Thursday, 26 November 2015

Catuan Air Pasir Gudang

Sudah 4 bulan catuan air di Pasir Gudang.

Sambil menunggu ada air pada pukul 3am nanti, saya update blog dulu.  InsyaAllah mata masih bertahan ni.  Kalau rasa mengantuk, terus tidurlah.  Esok pagi bermulalah rutin membasuh baju dan lain-lain setelah air tiada untuk 2 hari ini.

Esok juga jam 10 pagi, kelas offline blog bisnes saya bermula.  Usahawan DNA Global yang ingin menuntut ilmu dari saya.  Blog belum ada katanya.  InsyaAllah, semoga sama-sama belajar dan bisnesnya berkembang maju.

Sedikit perkongsian saya di malam hari ni.  

Jangan membawa tidur masalah anda.
Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesihatan tidur kita. Fikiran bawah sedar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.

Semoga bermanfaat dan selamat malam.

Untuk yang berminat untuk belajar asas blog bisnes, bolehlah hubungi Kak Zah ya.  Jangan malu-malu dan segan.  Malu bertanya sesat jalan.  Untuk  berjaya, kita mesti jangan ada perasaan malu.

Jom kita sama-sama belajar.  Gerek seh !!!



Wednesday, 25 November 2015

Mengapa Perlu Mula Bisnes Dari Rumah?


Selamat pagi Rabu.  Ceria selalu ya. 

Teks : Norazizah Sudin

Memulakan kerja dari rumah merupakan satu trend pada zaman ini.  Ini adalah peluang dan cabaran untuk memulakannya.  Inilah masanya anda boleh mula memulakan bisnes internet, hanya dari rumah.  Dengan begitu ramai orang menggunakan internet di seluruh dunia, ia telah menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini untuk membuat duit di internet.  Perniagaan dari rumah adalah satu pilihan yang semakin popular bagi orang-orang yang ingin menambah pendapatan. 

Jangan berlengah lagi!  Anda cuma memerlukan keyakinan dan kepakaran untuk melakukannya.  Persoalannya, tanya diri anda "mengapa saya perlu mula bekerja dari rumah?".  Mungkin ini adalah sebab-sebabnya :

1)  Wang
Pada setiap peringkat kehidupan, seseorang perlu membina aliran pendapatan yang menyakinkan.  Bisnes internet adalah salah satu jawapannya!  Mungkin boleh dipanggil sebagai mesin wang otomatik.   Bekerja dari rumah melalui bisnes internet boleh membebaskan anda dari masalah kewangan.  Gunakan sepenuhnya kemudahan internet.  Komputer akan melakukan semua ini, untuk menjalankan bisnes untuk anda 24 jam sehari, di seluruh dunia, walaupun anda sedang tidur.  Pelbagai kemudahan telah tersedia dan anda cuma belajar untuk mengendalikannya sahaja.

2)  Kebebasan
Kebanyakan orang bekerja untuk orang lain dan sudah sampai masa anda berhenti untuk semua ini.  Apabila bekerja di rumah, anda bekerja untuk diri sendiri, anda adalah boss dan anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu tanpa terikat dan tekanan daripada sesiap.  Tetapkan jadual dan perlu ingat walapun anda bekerja di rumah, jangan buat sambil lewa.  Jika anda perlu keluar atas urusan kerja peribadi, siapkan dahulu.  Anda bebas membuat apa sahaja tanpa larangan dari seorang boss, tetapi perlu ingat, kerja mesti disiapkan.  100% keuntungan adalah hak milik anda dari usaha kerja keras anda. 

3)  Keluarga
Kebaikan terbesar adalah apabila anda bekerja di rumah, anda boleh melihat anak-anak membesar dan anda akan sentiasa bersama mereka.  Masa tidak boleh diulang.  Kasih sayang mengatasi segalanya. 

Ingat bahawa internet benar-benar telah mengubah cara orang menjalankan perniagaan. Ia membolehkan anda untuk membuat semua jenis perniagaan dari rumah di mana-mana sahaja di dunia.  Jangan ditangguhkan sehingga esok apa yang boleh dilakukan pada hari ini. 

