Thursday, 27 October 2016

Promosi Gstar Kids

Bismillah

Suplemen IQ Booster bagaimana yang ibu-ibu pilih untuk si manja?

Kak Zah pun ada jual Gstar Kids untuk anak-anak 11 tahun ke bawah.  Alhamdulillah, sejak Wafi kunyah-kunyah, sudah nampak perubahannya.  Senang bangun pagi, rajin baca buku tanpa disuruh dan aktif sangat.

Ada promosi sempena minggu peperiksaan ya ibu-ibu semua.

Jom kita tengok.



Pos percuma dan dapat 'gift' percuma juga tau.

Tanpa disuruh, Wafi suka makan Gstar.  Kadang-kadang sampai 4 biji sehari.

Berminat dan hendak info lanjut, boleh lah Whatsapp Kak Zah di 019 7461502.












Friday, 21 October 2016

Perkongsian Tazkirah Ringkas

Assalamualaikum 

Bismillah

Perkongsian tazkirah ringkas dari Ustaz Mat Esa Deraman.

Sedikit peringatan buat hati yang gersang.

Hasan Al Basri R.A berkata (110H) :

1)  Mereka melakukan dosa dan berangan-angan mendapatkan keampunan
2)  Mereka belajar tetapi tidak beramal
3)  Mereka beramal tetapi tidak ikhlas
4)  Mereka memakan rezeki Allah Taala tetapi tidak bersyukur
5)  Mereka tidak redha dengan pembahagian Allah Taala
6)  Mereka menghadiri pengkebumian tetapi tidak mengambil pengajaran

Semoga bermanfaat untuk semua.





Wednesday, 12 October 2016

Sanah Helwah Hero Kenit Ibu

Bismillah

SANAH HELWAH YA WAFI !!!
SELAMAT HARI LAHIR !!!
SELAMAT HARI JADI !!!
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN !!!

Selamat hari lahir ke 5, AHMAD WAFI.  Happy birthday buat anak kesayangan Ibu dan Abah.

Anak adalah anugerah
Anak juga amanah
Kehadirannya membuat hidup sempurna
Senyumannya menghilangkan rasa lelah
Anak-anak adalah hiburan kala duka

Alhamdulillah.  Hari in 12 Oktober 2016, genap 5 tahun usiamu.

Selamat ulang tahun sayang.

Setiap solat ibu dan abah tidak pernah lupa mendoakan Ahmad Wafi agar menjadi anak penyejuk mata, yang baik budi pekertinya, pandai otaknya, lembut hatinya, gagah dan juga berani.

Juga Ibu dan Abah doakan Wafi sehat selalu dan menjadi orang yang sukses.  Ibu dan Abah doakan Wafi membesar sihat sempurna, menjadi anak yang baik dan soleh yang sentiasa taat perintah Allah SWT dan Rasul.  Wafi adalah anugerah bagi Abah dan Ibu.  Ibu dan Abah sentiasa doakan agar Wafi sentiasa dalam lindunganNya.

Selamat ulang tahun hero kenit ku ❤❤









Friday, 30 September 2016

Pak Lang Ahmad

Kembalinya Pak Lang pada 10 Zulhijjah 1437H. 

Kami mendapat berita pemergiannya pada jam 11.56 pagi di grup Whatsapp.  Berita yang amat memeranjatkan kami sekeluarga kerana pada pagi Hari Raya AidilAdha, beliau telah memberi ucapan salam dan tazkirah.

Sesungguhnya kematian tidak mengenal usia dan ketika.  

Pak Lang Ahmad adalah bapa saudara sepupu sebelah arwah Abah.  Seorang bapa saudara yang sangat rapat dengan arwah Abah.  Pak Lang pada setiap pagi akan memberi salam dan sedikit tazkirah di dalam grup Whatsapp famili Generasi Mahat Rumbia.  Beliau juga akan memberi soalan-soalan kuiz dan berbalas pantun sesama semua saudara mara.  Celoteh beliau sangat kami rindui setiap pagi.  Sekarang tiada lagi semua itu.  

Allahyarham seorang bapa saudara yang amat mementingkan silaturahim sesama saudara, kenalan mahupun sesama manusia.

Pak Lang Ahmad amat kami sanjungi.  Beliau merupakan tonggak ikatan keluarga dan pengukuh ukwhah.  

Kami sungguh-sungguh merasai kehilangannya.  Sesungguhnya kami mendoakan perpindahan beliau ke alam barzakh merupakan pintu beliau ke Syurga para solihin.

Kami doakan Allah mengurniakan kedudukan yang terpuji bagi beliau.  Aamiin.

Kami akan sentiasa merindui Pak Lang.  




Wednesday, 21 September 2016

Hari Raya Aidil Adha 1437H

Assalamualaikum semua,

Tahun ini seronok sangat sebab dapat beraya Aidil Adha dengan semua adik beradik di Kg Hubong, Endau.

Sebelum itu, pada 10hb September 2016 / 8 Zulhijjah 1437H, meraikan perkahwinan anak saudara. Jadi kami sepakat la terus sambut raya di kampung.  Alhamdulillah.




Sehari sebelum hari raya, saya dan anak-anak saudara lepak-lepak di Pantai Pasir Lanun, Endau.




Macam-macam gelagat anak-anak saudara.





Tuesday, 20 September 2016

Hati Kena Kebal

Assalamualaikum semua,

Nak buat bisnes online ni hati kena kebal tau.  Hendak tau sebab apa?

Jom kita baca.

=>>  Kebal hati kalau waktu anda promosi barang jualan, tiada orang yang like pun.  Tetapi kalau pos gambar selfie, welfie ke atau apa-apa la, iaitu gambar yang tidak ada kena mengena langsung dengan bisnes anda, berderet-deret malah beratus-ratus pulak like, betul tak?

=>>  Kebal hati kalau pengikut atau rakan anda di FB atau IG akan berkurangan.  Mereka tidak lagi menjadi pengikut atau rakan anda kerana sudah bosan sebab anda asyik pos testimoni, gambar produk dan lain-lain berkatian bisnes.

=>>  Kebal hati kalau kawan-kawan terdekat anda tidak lagi sokong bisnes anda malah mereka akan kondem pulak.  Jadi apa akan anda buat?  Sentap?

=>>  Kebal hati kalau ada sebulan atau dua bulan tu, anda langsung tidak ada jualan.  Ataupun sehari, anda cuma dapat jual seunit sahaja produk anda.

=>>  Jadi untuk yang berniaga online atau atas talian tu, baik secara sepenuh masa atau separuh masa, sentiasalah positif dan jangan putus asa.  

Rezeki Allah itu sangat-sangat luas.  Pedulikan apa orang kata dan buat pada anda.  Anda teruskan sahaja dengan apa yang anda buat.  Pekakkan telinga dan butakan mata.  Butakan mata pada orang-orang negatif begini.  Jalan terus.

Hidup ini macam roda.  Ada ketika di atas dan ada ketikanya di bawah.  Yang penting, usaha, doa dan tawakkal.

