Saturday, 28 February 2015

Kelas Akaun Sepanjang Bulan Mac

Bagi yang mempunyai bisnes dan ingin belajar urus akaun bisnes dengan betul, boleh sertai kelas akaun kami.

Tarikh Kelas akaun bulan Mac.


1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh : 13 Mac 2015, Jumaat
dan 27 Mac 2015, Jumaat
Masa : 9.30pg - 12.30tgh

Yuran : RM 150.00 

Modul 1 : Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2 : Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - Modul 1 & 2


Bonus :
1. Ebook 101 idea home based bisnes
2. Beriklan di soho directory setahun



2. Bengkel Asas Akaun
Tarikh : 21 Mac 2015, Sabtu
Masa : 9.15 am-5.15 pm
Kelas dalam kumpulan Besar (20-35 pax)
Lokasi : Shah Alam.
Yuran : RM220.00 

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi.  Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1 :
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2 :
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3 :
Jaminan pulangan wang


3. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh : 11/3, 18/3 atau 25/3 2015, Rabu
Masa : 9.15am-4pm
Lokasi : Putrajaya.
Yuran : RM250.00

Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik :
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Bonus 1 :
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2 :
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3 :
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan 









Monday, 16 February 2015

Belajar Asas Membina Blog Mula Bisnes

Teks : Norazizah Sudin

Alhamdulillah dan syukur masih diberikan kesempatan untuk berkongsi dan meneruskan pembelajaran di ABDR, mengajar kelas blog dan berkongsi pengalaman bisnes online.  

Saya ingin berkongsi tentang 2 kelas popular sepanjang tahun di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1)  KELAS ASAS BLOG PENULISAN
     ✔  belajar konsisten menulis
     ✔  belajar menulis mengikut fokus produk
     ✔  belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
     ✔  pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2)  KELAS ASAS BISNES ONLINE
     ✔  bina kedai online
     ✔  borang tempahan
     ✔  lima label utama
     ✔  pautan blog dan fanpage
     ✔  menjual produk digital
     ✔  menjual produk fizikal

KELAS ASAS BLOG MULA BISNES 
Masalah yang biasa dihadapi :
1. Sudah ada produk, tetapi tidak tahu cara untuk mula pasarkan dan tidak tahu cara untuk berkongsi

2. Mula dengan shopping cart tetapi tidak ada sasaran pelanggan

Penyelesaiannya :
➳  Bina blog berkaitan manfaat produk untuk menerangkan manfaat untuk masalah pelanggan.
contoh : produk susu ibu, menerangkan tentang ilmu-ilmu penyusuan.

contoh : produk pendidikan awal kanak-kanak, menerangkan manfaat produk membantu ibu mengajar anak-anak di rumah.

➳  Bina blog untuk mula bina penjenamaan diri, mula kumpul khayak pembaca dan bakal pelanggan berdasarkan produk yang kita tawarkan.

Belajar lebih lanjut cara ini, dalam kelas online blog mula bisnes ABDR
Pendaftaran dibuka setiap hari dan pendaftaran untuk bulan Februari sudah dibuka.



Thursday, 5 February 2015

ABDR Bukan MLM

Teks : Norazizah Sudin

Ini soalan yang biasa ditanya kepada kami :

1) Adakah ABDR MLM?
   ✔ Kami bukan MLM 
   ✔ Kami adalah kumpulan sokongan untuk surirumah yang mahu belajar asas bisnes                onnline.
   ✔ Latihan ini dilakukan secara online, walau di mana sahaja kalian berada.
   ✔ Latihan ini juga boleh dilakukan secara one to one.


Untuk yang berada di sekitar Pasir Gudang, boleh belajar one to one ya.  Boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Apakah ABDR ini?

➤ Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah. 
➤ Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.

Kenapa anda perlu ikuti kelas online ABDR ini?

✔ Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas. 
✔ Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.

Jom memulakan langkah pertama anda untuk menjadi Work at Home Mother (WAHM) sekarang.

