Friday, 29 January 2016

Tazkirah Ringkas

Assalamualaikum semua

Hari ni Kak Zah nak berkongsi tazkirah ringkas dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tentang Semuanya Soal Hati.

Pen dicipta untuk menulis.  Selagi mana digunakan untuk menulis, InsyaAllah pen akan berada dalam keadaan yang baik.  Mengapa?  Hal ini kerana pen memang dicipta untuk menulis.

Sebaliknya, kalau pen itu digunakan untuk mencucuk, dibaling atau mengetuk sesuatu, sudah tentu pen itu akan rosak.  Kenapa? Ya, kerana pen bukan diciptakan untuk itu.

Maka begitulah manusia.  Manusia akan 'rosak' sekiranya tidak melaksanakan tujuan hidupnya sepertimana yang telah ditentukan oleh Pencipta.  Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadah. Sekiranya dia menyimpang daripada tugas itu, dirinya akan rosak, kesihatannya terjejas, sama ada kesihatan mental, spiritual, emosi mahupun fizikalnya.  Ketika itu dia akan merosakkan dirinya sendiri. Itulah akibat maksiat.

Orang yang melakukan maksiat akan berasa miskin dalam kekayaannya, sempit dalam kelapangannya dan sunyi walaupun dikelilingi orang yang memuja dan mengaguminya.

Semoga bermanfaat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tulislah dari hati.  Tulis dengan ikhlas dan berkongsi pengalaman atau kepakaran tentang diri sendiri. Jika ambil dari sumber lain, mesti tulis sumber daripada mana.  Jangan tulis dan jadikan penulisan sendiri.  Itu plagiat namanya.

Jika ingin berkongsi pengalaman, kepakaran, ada bisnes tetapi belum ada kedai online, boleh hubungi Kak Zah untuk bermula.  

Kelas kami mudah.  Semuanya online.  Hanya diri sendiri yang menentukan ingin atau tidak.  Bermula sekarang dan jika tidak, bila lagi?

Jumpa lagi ☺








1 comment:

  1. Assallamualaikum wbt, TQSM atas perkongsian tu... dalam al quran pun ada menyebut ..dalam badan manusia ada sekeping daging... jika baik, baik la ia..jika tidak, rosak la ia... daging itu ialah hati... sebagai org islam, kita kene selalu berzikir mengingati Allah, insyallah Allah akan sentiasa dengan kita... hidup mmg banyak ujian, kene sabar... dan tawakal pd Allah... akak, sy tumpang letak link blog ye.. ada perkongsian tips untk kurus... insyallah manfaat untuk kita semua.. >>>Tips untuk kurus secara semulajadi! <<<

    ReplyDelete