Semoga kita yang berniaga secara kecil-kecilan atau besar-besaran ini dimurahkan rezeki melimpah ruah dan terus sukses!!

Faham kan?  





Sunday, 28 August 2016

Tips Asas Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum,

Minum petang apa hari ni?

Selamat berhujung minggu.

Jom kita baca tips asas bekerja di rumah.

1)  Bekerja dengan anak kecil berbeza dengan bekerja dengan anak-anak yang sudah bersekolah.

2)  Ubahsuari, atur dan susun mengikut masa fleksibel.

3)  Ada perkara boleh pejam mata, sila pejam mata.  Ada perkara boleh urus buat satu persatu dengan tenang.

4)  Ya, kita adalah apa yang kita fikirkan.  Kadangkala ada banyak perkara yang mahu dicapai serentak tetapi perlu akur dengan keadaan.

Fokus perkara yang berada dalam kawalan, sementara perkara yang lain berdikit-dikit ubahsuai dengan kemampuan.

*Credit : Pn. Masayu Ahmad




Thursday, 25 August 2016

Petua Senang Hati

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Senangnya dalam hati.  Tiada yang kacau.  Hidup mesti diteruskan samada gembira atau sedih. Jangan sedih-sedih ya.  Happy always!!!

Kak Zah nak kongsi petua sikit.  Jom kita baca ya.

=>>  Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan Allah

=>>  Latih hati sentiasa ingat Allah memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat

=>>  Latih hati sentiasa bergantung dengan Allah dan tidak terlalu mengharapkan manusia

=>>  Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat daripada Allah

=>>  Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun daripada Allah

InsyaAllah, jika istiqamah dengan semua petua di atas, hati kita akan sentiasa redha dengan segala ujian.  

Semoga bermanfaat.


*Nak join bisnes tanpa modal, boleh hubungi Kak Zah ya.


Saturday, 13 August 2016

Bisnes Tanpa Modal

Assalamualaikum,

Lama tidak bersiaran.  Apa khabar semua?  Alhamdulillah, semoga semuanya sihat di samping famili tersayang.

Selamat berhujung minggu.

Kak Zah nak ajak suri rumah untuk sertai team dropship Kak Zah.  Hendak menjana pendapatan dari rumah?  Yang bukan suri rumah pun boleh sertai juga. Di samping dapat duit pasar, dapat juga ilmu online yang akan Kak Zah kongsikan nanti.  

Amacam?  Berminat?  PM atau Whatsapp je Kak Zah ya.




Ada syarat-syarat tau.  Nak tau?  Whatsapp cepat!!!

Tuesday, 3 May 2016

Mengapa Perlu Ada Blog?

Assalamualaikum,

Mengapa perlu ada blog?

Jom kita tengok.

1)  Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog.  Mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.  
Sebagai contoh, jika ada kemahiran dalam bidang masakan, berkongsi dalam blog.  

2)  Jadikan blog sebagai satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.

3)  Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiri.  Biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.

4)  Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi sesuatu barang atau produk.  Namun, ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

5)  Mula mengumpul semua bahan penulisan di FB dan pindahkan ke blog supaya lebih ramai dapat menjejaki dan tahu mengenai produk kita melalui carian google.

(Sumber : Belajar Asas Blog)

Jom sertai kami jika anda sudah bersedia.  

Pendaftaran dibuka setiap hari.





Friday, 29 April 2016

10 Perkara Sebelum Berhenti Kerja

*Sumber : Nazurah Abdul Rahim

10 perkara utama yang harus sahabat fikirkan sebelum tinggalkan kerjaya bermajikan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sahabat yang masih bermajikan dan mahu beralih arah ke dunia bisnes / bekerjaya dari rumah, ini beberapa pesanan ikhlas dari saya yang telah melaluinya.

Dunia luar tidak seindah seperti yang kita lihat atau sebagainya.

Ketahuilah sahabatku yang masih bekerjaya bermajikan.

Beberapa perkara yang perlu sahabat hadam sebelum sahabat melangkah keluar.

1)  Apa yang kita mula bayangkan mungkin tidak seindah apa yang akan kita hadapi nanti.  Dunia di luar sangat mencabar dan ianya sangat keras untuk kita lalui.

2)  Sahabat semua perlu menjadi diri sendiri.  Mula membuat keputusan sendiri selepas ini dan semua keputusan baik atau buruk kita yang tentukan.  Peratusan untuk kita failed / buat salah sangat tinggi tetapi harus kita pahatkan di hati ianya adalah perkara biasa yang harus kita lalui.  Jatuh dan harus bangun semula.

3)  Tiada siapa lagi yang akan memberi sahabat tunjuk ajar, motivasi dan sebagainya.  Tiada lagi arahan kepada sahabat.  Semuanya sahabat yang juga harus tentukan sebaik mungkin.

4)  Tiada lagi waktu kerja yang harus sahabat patuhi tetapi haruslah sahabat tahu bahawa bekerjaya sendiri itu lebih hebat perlukan disiplin kita untuk menyusun sendiri masa kita dan ianya tentang 'result' kita atau bisnes kita.  Masa itu emas.

5)  Tiada lagi bonus besar setiap setengah tahun atau hujung tahun dari pihak syarikat dan hasil jualan.  Kerjaya dari rumah memerlukan kerja keras sepanjang masa dan waktu.  Kita pasti letih tetapi harus bertahan.

6)  Janganlah kita bawa pangkat kita ke dunia luar.  Ini penting supaya kita tahu proses untuk bawa diri dan berjuang di medan luar.  Ada orang bawa pangkat kerja dalam kehidupan dunia luar dan ini sebenarnya menjadikan kita kurang bijak kerana dunia luar haruslah kita bersilaturahim tanpa sempadan.  Sahabat nanti bukan jaguh lagi di dunia luar.  Yang penting mereka bukan lagi menurut perintah atau arahan sahabat.

7)  Tiada kesakitan yang akan menyebabkan kita 'MC', cuti tahunan atau cuti Public Holiday.  Semua cuti itu akan menyebabkan kita tiada gaji nanti.  Ini juga memerlukan tahap fizikal dan momentum yang bagus.

8)  Kita perlukan bekalan ilmu yang cukup.  Sahabat mulalah sedikit-sedikit dari sekarang.  Mulalah membaca ataupun mencari kelas yang sesuai untuk sahabat.  Mulalah belajar sesuatu di tempat kerja sekarang.  Ianya mungkin boleh membantu sedikit sebanyak bila kita harus berjuang sendiri nanti.

9)  Haruslah sahabat mengira berapa jumlah wang yang ada di tangan supaya sahabat tidak berlebihan dalam berbelanja.  Ianya akan menyebabkan sahabat panik nanti sekiranya sahabat tidak dapat menjana pendapatan kerana apa yang akan kita ceburi nanti perlukan masa untuk membuatkan hati senang.