Jom sertai kelas online asas blog dan penulisan ATAU mana-man
a kelas online di sini :
➧ Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
➧ Kelas online iklan di mudah.my
➧ Kelas online penulisan kreatif
➧ Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
➧ Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
➧ Tempahan Blog Bisnes / Blog Penulisan
➧ Ruang Iklan di Soho Directory

Mulakan langkah anda sekarang.  Jangan malu untuk bermula.  Jangan malu jika tiada langsung asas internet.  Kami akan ajar dari A ke Z, InsyaAllah.






Wednesday, 4 February 2015

Pengalaman Seorang Suri Rumah Berbisnes Online

Teks : Norazizah Sudin

Sejak berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, banyak masa dihabiskan dengan tugasan mengajar blog dan juga menjual online.  Saya seronok sebab saya minat dan jika satu hari tidak mengadap blog dan menjual di online rasa tidak lengkap!  Masa yang saya hadkan untuk bisnes online saya adalah 3 jam sahaja di waktu pagi dan 3 jam di waktu petang.  Malam masa untuk melihat status, kemas kini dan sebagainya jika ada tempahan dan pertanyaan daripada pelanggan.  Walaupun begitu, sebagai empunya kedai online, wassap saya sentiasa dipenuhi dengan pertanyaan pelanggan yang sentiasa bertanya.  Kadang-kadang sampai tidak terjawab tetapi sebagai pelanggan kita perlu melayan dengan hormat.  Ada juga kadang kala pertanyaan dijawab agak lambat sebab ada tugasan lain.  Jadi sebelum tidur, saya akan pastikan semua pertanyaan pelanggan telah dijawab.

Seawal pagi, sesudah subuh, saya akan membuka kedai online dan menyemak jika ada komen, status dan order daripada pelanggan.  Catitkan dahulu dan setelah itu teruskan tugasan di dapur dahulu.  Menyiapkan anak ke sekolah, membuat sarapan untuk anak dan menghantar anak ke sekolah dahulu.  Setelah itu, balik ke rumah dan sambung tugasan di dapur.  Memasak untuk tengahari.  Jika ada tugasan lain di luar, perlu keluar dan siapkan tugasan tersebut.  Jika tidak, saya akan sambung kerja di kedai online saya dan lain-lain seperti kemas kini blog, semak email.  

Pukul 12.00 mengambil anak balik dari sekolah dan tugasan tengahari menanti.  Makan bersama-sama dan masa bersama dia.  Berborak dengan anak dan tanya apa yang dia belajar di sekolah pada hari tersebut.  Anak saya ini baru 4 tahun dan bersekolah tadika. Biasanya setelah dia tidur tengahari, saya akan sambung tugasan di kedai online saya. Masa bergantung kepada waktu tidur dia.  

Petang tugasan lain pula.  Masa untuk bermain dengan anak seperti main bola dan basikal. Menyiram pokok dan menyapu sampah di laman adalah satu kemestian.  

Malam adalah masa untuk bersama famili.  Makan bersama-sama dan masih lagi bermain atau membaca buku bersama anak.  Setelah dia tidur, saya akan menyemak lagi kedai dan menjawab semua pertanyaan daripada pelanggan yang tidak sempat dijawab pada waktu siang hari dan petang.  Setelah itu, tulis senarai untuk esok hari.  Semak catatan, akaun dan lain-lain yang berkaitan.  

Berbisnes online ini pada pendapat saya, memang menyeronokkan jika kita suka dan jatuh cinta dengan bisnes kita.  Jika buat sambil lewa, tidaklah seronok mana pun!

Buat target untuk hari esok.  Sebagai contoh, jika kita inginkan RM100, jadi apa yang perlu dibuat.  Buat jualan.  Jika buat dropship, cari barangan yang dijual untuk dapatkan komisen RM50 untuk setiap jualan.  2 barangan sudah RM100.  Nampak mudah tetapi jika fokus buat, mesti dapat.  

Saya rasa setakat ini sahajalah pengalaman berbisnes secara online dari saya.  InsyaAllah, di lain entri saya sambung lagi ya.

Saya tidaklah sehebat mana pun.  Hanya sekadar berkongsi pengalaman.  Jika ada yang lebih hebat dari saya, boleh kongsikan bersama saya ya.

Salam sayang.