilah penting bila kita ada kepakaran dan minat.  Serlahkan minat anda.  

Jom kita start gear sekarang!

Sunday, 18 January 2015

Tetapkan Matlamat Suri Berkerja Dari Rumah

Teks : Norazizah Sudin

Jangan berlengah lagi!  Bulan Januari 2015 bakal berakhir.  Tetapkan jangka panjang, jangka pendek dan matlamat harian.

Apa sahaja matlamat anda jika boleh siapkan.  Contoh matlamat untuk bulan Januari, hendak belajar buat kek.  Jadi cari lah kelas yang berkaitan.  Sertai kelas, tanya cikgu cara hendak letak kos, cara nak jual dan semua tentang kek yang anda belajar. Kemudian, cara hendak promosi, buat dan promosi di kalangan jiran-jiran dahulu.  Boleh juga buat kek dan anak bawa ke sekolah.  Bagi cikgu dan rakan anak rasa dahulu.  

Jika ada akaun facebook, boleh promosi di facebook.  Boleh juga belajar buat blog dan buat kedai kek online.  Itu matlamat bulan Januari.  

Kita sambung matlamat bulan Februari.  Simpan untung buat kek dan belajar cara urus akaun pula.  Cari pula kelas yang berkenaan akaun.  

Mudah jika kita tahu apa matlamat kita dan apa yang kita hendak capai.  Buat dan buat. Jangan berlengah lagi.

Hendak mengurangkan berat badan?  Kurangkan makanan berlemak, makanan berminyak dan lain-lain yang tidak patut anda ambil.  Buat list.  Kadang-kadang kita perlu bekerja keras hanya untuk mengekalkan matlamat apa yang kita ada dan apa yang kita hendak. Oleh itu, kita mesti menetapkan matlamat ini dengan jelas.  

Kalau matlamat itu besar, kecilkan skop matlamat kita.  Mulakan dengan matlamat secara keseluruhan dan kecilkan untuk mengenal pasti apa matlamat harian untuk mencapai matlamat bulanan kita.  

Jadi bagi suri rumah yang sudah ada matlamat untuk berbisnes online, boleh hubungi saya untuk memulakan kelas online / offline blog bisnes.





Saturday, 17 January 2015

Jana Pendapatan Melalui Blog

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Keinginan untuk berhenti kerja terpancul selepas saya membaca satu kisah di laman Facebook. Kisah yang membuka mata saya mengenai wanita bekerja. Mengenai kepincangan masyarakat yang berlaku, keruntuhan rumahtangga dan peranan isteri dalam islam yang sebenarnya. Saya terpinga sewaktu membaca artikel tersebut. Sangat membina. Ketika itu pula suami ditugaskan ke luar negeri. Jadi saya rasa sudah sampai masa saya berhenti kerja dan menjalankan tanggungjawab yang sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Ketika itu saya masih menjelajah di internet mengenai bekerja dari rumah. Semua saya buka dan baca. Satu-satu blog dan laman web saya baca dan fahamkan. Tekad ketika itu 2015 saya mahu berhenti kerja. Tetapi saya mahu menjana pendapatan dari rumah. Bukan duduk goyang kaki sahaja. Akhirnya saya terjumpa blog kak Aishah Hussein. Beliau bercerita mengenai bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan dengan penulisan blog. Wah. Sangat menarik. Ketika itu saya sudah mahu berkongsi mengenai penyusuan susu ibu. Saya menjelajah lagi ke blog-blog alumni. Akhirnya saya mendapati bahawa rakan pejabat saya iaitu Puan Kizeewatty ada dalam list ini. Tanpa membuang masa saya terus bertanya kepada beliau mengenai Akademi Bekerja Di Rumah.

Pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan sebelum saya menyertai ABDR. Akhirnya pada bulan February 2014, saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah dibawah guru online saya iaitu Puan Nisa. Alhamdullillah, perjalanan untuk berhenti kerja nampak semakin cerah bila bersama-sama dengan mereka yang bekerja di rumah juga. Saya mulakan entry pengenalan diri dan seterusnya hinggalah ke blog perniagaan saya. Semuanya berkat tunjuk ajar rakan-rakan ABDR. 

Mungkin anda tertanya apakah sebenarnya ABDR ini. 
  • Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah. 
  • Kami bergabungan bersama dengan 600 blog peserta, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. 
  • Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. 
  • Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut. 
  • Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas. 
  • Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.
Allahuakbar. Perjalanan saya untuk berhenti kerja nampaknya semakin cerah. Saya tahu saya akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan persaingan dalam perniagaan. Tetapi bukankah Allah ada dengan saya. Allah akan tolong saya. Dengan syarat saya mesti berdoa dan berusaha. Jadi kepada suri berkerjaya jangan takut untuk berhenti kerja. Fikirkan tentang anak, fikirkan tentang suami. Anda akan jumpa jalannya. Insyaallah. Semoga entry saya kali ini dapat membuka mata anda untuk memulakan langkah pertama untuk menjadi Work at Home Mother (WAHM)








Friday, 16 January 2015

Pengalaman Anak Bersekolah

Teks : Norazizah Sudin

Tahun 2015 cepat berlalu.  Hari ini sudah 16 hari.  Blog pun sudah lama tidak di'update'.  Talian internet di rumah selalu tergendala disebabkan kata TM,  kabel kena curi.  Sudah 2 kali perkara ini berlaku.  Ambil masa 6 hari baru boleh digunakan.  