10)  Buatlah keputusan yang tepat.  Janganlah hanya kerana mengikut orang lain atau pendapat orang lain.  Lebih baik sahabat membuat sedikit 'research' tentang apa yang bakal sahabat lakukan.  Biarpun payah tetapi haruslah berusaha.  Biarpun salah tetapi haruslah mencuba!

Ini kisah perjuangan kita.  Ini akan menjadi cerita kejayaan kita.

Berusahalah walaupun payah.  Berusahalah tanpa lelah.

Tiada yang mudah di dalam proses mendaki.  Sekiranya salah, mulalah bertenang dan lakukan lagi.  Lihat semula apa yang salah dan perbaiki.  Mohon Allah lancarkan segalanya nanti, InsyaAllah.

Salaam kejayaan untuk semua sahabat.

Tahniah juga kepada semua sahabat ABDR.  Anda semua juga adalah inspirasi saya dan tidak lupa juga kepada semua kakak-kakak yang banyak memberi nasihat dan banyak berkongsi pandangan dan adik-adik comel yang sekarang tidak bermajikan lagi.

Nota :  Ini adalah cerita pengalaman saya yang selama hampir masuk tahun ke 6 bekerjaya hanya dari rumah dan ianya mungkin akan memberi manfaat kepada sahabat nanti.  Doakan kita semua murah rezeki.

Berdiri dengan ikhlas dan mendakilah dengan tenang !!

DO WHAT YOU LOVE 

==================================================================

Kata-kata inspirasi dan  motivasi dari sahabat ABDR saya.

Jadi, sebelum ingin bermajikan sendiri, tepuk dada tanya selera.  BAD.  Bertanya ALLAH dahulu.  

Banyak cabaran menanti di luar.  Cuma kita kekal begitu atau tidak.  Jika jatuh, bangun semula.  Cari silap dan mula semula.

Seperti Kak Zah, banyak cabaran dan dugaan sebelum bekerjaya dari rumah.  Cabaran, disiplin, kata-kata orang dan pelbagai lagi.  Jadikan itu semua cabaran untuk berjaya.

Bangun jatuh.  Bangun jatuh.  Rajinkan diri sertai kelas bisnes, motivasi, banyakkan membaca, disiplin diri yang kuat, konsisten dan fokus.

Buat sampai jadi.  Jika fikir boleh, mesti boleh.

Positif dan positif.  Jangan asyik merungut dan merungut.

Banyakkan berdoa dan berdoa.  InsyaAllah, kejayaan milik kita bersama.

Salam sayang,
Kak Zah











Saturday, 23 April 2016

Kenapa Perlu Ada Kedai Blog Online

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu semua.


Pagi ini berehat di rumah sahaja.  Petang nanti baru bawa hero kecil berjalan-jalan ke taman.  Hari ini hendak main basikal di taman, katanya.  

Jom kita belajar kelas hari ini.  Kenapa untuk yang sudah ada bisnes online perlu ada kedai online? Selain dari menjimatkan duit buka kedai, bayar sewa kedai, beli peralatan kedai dan lain-lain benda yang diperlukan untuk kedai, kita boleh buka kedai online sahaja.  Buat blog.  

Berjuta orang lebih suka mendapatkan info dan mendapatkan produk dan perkhidmatan secara online. Dalam berjuta, kita hanya perlukan beberapa orang sahaja sehari untuk mendapatkan perkhidmatan / produk kita.  Ia lebih menjimatkan kos berbanding membuka premis dan menunggu orang datang masuk.

Masa semakin pantas berlalu, orang juga makin pantas bergerak, teknologi menemukan manusia sesama manusia tanpa perlu travel.  Jadi manfaatkan peluang ini.  Kita boeh tengok sekarang, premis besar-besar dan ternama juga sudah ada kedai online seperti Lazada, Zalora, Sendayu Tinggi, Watsons dan lain-lain.  Jadi kita ini yang punya bisnes kecil-kecilan pun kena rebut peluang ini hari ini dan sekarang juga.

Jom sertai Kelas Online Asas Blog dan Penulisan. Jana pendapatan tanpa keluar rumah, In shaa Allah.  

Pendaftaran dibuka setiap hari.  





Tuesday, 19 April 2016

Jom Berkongsi Dengan ABDR

Teks : Norazizah Sudin

Berniagalah sebagaimana sunnah Nabi Muhammad saw.  Kita berniaga mengikut kesukaan kita dan kita selesa dengannya.  Jika suka berfesyen, jual baju.  Tetapi baju patuh syariah la ya.  Suka minyak wangi, jual lah minyak wangi.  Ada kemahiran dalam bidang masak memasak, jual kek, roti dan lauk pauk.  Pandai dan mahir menjahit, jual hasil kraf tangan seperti cadar, sarung bantal dan lain-lain hasil jahitan.

Tanya diri kita sendiri.  Kita berbisnes untuk apa?  Untuk menolong suami?  Untuk menolong keluarga menambah pendapatan?  Kena ada 'big why' di situ.  Jangan samakan kita dengan suri yang bekerja di pejabat.  Mereka ada pendapatan sendiri dan membuat bisnes sebagai menambah pendapatan.  Tetapi kita sebagai suri rumah sepenuh masa memerlukan pendapatan tambahan untuk membantu keluarga di samping untuk diri sendiri.  Suri yang bekerja makan gaji mungkin buat bisnes sebagai hobi atau suka-suka sahaja.  

Kita boleh sertai banyak grup di fb atau di persekitaran rumah kita.  Sambil itu boleh borak-borak pasal bisnes.  Untuk yang tidak tahu menggunakan IT, pergi belajar.  Jangan malu-malu.

Akademi Bekerja Di Rumah ialah satu kumpulan sokongan untuk :
➡  suri belajar perkara asas cara berbisnes online
➡  suri belajar menjana pendapatan hanya dari rumah
➡  suri bekerjaya menjana pendapatan sampingan
➡  mereka bergelar WAHM / ibu bekerja di rumah






Hubungi saya Norazizah Sudin untuk bermula.

Boleh juga Whatsapp di 0197461502.

Semoga bermanfaat.





Sunday, 17 April 2016

Percuma Perfume

Assalamualaikum,

Gstar Vteen ada promosi bulan April ini.  Dapat PERCUMA perfume tau!!

Beli 2 botol dapat percuma.  Best kan??

Murah, jimat dan berbaloi-baloi.  

Apa itu Vteen?  Jom Kak Zah bagitau ya.

Gstar Vteen khas untuk remaja berumur 12 tahun ke atas sehingga dewasa.  

Fungsinya adalah :
✔  IQ Booster.  Agen penggalak IQ ke tahap potensi yang paling optimum.
✔  FLAWLESS & BEBAS JERAWAT.  Bebas / mencegah jerawat yang disebabkan perubahan hormon remaja (membersih darah dari dalam)
✔  KEKAL CERGAS & AKTIF serta SIHAT setiap hari.

Gstar Vteen ini berperisa STRAWBERRY.

Kuantiti 75 biji.