Jika anda ingin memulakan perniagaan, mulakan sekarang.  Jangan bertangguh lagi. Tidak pernah akan menjadi masa yang lebih baik daripada sekarang.  

Boleh juga bermula dengan kami jika anda tidak mempunyai bisnes.  Promosi produk kami dan kutip komisen.

Kelas yang kami tawarkan :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage, mula bisnes
3. Kelas asas blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun WAHM / SOHO
6. Kelas penulisan ebook pertama.
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes - 5 hari siap
9. Beriklan di SOHO Directory

Kalian boleh pilih dan yuran mengikut kelas.

Kosongkan minda dan bermula dari asas. Biar kecil tapi akhirnya besar.






Tuesday, 24 November 2015

Tips Bisnes Online

Tips Bisnes

Ikhlas dan Senyum – “Sapa bakal pelanggan/pelanggan dengan senyuman. Mudah sahaja, letak sahaja ikon senyum apabila berbicara dengan pelanggan walaupun hanya mesej melalui talian online. Gunakan ia sebaiknya.

Senyuman itu membenarkan kita berurusan dengan baik dengan pelanggan. Ia adalah penghargaan yang cukup mudah.

Mungkin sebelum ini kita merasakan bahawa perkara ini adalah perkara remeh dan tidak penting! Tapi, sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar.

Jika kedai fizikal sekalipun, jika peniaga bermuka manis dan sentiasa senyum kita pun rasa selesa dan bersemangat hendak membeli! Jika sebaliknya? Terus rasa hendak keluar dari kedai kan?.
(Sumber : EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN ONLINE)

Ebook ini juga bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR.

Pendaftaran setiap hari.

Saya buka kelas offline untuk suri rumah yang ada bisnes, tetapi belum ada kedai online. Luaskan kuasa mu (macam tagline JDT 😄)

Tidak pandai IT? Jangan malu.  Belajar dari asas dan kosongkan minda.

Jom.  Hubungi saya untuk bermula.




Sunday, 22 November 2015

Kelas Blog Bisnes

Assalamualaikum,

Untuk suri rumah di sekitar Pasir Gudang / JB, saya mencari protege seramai 5 orang untuk sama-sama berkongsi kepakaran bisnes mereka.  Syarat mesti sudah ada bisnes tetapi buat secara offline sahaja.  Belum ada kedai online.  

Yang belum ada bisnes pun boleh sertai juga.  

Jom. Kita gegarkan semua suri rumah.  Tidak pandai?  Janganlah malu.  Kita belajar sama-sama.  Belajar dari zero.  Kosongkan minda dan sifat terbuka.  Boleh terima teguran dan tidak malu untuk ditunjukajar.

Hubungi saya di 019-7461502

Salam sayang,
Kak Zah






Monday, 16 November 2015

Bina Blog Promosi Kedai Online

Assalamualaikum

Pelbagaikan medium pemasaran.

Jangan bergantung kepada satu medium sahaja.  Boleh guna medium di bawah :

1)  Facebook / fanpage untuk perkenalkan produk kita kepada rakan, family.

2)  Blog - untuk pembaca dan bakal pembeli di carian google

3)  Instagram

Jom belajar lanjut dalam kelas online blog bisnes ABDR.


Kelas yang selalu mendapat sambutan adalah KELAS ASAS BLOG MULA BISNES.

Perkara yang diajar dalam kelas blog bisnes ini adalah :

1)  Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2)  Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3)  Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4)  Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk pilihan seperti produk sunnah, buku, pakej ebook dan ruang periklanan.
5)  Belajar jana pendapatan melalui blog.
6)  Asas kedai online, borang tempahan dan lima label utama.
7)  Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8)  Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh


Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.


Jika ada produk tetapi belum ada kedai online, boleh hubungi saya untuk kita mula.

Jika tidak ada produk, jangan bimbang dan gusar, kerana kami di ABDR ada produk untuk kalian.  

Jom, kita mula gear.  Kosongkan minda.  

Salam sayang dari saya.

Kak Zah