Alhamdulillah, buat pertama kalinya saya merasa pengalaman anak bersekolah.  Setiap pagi menghantar anak dan setelah itu mengambil dia balik dari sekolah.  Seronok dan suka dia berjumpa kawan-kawan barunya.  Anak saya ini sekolah Tadika Pasti.  Umurnya baru 4 tahun.  Hari ke tiga dia menangis tidak mahu ke sekolah sebab penat dan mengantuk katanya.  Setelah memujuk, barulah hendak ke sekolah.  

Setiap pagi bangun mesti ambil masa dalam 20 minit untuk mandi dan bersiap.  Itulah tanggungjawab seorang ibu kan?  Tetapi seronok sebab Alhamdulillah, dapat juga merasa bagaimana melayan kerenah anak sekolah.

Tugasan mengajar kelas blog tetap diteruskan.  Untuk yang ingin belajar dan menjana pendapatan dari rumah, boleh belajar kelas blog bisnes.  Setiap hari ambil masa 3 jam sudah mencukupi.  Masa boleh pilih ikut kesesuaian.

Untuk kelas asas bisnes online, akan diajar silibus berikut :

- bina kedai online
- borang tempahan
- lima label utama
- pautan blog dan fanpage
- boleh juga menjual produl digital
- boleh menjual produk fizikal
- produk borong-telekung solat
- mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

Salam sayang,
Norazizah Sudin
Guru Online ABDR



Thursday, 8 January 2015

Cabaran Diri Sendiri


Cabaran paling besar adalah diri sendiri.

Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri.  Kerja dari rumah memerlukan motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat.  Terlalu banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal.  Jadi mereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya ketika mengalami masalah-masalah tersebut.

Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan.
Pegangan saya - if you can dream it, you can do it.  Saya memiki banyak impian dan salah satunya membantu orang lain.  Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita.  Jadi kita semua kena bangkit menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.

Perlu jelas matlamat bekerja di rumah.
Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan.  Ramai orang yang memulakan bisnes tanpa tujuan yang jelas.  Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang diawal hari.  Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online.

Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniagaan yang dijalankan.

Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tetapi mesti memperuntukkan sebahagian dari masa.
(SUMBER EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM)
EBOOK BONUS PENDAFTARAN KE KELAS ONLINE ABDR

Ebook ini hanya boleh didapati dari stor ABDR sahaja.  Tidak rugi memilikinya.  Banyak tips yang boleh didapati dari ebook ini.

Untuk buat blog pun perlu berguru juga.  Boleh belajar secara online atau offline.  Ramai yang sudah belajar secara online dan sudah pun pandai buat blog sendiri, bukan 1 sahaja malah lebih.  

Bagaimana?  Jika sudah bersedia, pendaftaran dibuka setiap hari.



Wednesday, 7 January 2015

Fokus 2015

Teks : Norazizah Sudin

Sudah seminggu bulan Januari 2015.  Permulaan yang baik diharapkan untuk semua dan diri sendiri, InsyaAllah.

Untuk yang rasanya tidak sempat, tidak dapat dan tidak tercapai pada tahun 2014, boleh dibawa ke tahun ini.  InsyaAllah, fokus dan komited untuk dapatkan apa yang dihajati ya.

Jangan cepat berputus asa dan mengalah.  Teruskan dengan lebih usaha dan lebih positif.  Jangan berkata tidak untuk semua perkara.  Katakan ya dahulu, cuba buat dan jika tidak boleh buat, cari alternatif lain dan mesti boleh buat sampai berjaya.  Tekad, usaha dan komited tangga kejayaan.

Kami di ABDR juga begitu.  Ada yang tidak habiskan tugasan tetapi setelah dapat semula mencari momentum, Alhamdulillah, sudah boleh mula fokus.  

Seperti saya, tips berbisnes online masih banyak yang perlu dipelajari.  Pelbagai cara boleh dibuat seperti iklan di instagram, blog, facebook, twitter dan fanpage.  

Untuk yang ada bisnes tetapi tidak mahu ada kedai, buat blog dan fanpage.  Ada yang tidak suka promosi di facebook, hanya di blog sahaja.  Blog mesti padat dengan informasi seperti butiran bayaran, borang bayaran, butiran produk dan lain-lain.  Sertakan gambar-gambar yang menarik dan detail dengan informasi produk dan harga.  Jangan lupa sertakan no telefon untuk mudah dihubungi.  

Lagi?  Boleh hubungi saya untuk belajar mula asas buat blog bisnes.  Tidak ada produk?  ABDR ada produk untuk dipromosikan seperti produk digital dan fizikal.  Jika sudah ada produk sendiri, boleh promosikan produk sendiri di blog.

Kelas kami dibuka setiap hari untuk pendaftaran.  Hubungi saya jika sudah bersedia untuk diberi tunjuk ajar dan buat tugasan.




Saturday, 3 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Teks : Norazizah Sudin

Alhamdulillah.  Tahun baru 2015.  Selamat tahun baru 2015 dan semoga lebih banyak lagi cerita-cerita menarik dan indah akan datang untuk kita. 



Tahun 2015.  Tahun yang mencabar kata pakar ekonomi.  Apa-apa pun ekonomi kita, kita yang tahu dan merancang.

Bagi suri rumah dan suri yang berminat untuk memulakan kerja di rumah, boleh sertai ABDR bersama kami.  Kelas pendaftaran dibuka setiap hari. 

Selamat datang pelajar Januari ke Akademi Bekerja di Rumah. Kelas popular sepanjang 2014 :
1. Kelas asas blog penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes (produk sendiri dan dropship ABDR)
3. Kelas urus akaun bisnes
4. Pendaftaran Pengurus Online Akademi.


Saya juga membuka kelas secara offline untuk warga JB.  Boleh hubungi saya untuk mendaftar.

Salam sayang