Hendak mencuba?

Order?  SMS / Whatsapp 019-7461502

Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.





😍

Wednesday, 13 April 2016

Asingkan Duit Bisnes Dan Duit Personal

ASINGKAN ANTARA PERNIAGAAN DAN PERSONAL.

Wang perniagaan adalah kepunyaan 'Perniagaan". Jangan sesekali dicampurkan adukkan.

Wang "Personal" kita punya.  

Jangan gunakan duit perniagaan untuk kegunaan personal.

Jangan gunakan duit personal untuk kegunaan perniagaan.

Buat book keeping.  Buat SIMPAN KIRA.

Proses merekod setiap transaksi secara daily basis.  Buat book keeping, keluar masuk, rekod secara sistematik.

Wajib bagi kita sebagai usahawan membuat "CATITAN / REKOD' setiap transaksi pengeluaran duit walau "satu sen" SETIAP HARI secara tetap.

Mahu belajar uruskan AKAUN BISNES atau hanya mahu tambah ilmu asas akaun?

Jom mendaftar ke kelas akaun bersama kami di ABDR.

Kelas Asas Akaun Offline
--------------------------------
Grup Coaching (Minima 6 - 10 peserta)
Lokasi : Putrajaya
Tarikh : 23 April 2016 (Sabtu)
Masa : 9.15am - 2.00pm

Kelas Asas Akaun Online
-------------------------------
Tarikh : 17 April 2016 (Ahad)
Masa : 9.30am - 12.30pm





Sunday, 10 April 2016

Percayalah

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua.

Hari minggu ini banyak aktiviti bersama famili di luar.  Menghadiri kenduri kahwin dan bertandang ke rumah ibu saudara.

Percayalah.  Kita jaga DIA dan DIA akan jaga kita.  Bersangka baik denganNya.  Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.  Jalan cerita kita tidak sama dengan jalan cerita orang lain.  Jadi apa sahaja yang kita lakukan, teruskan sahaja.  Kalau kita percaya dan tahu benda yang kita buat itu betul, teruskanlah sahaja.  

Semoga bermanfaat.









Tuesday, 5 April 2016

Berkongsi Hanya Yang Baik-Baik Sahaja

Assalamualaikum semua,

Betulkan mana yang salah

Jom kita kongsi cerita yang baik-baik sahaja

Yang tidak baik, jangan kita dengar, jangan kita komen dan jangan kita share.

Jadilah orang yang positif dan sentiasa bersangka baik.  Buang rasa negatif.

Jadi baik, InsyaAllah semuanya akan baik-baik belaka.




Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
Kak Zah













Saturday, 2 April 2016

Tips Bisnes Online

Sekarang sudah ramai yang membuat bisnes online.  Pelbagai bisnes online dan dari rumah sudah boleh dibuat.  Buat dari rumah memang menjimatkan.  Kelas bisnes online pun sudah banyak sekarang.  Pilih sahaja yang mana satu untuk anda sertai. 

Mulakan dengan perkongsian dan kebaikan produk dan servis yang kita tawarkan.  Berkongsi dan bercerita.  Bukannya menjual secara 'direct'.  Orang tidak suka banyak sangat 'hardsell'.  Jika berkongsi di FB, banyakkan 'soft sell'.  

Kebiasaannya pembeli online suka hendak baca cerita produk yang kita tawarkan.  Jika mereka mahu terus beli, tanpa hendak mengetahui lebih mendalam tentang produk, lebih mudah bagi mereka membeli di kedai di luar sahaja.  Banyak pilihan.  

Salah satu cara mudah, berkongsi dan cerita tentang produk dan servis kita melalui penulisan di blog untuk carian google.

Berminat hendak belajar kelas blog online?  Pendaftaran dibuka setiap hari.


















Friday, 1 April 2016

Promosi Gstar Kids Gila-Gila

Assalamualaikum,

Kak Zah pun ada juga menjual Gstar Kids dan Susu Kambing Stevia R-Rayyan.  Ada promosi istimewa gila-gila bulan April ini.

Jom kita tengok promosi ni.




Murah kan?  1 botol harga RM55.  2 botol RM80.  3 botol RM110.  Harga 4 botol di atas tu harga untuk bulan ini tau.  Rugi tidak rembat.  

Gstar Kids suplemen terbaik masa kini.  Suplemen sunnah dan moden daripada 15 bahan terpilih.

Berminat?

Whatsapp Kak Zah 019-7461502 sekarang.






Thursday, 31 March 2016

Usahanita STEPS

Terbuka untuk semua usahawan dan bakal usahawan di seluruh negeri.  Johor Bahru baru sahaja tamat kursusnya pada 27hb Mac lepas.

Memang sangat berbaloi-baloi dan bagus.  Kita akan diajar banyak tatacara bisnes dan apa yang perlu untuk menjadi usahawan kaya dan berjaya dunia akhirat.

Apabila menyertai STEPS, secara otomatik akan menjadi ahli usahanita.  Usahanita ini hanya untuk kaum wanita sahaja ya.  

Tarikh terakhir akan diadakan di Kelantan pada 2hb - 4hb April ini.  Jom ramai-ramai kita sertai. Semasa kursus di JB, ada yang datang dari KL, Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka dan Sabah.  Ramai yang terlepas di tempat masing-masing.  Semangat berkobar-kobar untuk sertai kursus ini, tidak kiralah sejauh mana pun.

Untuk yang berminat boleh lihat di bawah ini ya :

KELANTAN - KURSUS STEPS FINALE!

USAHAWAN WANITA KELANTAN - LAST CALL! LAST CALL! TINGGAL KELANTAN SAHAJA LAGI! 😱😱😱

Assalamualaikum semua,
KHAS UTK USAHAWAN WANITA BUMIPUTRA SAHAJA! πŸ“’πŸ“’πŸ“’
πŸ“’... SATU KEUNTUNGAN YANG SANGAT BESAR JIKA ANDA SERTAI KURSUS STEPS 2016 ini....!! πŸ“’

Anda mungkin sudah dengar kehebatan Kursus STEPS ini sekarang kan? πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Oleh itu, jom sertai Kursus STEPS (Scaling Up & Transformation of Women Entreprenuers Programme) Anjuran USAHANITA MALAYSIA πŸ’ͺπŸ’ͺ

Antara ilmu praktikal yang anda boleh perolehi adalah:- 
✔Do's & Dont's dalam sistem Perniagaan anda.
✔Teknik menguruskan dan mempertingkatkan perniagaan anda dengan lebih berkesan 
✔Strategi Pemasaran Percuma, tanpa bajet, hasil berganda 
✔Cara pengurusan pekerja yang lebih baik
Mengenalpasti hala tuju Perniagaan anda 
✔Cara pengurusan kewangan peribadi dan perniagaan dengan lebih berkesan 
✔Kenalpasti keunikan Perniagaan anda untuk persaingan lebih hebat
✔Pemantapan & persediaan anda sebagai usahawan yg hebat.
✔Teknik Business Pitching yang boleh menambat hati pelabur Perniagaan anda
✔Rahsia bangkit semula dari kejatuhan dalam perniagaan dan... 
✔Anda juga berpeluang bertemu & berinteraksi secara LIVE dengan bimbingan Pakar-Pakar Perancangan & Perkembangan Perniagaan Yang dibawakan KHAS oleh Usahanita!

BAYARAN pula cuma :
RM50 - AHLI
RM110 - BUKAN AHLI
TEMPOH KURSUS : 3hari 2mlm
LOKASI & TARIKH TERAKHIR!! (adalah seperti di bawah)

πŸ‘‰STEPS Negeri Kelantan 
πŸ“†Tarikh:- 8,9,10/4/2016 
🏒Tempat:- Hotel Crown Garden, Kota Bharu Kelantan 
STATUS: PENDAFTARAN MASIH DIBUKA! JOM DAFTAR SEKARANG!

🚩🚩🚩🚩🚩
Untuk penyertaan di NEGERI 
KELANTAN, penyertaan dibuka kepada semua peserta dari mana-mana negeri seluruh negara! Janji anda minat nak Join dan komited untuk hadir ye! 
🚩🚩🚩🚩🚩

Yuran penyertaan RM50 atau RM110 termasuk PENGINAPAN,MAKAN MINUM & BAHAN ALATULIS SEPANJANG KURSUS!!

Berapa nilai Kursus? Melebihi RM2500 seorang!
Untung sangat2 bagi mereka yg JOIN... JOM daftar sekarang! UNTUNG BESAR kalau Join!

Untuk Pendaftaran, sila WhatsApp :-
• Nama
• Alamat
• No Telefon
• IC no
• Nama Syarikat
• Jenis perniagaan 
• Alamat perniagaan
Dan WhatsApp ke 0199878101 SEKARANG!

Syarat utk sertai KURSUS STEPS ini :-
1. Wajib ada SSM berdaftar & belum tamat tempoh.
2. Khas untuk USAHAWAN WANITA BUMIPUTERA sahaja.
3. Pendaftaran secara automatik akan menjadi AHLI USAHANITA MALAYSIA.
4. Ahli USAHANITA MALAYSIA KHAS UTK BUMIPUTRA shj.
Jom daftar masuk nama dahulu.. Seat TERHAD kepada 100 yang pertama setiap lokasi sahaja!

Terima kasihπŸ‘

Jumpa di sana Ye!


P/S: Mohon Klik "Save" kemudian klik "Like" Facebook Page Usahanita Malaysia ➡ https://m.facebook.com/myusahanita


STEPS ini anjuran bersama Akademi Usahawan Mikro (AUM).

Jangan lepaskan peluang ini.  Banyak manfaat dengan menyertai Usahanita.








Tuesday, 29 March 2016

Kursus STEPS

Assalamualaikum semua,

Maaf lama tidak menulis.  

Jumaat lepas, 25hb hingga 27hb berada di Suria City JB kerana menghadiri STEPS anjuran Usahanita dan Akademi Usahawan Mikro (AUM).  Sangat menarik dan bagus untuk usahawan dan bakal usahawan.  

Nanti saya sambung ya.

Yang berminat boleh lihat link ini Usahanita

Jumpa lagi.




Thursday, 17 March 2016

Mana Satu Pilihan Anda?

Assalamualaikum,

Jom kita pilih.  Banyak kenangan ni.  Memang nostalgia.




Saya pernah kena no. 1, 5 dan 8.  Hehehee.  Memang terasa hingga sekarang.  Walaupun begitu, Alhamdulillah kesannya amat terasa hingga sekarang.

Saya dapat ini daripada Whatsapp grup.  Jom kita kongsi-kongsikan.  Kes rotan ini dah jadi viral satu ketika dulu, sejak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan merotan anak bakal menjadi kesalahan jenayah.

Anda bagaimana?  Jom kita kongsi-kongsikan.








Wednesday, 16 March 2016

Rahsia MAGIX BOX Untuk Anak Belajar Tanpa Disuruh

Jom kita baca artikel ini.  Amat bagus untuk anak-anak.

Rahsia MAGIC BOX untuk buat anak belajar tanpa disuruh.

Boleh cuba untuk anak-anak ya.

Jom kita baca Magix Box.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
Kak Zah





Sunday, 13 March 2016

Kelas ABDR

Hari ini hendak berkongsi lagi tentang kelas di ABDR.

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menawarkan 2 kelas blog secara online :
1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2)  Kelas Asas Mula Bisnes Online

Apa beza kedua-dua kelas ini?
1)  Belajar menulis blog berpengaruh
2)  Belajar menulis dengan idea yang berterusan dan konsisten
3)  Belajar menulis mengikut fokus produk
4)  Belajar menulis entri yang menarik lebih ramai rakan dan trafik

Kelas Asas Mula Bisnes Online
1)  Belajar bina kedai online asas berdasarkan jenis produk / servis
2)  Belajar menulsi secara fokus mengikut lima label utama
3)  Belajar bina blog tempahan
4)  Khusus untuk suri yang benar-benar 'zero' tentang urusniaga online
5)  Mahu mula bisnes tetapi tidak tahu cara
6)  Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?  ABDR mempunyai produk digital (ebook) dan produk servis (pakej kelas online dan sewa tapak iklan)
7)  Sudah ada shopping cart juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan

Pendaftaran dibuka setiap hari.
Hubungi saya apabila  kalian sudah bersedia ya/

Salam sayang,
Kak Zah



Saturday, 12 March 2016

Raikan Hidup Anda

Assalamualaikum,

Petikan ucapan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Sedap dan menusuk kata-katanya.

"Apabila anda tua, rebut setiap peluang untuk bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah dan rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa.  Air yang mengalir ke hilir tidak balik ke hulu.  Begitulah dengan kehidupan.

Sahabat adalah umpama bintang.  Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya.  Meskipun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada.  Dia tidak mungkin dimiliki, tetapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan dalam kenangan."

Begitulah.  Indah sungguh kata-katanya.  Begitu tersusun dan mendalam maksudnya.

Petang semalam terima perkhabaran di Whatsapp grup kawan sekolah, salah seorang rakan lama kami telah meninggal dunia disebabkan kanser payudara tahap 4.  Kami bertemu semula di whatsapp dan sempat ber'borak' di grup sahaja mengimbau kenangan lama di sekolah sejak Darjah 1 hingga ke Tingkatan 5.  Lama sungguh tetapi sangat indah dikenang.  








Friday, 11 March 2016

Beza Suri Rumah dan Suri Bekerja Dari Rumah

Sumber : Ebook Jana Wang Di Rumah

Apa beza suri rumah dan suri bekerja dari rumah?

Suri rumah sepenuh masa
Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata.  Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga.  Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.

Suri bekerja dari rumah
Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa.  Peranan suri ini sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah.  Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang sibuk.

Tanggapan masyarakat terhadap suri rumah
Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat.  Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.

Tepis pandangan ini secara positif.
Saya sudah mengenali dan menemui ramai suri rumah yang berpendidikan dan meletakkan jawatan semata-mata mahu menumpukan kepada keluarga.  Suri rumah kini semakin bijak, terbuka dan mempunyai pandangan yang lebih baik dalam menentukan hala tuju keluarga.

Pelbagai kerja boleh dibuat dari rumah seperti menjadi penjaga kanak-kanak, mengajar tuisyen, membuat kek, menjahit, mengambil tempahan rekaan, mengambil tempahan makanan dan lain-lain. Yang penting ada kemahuan mahu membuatnya.  Buat benda yang anda minat dan seronok membuatnya.

Berkongsi kemahiran?  Boleh sertai kami untuk menulis pengalaman anda di blog.  





Thursday, 10 March 2016

Ciri-Ciri Blog Berpengaruh

Blog ada pelbagai jenis.  Ada blog peribadi, blog melancong, blog resipi, blog keluarga, blog bisnes dan macam-macam blog lagi.  

Untuk menarik pembaca sentiasa melekat hendak membaca blog kita, jom kita baca ciri-ciri blog berpengaruh ini.

1)  Boleh mesra pembaca.  Tidak ada gajet atau bling-bling yang over.
2)  Sentiasa ada entri baru dan segar.
3)  Entri penyelesai masalah.
4)  Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran.
5)  Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi.
6)  Blog yang menjadi rujukan khusus - seperti blog resipi, blog bisnes, blog informasi.
7)  Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika.
8)  Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal.  Walaupun santai, asas ini dijaga.
9)  Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang.
10)  Blog yang berjaya menukarkan pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan.

Kami menawarkan dua kelas online yang popular sepanjang tahun :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan fanpage khusus untuk bisnes

Sudah bersedia?

Emel : norazizahsudin@gmail.com





Wednesday, 9 March 2016

Kuasai Khidmat Pelanggan

Komited perkhidmatan berkualiti.
Usahawan online perlu komited di dalam menawan pelanggan melalui perkhidmatan yang berkualiti. Suasana positif semasa urus niaga online memberi pengaruh emosi positif kepada pelanggan.

Ucapkan bahasa yang sopan, respon yang cepat, proses urus niaga yang mudah.  Pelanggan lebih suka bagi produk yang cepat dalam tempoh masa yang dijanjikan.  Lagi cepat produk sampai lagi tinggi kepuasan kepada pembeli.

4) Hormati pelanggan
5)  Tidak emosi
6)  Tidak biarkan pelanggan menunggu lama
7)  Beri seperti yang dijanjikan
8)  Sentiasa berkata benar
9)  Bina hubungan yang baik
10)  Mudahkan pembelian

Jom baca lagi dalam EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES.  Ebook ini promosi bulan Mac.

Juga ebook bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR.

Sudah bersedia?  Sertai kami.  Pendaftaran dibuka setiap hari.














Tuesday, 8 March 2016

Turunkan Demam Panas Dengan Telur Rebus

Sumber : Majalah Pama

Guna telur rebus untuk turunkan demam panas?

InshaAllah, dengan izinNya boleh.

Kalau anak demam, hati ibu ayah mana yang tidak susah hati.  Kasihan melihat si kecil merengek dan tidak aktif seperti biasa.  Badan panas, hingus meleleh dan tekak sakit sebab batuk.

Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, ibu tentu biasa membuat rawatan sendiri di rumah dengan menggunakan cara tradisional atau semulajadi.

Ada macam-macam petua dan kaedah rawatan semulajadi menurunkan suhu badan anak yang panas semasa demam telah dikongsikan sebelum ini dan salah satu cara rawatan yang mendapat perhatian adalah menggunakan telur rebus.

Eh!  Telur rebus pun boleh kurangkan panas badan anak yang demam.  Biar betul?  Caranya mudah sahaja.  Tidak salah mencuba selagi ia tidak memudaratkan.  Rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.

Jom kita baca di sini




Semoga bermanfaat.



Tips Urus Stress

Teks : Norazizah Sudin
Imej  :  Koleksi ABDR

Assalamualaikum,

Disiplin penting dalam menguruskan masa jika kita bekerja dari rumah supaya rutin harian kita dapat diselesaikan mengikut jadual yang telah kita tetapkan.  Buat senarai 'things to do list'.  Buangkan rasa stress dan bersabar dengan kerenah anak.  Belum lagi dengan kerenah pelanggan.

Petikan Puan H dalam ebook Super Wahm Super Mom.

"Bagi saya cabaran datang dari diri sendiri.  Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin, tiada masalah dan cabaran yang tidak dapat diatasi.  Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat menuntut kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental.  Ini kerana kita perlu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak.  Pada masa yang sama kita perlu FOKUS kepada perniagaan.  Tetapi setiap cabaran tersebut boleh diatasi dengan syarat kita mesti berdisiplin, sabar dan tidak merungut"

Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat menjadi WAHM, bukan angan-angan Mat Jenin semata-mata tetapi perlu dibuktikan dengan usaha dan komitmen yang jitu.

Saya kongsikan beberapa tips urus stres dengan super gembira :

➡  Rai diri sendiri dengan mengatakan pilihan ini adalah terbaik untuk diri kita.  Ada banyak pro dan kontra mempunyai pembantu rumah antaranya kos sara hidup meningkat, tiada privasi dalam rumah juga kebergantungan kita kepada orang lain.

➡  Jadikan urus rumahtangga sebagai tanggungjawab bersama, agihan semula kerjasama dalam bentuk agihan tugasan untuk suami, isteri dan anak-anak.

➡  Mula semula sesuaikan diri untuk tidak bergantung kepada orang lain.  Fokus urusan rumahtangga adalah mudah bukannya remeh temeh dan malas untuk selesaikan rutin sama setiap hari.

Tips selanjutnya, ada di dalam ebook SUPER WAHM SUPER MOM.







Ebook ini adalah bonus untuk yang menyertai kelas online ABDR.

Pendaftaran dibuka setiap hari.







Monday, 7 March 2016

Masak Lemak Taugeh

Sudah siap Masak Lemak Taugeh.  Alhamdulillah.  Sedap dan menyelerakan ditambah dengan sambal lontek (sambal Jawa).  Untuk suami, masak ayam cili api.  Masak lemak ni untuk hero kenit Kak Zah ni.

Mudah je masak lemak taugeh ni.  Lebih sedap masukkan sekali tauhu goreng, keropok dan ikan bilis sebagai perencah.

Bahan-bahannya sangatlah mudah.

Taugeh
Tauhu - potong dan goreng dahulu
Ikan Bilis - tumbuk sedikit tetapi jangan hancur sangat 
Daun Kucai
Lobak Merah
Tomato
Santan Pekat
Bawang Merah - dimayang nipis
Bawang Putih - dimayang nipis
Keropok
Garam 

Masukkan ikan bilis, bawang, keropok dan santan ke dalam periuk dan didihkan.  Kena kacau selalu ya.  Nanti pecah minyak.  Santan sudah mendidih, masukkan taugeh, kucai dan tauhu.  Kacau dan jangan terlebih masak sayur-sayuran sebab nanti jadi lembik dan tidak sedap.  Biar bila makan nanti ada rasa 'crunchy' sayur-sayur tu.  Letak garam sesedap rasa.

Selamat menjamu selera.




Suri rumah yang ada kepakaran memasak dan ingin berkongsi ilmu, bolehlah menulis di blog.  Yang ada bisnes masak, sebarkan di alam maya.  Ada blog sendiri dan tulis resipi kesukaan kalian.  Boleh diselitkan dengan aktiviti harian.

Salam sayang,
Kak Zah









Kerenah Pelanggan

Teks : Norazizah Sudin
Imej : Koleksi ABDR & Gstar Kids

Assalamualaikum,

Semalam ada pelanggan bertanyakan tentang produk Gstar Kids di Whatsapp.  Kak Zah pun ada juga menjual Gstar Kids iaitu vitamin minda sunnah untuk kanak-kanak.  Yang berminat, boleh PM ya.

Ok.  Kita sambung tentang pelanggan tadi.  Gstar Kids bulan ini ada promosi.  Harga pun murah sangat-sangat.  2 botol RM80.  1 botol RM55.  Yang hendak 3 botol pun ada promosi.  Beli 3 botol dapat 1 botol percuma dengan harga RM110.  Dapat lagi hadiah percuma dan pos percuma.  Murah kan?  




Pelanggan ini hendak lagi murah.  1 botol RM40 atau 2 botol RM40. Ok ke tak ok?  HQ memang pantau harga yang kami jual.  Jadi janganlah pandai-pandai menjual di bawah harga kawalan.  Harga semuanya dipantau oleh HQ.

Jadi bila berhadapan dengan sitausi begini, kita sebagai penjual, kenalah pandai bagaimana hendak berurusan dengan pelanggan ini.  Beritahu tentang harga tawaran istimewa, harga dipantau oleh HQ dan lain-lain lagi.  Jangan disebabkan hendak melariskan produk kita, kita pun jual dengan harga yang ditawarkan oleh pelanggan.  Kita yang mengawal pelanggan, bukannya pelanggan yang mengawal kita.  Biar kita rugi pelanggan daripada bisnes yang kita jalankan tidak berkat.  Pendapat Kak Zah, tidak adil kita bagi harga yang lebih murah daripada harga pasaran untuk pikat pelanggan.  

Belajar bagaimana hendak berurusan dengan pelanggan.  Pelbagai kerenah pelanggan yang akan kita jumpa samada secara online atau offline.  




Cara penyampaian di dalam ebook di atas adalah ringkas dan padat.  Ia mudah difahami dan semasa membacanya kita dapat membayangkan apa yang ingin penulis sampaikan.

Di dalam ebook ini, ada pelbagai ciri-ciri yang diperlukan untuk menangani pelanggan yang berurusan di alam maya.  Jika berurusan di kedai offline lebih kepada kata-kata ucapan dan gerak badan.  Urusniaga online lebih kepada tulisan-tulisan dan tindakan kita dalam memberi maklum balas kepada pelangan.  Usahawan juga perlu belajar cara-cara mengawal emosi ketika berurusan dengan pelanggan.

Selain itu ada juga diterangkan bagaimana untuk meningkatkan kuasa khidmat pelanggan.  Pengalaman berurusniaga setiap hari akan menemukan kita dengan pelbagai jenis pelanggan.  Oleh itu sebagai usahawan kita perlu mempelbagaikan ilmu khidmat pelanggan yang lebih professional.

Dibahagian akhir ebook ada dikongsikan pengalaman mereka yang pernah membeli barang secara online.  Tentunya pengalaman yang dikongsi boleh dijadikan pengajaran kepada usahawan online. Pengalaman beberapa usahawan online juga banyak memberi idea dan panduan untuk kita memperbaiki cara kita berurusan dengan pelanggan.

Bagi suri rumah yang ada bisnes, tetapi belum ada blog boleh sertai Kak Zah di ABDR.  Kami ajar dari zero sehingga pandai.  Yang tidak pandai IT jangan malu.  Sudah ada suri rumah yang langsung tidak pandai menggunakan IT, tetapi sekarang memang sudah pakar.  Alhamdulillah, dapat berkongsi ilmu dengan ramai suri rumah untuk menjana pendapatan dari rumah.

Berminat untuk sertai kelas blog dan bisnes tanpa modal, boleh emel Kak Zah di norazizahsudin@gmail.com

PM / Whatsapp 013-7650976










Sunday, 6 March 2016

Santai Jumaat

Teks : Norazizah Sudin
Imej : Koleksi Peribadi Kak Zah

Assalamualaikum semua,

Jumaat lepas ke JB sebab ada urusan penting di bandar.  Sempat singgah di Kotaraya.  Sudah lama tidak berjalan-jalan ke sana.  Banyaknya perubahan di dalam Kotaraya.  Nampak sangatlah sudah lama tidak menjejakkan kaki di sana...hihiii.

Sebelum suami hendak solat Jumaat, kami singgah makan di food court.  Sedang menjamu selera, ternampak di sebelah kami seseorang yang macam kenal.  Ya...memang terkenal.  Ramli Sarip rupanya.  Dia pun duduk makan rojak di belakang meja kami bersama-sama 2 orang rakannya. Sambil makan tu, ramai jugak yang mengambil gambar bersamanya.  Kak Zah pun teringin jugalah bergambar dengannya.  Hendak jadi 'retis' jugak...hahahhaha.




Sebelum beredar menunaikan solat Jumaat, kita selfie dulu ya.  

Yang masih berminat untuk sertai kelas blog, pendaftaran masih dibuka.  Kelas online dan ikut kesesuaian pelajar.  

Ok.  Selamat berhujung minggu semua.




Saturday, 5 March 2016

Tips Mudah Merancang Kerja

Teks  :  Norazizah Sudin
Imej  :  Koleksi ABDR

Assalamualaikum semua,

Apa khabar semua?  Semoga semuanya sihat di samping famili tersayang.  Hari ini, sesudah subuh Kak Zah terus ke dapur.  Bermulalah rutin untuk hari ini.  Sejak Khamis hero kenit Kak Zah demam. Cuti sekolah sehari.  Alhamdulillah, hari ini nampak sudah kebah sedikit.  Semoga dia kembali sihat dan ceria macam selalu.

Ramai yang bertanya.  Mudah ke bekerja dari rumah?  Mudah jika kita pandai membahagikan masa. Dalam Bahasa Inggeris, time management.  Setiap orang ada caranya yang tersendiri.  Macam Kak Zah, setiap hari mesti sudah tahu apa yang hendak dibuat esok harinya supaya menjimatkan masa, tenaga dan petrol (jika perlu keluar).

Walaupun hanya suri rumah, tetapi perlu ada perancangan juga untuk memudahkan kerja, supaya tidak terkejar-kejar setiap hari untuk menyiapkan kerja.  Penat nanti.  

Biasanya sebelum tidur :
1)  Masukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.  Awal pagi esok sudah boleh sidai baju.
2)  Kosongkan singki di malam hari.
3)  Letak tong sampah di luar supaya selepas hantar anak sekolah esok, kita tahu ada sampah untuk dibuang.
4)  Siapkan semua bahan-bahan untuk dimasak esok hari.  Letakkan dalam bekas dan letak di dalam peti ais.
5)  Bantu anak kemaskan beg sekolah (untuk anak sekolah rendah) dan letakkan berhampiran dengan tempat yang menjadi tempat kebiasaan dia bersiap untuk ke sekolah.
6)  Menggosok pakaian sekolah dan pakaian suami pada malam hari.
7)  Siapkan bekas tempat mengisi bekalan anak pada malam hari supaya pada pagi esok,  selepas membuat sarapan kita tidak tergesa-gesa mencari bekas.

Ada tips lain lagi?  Jom kita kongsikan bersama.

Untuk memudahkan dan dapatkan tips manfaat tentang pengurusan masa SOHO, boleh baca ebook ini.




Puan Masayu Ahmad, pengasas ABDR, telah terbitkan pada Mac 2013.  Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM.

Berikut adalah bab-bab kandungan dalam buku di atas :
Bab 1  :  Apa itu WAHM, SAHM dan SOHO
Bab 2  :  Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Bab 3  :  Kisah inspirasi WAHM, SOHO
Bab 4  :  Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5  :  Tips sukses urus masa
Bab 6  :  Tips urus tenaga supermama
Bab 7  :  Tips urus rumah tangga
Bab 8  :  Tips motivasi suri rumah terhebat

Dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah.  Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah.  Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri.  Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga dan stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian.  

Semua ini telah dikongsikan di dalam ebook ini.

Jika ingin mendapatkan ebook super ini, boleh hubungi Kak Zah di norazizahsudin@gmail.com atau PM sahaja di facebook ya.

Semoga bermanfaat dan salam sayang,
Kak Zah





Friday, 4 March 2016

ABDR Di Hatiku

Teks : Norazizah Sudin
Imej : Koleksi ABDR


Assalamualaikum dan salam Jumaat,

Alhamdulillah, ABDR meraikan ulangtahun ketiga bulan ini.  Tahniah dan terima kasih buat pengasas Puan Masayu Ahmad dan alumni ABDR atas peluang berjemaah ini.

Kenali apa itu ABDR?
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) iala :
➤  kumpulan sokongan khas untuk suri belajar asas berbisnes online
➤  kumpulan sokongan untuk suri belajar menjana pendapatan hanya dari rumah
➤  kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
➤  kumpulan sokongan untuk mereka bergelar WAHM
➤  platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara drophsip dan produk digital ebook dan servis

Terdapat 2 kelas yang menjadi pakej utama dan popular sepanjang tahun, iaitu kelas asas blog dan penulisan dan kelas asas bines online.

Jom kita tengok apa yang akan diajar di dalam kedua-dua kelas ini.

1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
=>>  akan belajar untuk konsisten di dalam menulis
=>>  akan diajar menulis mengikut fokus produk 
=>>  akan belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
=>>  pembaca ini kemudiannya akan kita tukarkan kepada pelanggan tetap kita

2)  Kelas Asas Bisnes Online
=>>  akan diajar cara untuk membina kedai online
=>>  akan belajar untuk membina borang tempahan
=>>  akan diberi tugasan untuk lima label utama
=>>  belajar cara bagaimana pautan blog dan fanpage 
=>>  pelajar boleh memilih untuk menjual produk fizikal seperti telekung, makanan sunnah, makanan, buku dan pelbagai produk dari ABDR
=>>  boleh juga belajar borong seperti borong telekung solat
=>>  pelajar boleh memilih sama ada untuk menyimpan stok atau tidak

Insya-Allah, jika rajin, fokus, konsisten dan istiqomah, pelajar hanya menjana pendapatan dari rumah.  Semuanya di hujung jari.

Kami buka pendaftaran setiap hari.  Bagi yang sudah bersedia, boleh sertai kami.

Kami ajar dan kalian yang tentukan.

Hubungi Kak Zah ya.

E-mel : norazizahsudin@gmail.com





















Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

Teks : Norazizah Sudin
Imej : Koleksi Norazizah Sudin


Assalamualaikum,

Festival Layang-layang sedunia baru sahaja melabuhkan tirainya pada 28hb Februari lepas.

Untuk yang tidak dan belum tahu mengenai festival ini, jom Kak Zah kongsikan sedikit mengenai festival ini.  Festival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia.  Ia dijangka dicatat dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan terbanyak negara antarabangsa.



Bertemakan 'Terokai dan Warnai Tradisi', festival ini dijangka menarik 200,000 pengunjung dan majlis perasmian festival itu akan diadakan pada sebelah malam.  Pelbagai acara menarik telah disediakan kepada pengunjung termasuk persembahan layang-layang, persembahan tatu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta pertunjukan bunga api.

Program lain yang berlangsung sepanjang festival itu termasuk pertandingan membuat wau tradisional, pameran dan bengkel layang-layang serta pelbagai acara lain.  Terdapat juga pelbagai gerai makanan dan minuman disediakan untuk para pengunjung.

Saya telah berkesempatan pergi ke festival ini.  Memang sangat menarik dan pelbagai jenis layang-layang telah diterbangkan oleh peserta.

Kebetulan, hari Ahad, sekolah Wafi ditutup kerana salah seorang mantan guru Pasti telah meninggal dunia.  Jadi semua sekolah Pasti daerah Pasir Gudang telah ditutup untuk memberi penghormatan kepada guru tersebut.  Jadi awal pagi kami telah pergi untuk menyenangkan parking.  Jika lambat, maka penuhlah parking.

Sebab awal pagi dan belum bersarapan, kami telah minum disalah sebuah gerai di situ.  Harga minuman memang mengejutkan kami.  Mungkin disebabkan harga sewa tapak yang mahal telah dikenakan kepada penyewa festival, menyebabkan peniaga pula mengenakan harga yang sangat mahal kepada pengunjung festival.  Rata-rata ramai pengunjung telah meluahkan rasa yang sama mengenai hal ini.

Caj untuk 3 jenis minuman kami pada pagi itu adalah RM9.00.  Bermakna satu gelas bersamaan dengan RM3.  Buah nangka RM2 untuk 3 ulas yang telah dibelah 2.  Itu baru minuman, belum lagi caj makanan sebab kami hanya membeli kuih sahaja untuk mengalas perut dan kebetulan banyak gerai makanan belum dibuka lagi.

Oklah.  Tutup bab harga ya.  Jom kita tengok gambar yang telah sempat diambil oleh saya pada hari itu.























Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.